Tunjukkan aku jalan lurusMu...

12 July 2012

PEDOMAN BUAT KAUM WANITA

Apa yang wanita muslimah TIDAK BOLEH LAKUKAN  dalam menjalani hidup dibumi Allah SWT???

Antara salah satu perkara yang wanita tidak boleh lakukan dan sewajarnya perlu dihindari adalah MENDEDAHKAN AURAT DENGAN SENGAJA.

Setiap wanita yang beragama Islam adalah wajib bagi diri mereka menutup aurat.Ini kerana ia adalah merupakan salah satu dari perintah Allah yang mesti diikuti dan jangan diingkari.Dan apabila diingkari,besar kemungkinan kemudharatan dan kerosakan akan berlaku seperti contohnya menyebabkan berlakunya kes rogol,sumbang mahram serta gejala sosial yang lain.Firman Allah swt:

1) "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)

2) "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)

Oleh itu,kepada wanita muslimah yang dikasihi,peliharalah aurat anda sebaiknya.Aurat bukan sahaja di rambut dengan bertudung,tetapi  melitupi seluruh tubuh melainkan muka dan tapak tangan.Patuhi ketetapan Allah..Insyallah terpelihara dari dosa.

Bagi wanita muslimah yang masih tertanya-tanya mengapa wajib menutup aurat?

Ianya adalah Perintah dari Allah swt.

Dia yang Menciptakan Kita, maka Dialah yg berhak mengatur Segalanya. Dia Maha Mengetahui apa Keperluan Makhluk ciptaanNya. Janganlah kita terlalu banyak Mempersoalkan Perintah yang telah DitetapkanNya. Bahkan meremehkannya dan membelakangi perintahNya. Setiap perkara yang ditegah sudah tentu ada hikmah disebaliknya. Firman Allah swt :

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yg diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yg dikerjakannya.          (Al-Baqarah 286)
 

Perintah Menutup Aurat ini ditujukan kepada ISTERI-ISTERI Nabi, ANAK-ANAK PEREMPUAN serta PEREMPUAN-PEREMPUAN yang BERIMAN sekalian supaya Menutupnya. Ia tidak terkecuali Seorangpun. Ianya Wajib dilaksanakan. Janganlah kita Meremehkannya, Ingatlah Azab Neraka itu sangat memedihkan.  
 
* Ingatlah wanita..tutuplah aurat anda.Untuk apa didedahkan dan apa tujuan anda  berbuat demikian. Ingatlah bahawa apabila sengaja mendedahkan tubuh kalian..azab neraka pasti merindui...

05 July 2012



amalan memurahkan rezki..

Sebelum nak bergerak membuat amal,saya nak berkongsi bersama dengan antum2 semua mengenai tazkirah.Ha..takzirah malam hari sebelum berlabuh tirai malam(ayat2 cinta pulak)..Moga apa yang saya persembahkan ni dapat memberi manfaat untuk antum antunna semua agar sentiasa berada dalam 1 landasan sirotolmustaqim...


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti hariansebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat
menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;
misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi
doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah
pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, diatidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah
beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
 
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Amalkanlah selalu secara beristiqomah.Takkan menyesal melakukannya kerana ALLAH..

'tenang air mengalir dari perbukitan..moga hatiku tenang sepertinya dengan iradat Ilahi Rabbi....'
bismillahirrahmannirrahim..moga hati ini selalu mengingati dan mencintaiNya..

pada malam nisfu syaaban yang kedua..malam yang sungguh tenang,sungguhpun begitu mungkin ada yang berpeleseran di tempat2 yang tak baik dan boleh mendatangkan salahlaku syariat.Moga terlindung dari semua itu.

Malam ni mulai menjalankan tugas amar makruf nahi mungkar..jika boleh nak tiap2 hari buat amal baik.Tambah pahala..

04 July 2012

bingkisan sejenak sebelum tidur..

assalamualaikum...


salam semua insan yang masih belum menutup mata sementara,saya ucapkan SALAM NISFU SYAABAN untuk tahun ni..perbanyakkan ibadah solat malam..berzikir serta membaca al-quran..beristiqomahlah walaupun sedikit..jangan dilupa ya,tips dari saya..setiap malam,sebelum naum,bacalah alwaqiah serta almulk..ada hikmah disebalik surah tersebut.Mudah-mudahan Allah SWT merahmati hidup kita selama kita hidup di dunia ini dan mentaati segala perintahnya,menjauhi segala laranganNya..


Sebelum saya nak terlelap tadi,sambil2 dengaq radio IKIM.terdengarlah sebuah lagu yang penuh keinsafan.Ni dia lirik2 lagu tatapan kalian yang baca blog saya ni..



Ku merintih, aku menangis,
Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata


Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya


Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku


Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan ku dengari,
Tangis mereka yang ku tinggalkan,
Kehidupan disini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian


Kembali oh kembali,
Kembalilah kedalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad didalam keranda kayu,


Ajal yang datang dibuka pintu,
Tiada siapa yang memberi tahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi


Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan,
Di alam barzakh jasad dikebumikan


Dendangan dari kumpulan FAR EAST..MENANTI DI BARZAKH...


Sayunya bila dengar lagu nasyid ni..Tiba-tiba saja menitis airmata ni..Ya Allah,betapa bersalahnya hambaMu ini..adakah aku masih layak menjadi hambaMu..adakah aku bersedia untuk berhadapan denganMu..panjangkanlah umurku dalam mentaatiMu..janganlah Engkau ambil nyawaku saatku ingin menjadi hamba yang terbaik di hadapanMu..Ampunkanlah dosaku ya Allah..jua dosa kedua ibubapaku.dosa adik-adikku..saudara2ku..sahabat2ku...yang masih hidup mahupun yang telah pergi..


Sesungguhnya mati itu pasti..hidup Insyallah..












03 July 2012

mengenali siapa penulis blog ni..

Siapa pemilik blog yang biasa-biasa aje ni.....
Tentang saya..

Bernama FARIQ..nama yang senang diingat oleh sesiapa..ataukah mungkin ada yang memilikinya..namun tidaklah seruapa akan iras dan perwarakannya serta sifatnya..mungkinkah..alhamdulillah,masih bernafas di bumi Ilahi dalam usia 27 tahun..bekerjaya...dan masih belum mendirikan masajid....doakanlah semoga dapat jodoh yang solehah dan rumahtangga yang bahagia..

inilah keluarga saya..carilah saya kat mana..saya biasa-biasa aje..yang penting bersyukur kepada ALLAH kerana lahir dalam umat yang beragama ISLAM..moga dikekalkan ISLAM itu hingga ke akhir hayat...

* NAMA KU VANNA(CAM CITER NADA TU)
*SI PUTIH YANG BAIK
*NADA...
 * UCUK MERAH

yang nilah paling saya sayang selain keluarga..diibaratkan macam adik2 saya jugak,sayang sangat..manja..comel..walaupun semua ni bukanlah dari golongan berada(haha..asal dari pasar je)diaoranglah penghibur saya kalau ada problem..walaupun banyak kerenah,tapi hati kan terhibur..Hilang segala stress bila membelai badan miow ni..Rasulullah saw pun sayang kucing tau..dan juga Abi Hurairah..


 Hobi saya???Yang paling utama adalah novel..tapi novel bergenre aksi dan seram..yang pastinya,,mengandungi hikmah dan ilmu yang bermafaat bagi setiap pembacanya..bukan yang berunsurkan cinta tapi tiada pengertian...

* Novel yang terbaik dalam abad ini*

Apa yang terkandung dalam novel ni mengisahkan perjuangan seorang lelaki yang bergelar SUNAN dalam menghapuskan kejahatan di dunia.bermula dari kurun ke 15 hingga dengan izin Allah SWT merantau ke abad ke 21..Novel ni mengandungi 5 siri ( BAGAIKAN PUTERI,CINTA SANG RATU,HIJAB SANG PENCINTA,CINTA SUFI,SUNAN MUSAFIR)

Oh,ya selain dari membaca,saya suka mengembara..terutamanya gunung2,air terjun...hikmahnya adalah untuk menghayati serta mengagumi kebesaran ALLAH..harap2 saya dapat menyertai kelab kembara yang saya dah lama teringin nak join..jom pakat masuk kelab ni..dapat ke Sabah Sarawak pun alhamdulillah,..

My best song...Menghayati lagu2nya membuatkan diri mendekatkan diri pada ALLAH SWT..

KOLEKSI LAGU OPICK
* Opick - Hanya Allah
* Opick - Ramadhan Tiba
* Opick - Tuhan Lindungilah
* Opick - Allah Ya Nur
* Opick - Ketika Cinta
* Opick - Hamba-Hamba Allah
* Opick - Bismillah
* Opick - 25 Nabi
* Opick - Ya Nabi Salam
* Opick - Cahaya Hati
* Opick - Hanya Allah
* Opick - Assalamualaikum
* Opick - Taqwa
* Opick - Taubat
* Opick - Bila Waktu Tlah Berakhir
* Opick - Tombo Ati
* Opick ft. Melly Goeslaw - Takdir
* Opick - Satu Rindu
* Opick - Alhamdulillah
* Opick - Rapuh
* Opick - Sedekah
* Opick - Cukup Bagiku
* Opick - Yaa Rabbana
* Opick - Buka Mata Buka Hati
* Opick - Kesaksian Diri
* Opick - Beruntunglah
* Opick - Pewaris Surga
* Opick - Mendambamu
* Opick - Kembali Kepada Allah
* Opick - Yaa Rahman
* Opick - Irhamna
* Opick - Semesta Bertasbih

- Lagu penuh penghayatan dan tak rugi mendengarnya...

Cukup..cukup sudah..cukup sampai disini saja..jika nak tahu lagi tentang pemilik blog ni..kenalilah dalam fb pula..yang pastinya saya ni pendiam orangnya..tapi mudah ramah bila didekati....Semoga hidup ini selalu diberkati..Wassalam..