Tunjukkan aku jalan lurusMu...

02 August 2012

TIPS MUDAH NAK BANGUN SUBUH

Assalamualaikum,duhai teman-teman sedunia,petang ni kaweh nak kongsi sama-sama tip pada hari ini.Dimana kita ni kadangkala bangun asyik terlajak hinggakan bangun time Subuh Gajah.jadinya,bagi nak menggelakkan kita dari terlajak jauh untuk bangun awal Subuh,saya akan berikan beberapa tips untuk kebaikan kita bersama.

1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
2. Ambil wuduk sebelum tidur.
3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5. Pasangkan niat; ‘Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.’
6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!

Panduan di atas memerlukan sedikit latihan. Namun insyaAllah, Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU.Jika tak mahu melakukannya terpulanglah.Mungkin ada cara lain ataupun taknak buat,ikutlah.


01 August 2012

renungkanlah..


MENGAPA SOLAT ITU WAJIB

KEPENTINGAN SOLAT : PERKARA PALING UTAMA DALAM HIDUP MUSLIM/MOST IMPORTANT TO MUSLIM

Solat merupakan kewajipan utama bagi setiap Muslim sebagaimana Rukun Islam. Solat mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam islam. Ibadah lain tidak dapat menyamai ibadah ini kerana Solat merupakan suatu manifestasi perhubungan insan kepada Allah, mengandungi pelbagai hikmah serta mampu menjadikan individu Muslim itu benar-benar bertaqwa. 

Pertama : Solat merupakan tiang agama. Islam akan runtuh apabila Solat ditinggalkan penganutnya. Menurut Muaz bin Jabal r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda, ?Mahukah kamu aku khabarkan tentang kepala, tiang dan menara semua perkara ? Aku menjawab, ?Sudah pasti wahai Rasulullah. Baginda berkata: Kepala semua perkara adalah Islam, tiangnya adalah Solat dan menaranya adalah Jihad?. ( H.R Tarmizi ) 

Kedua : Solat termasuk dalam perkara penting selepas melafazkan dua kallimah syahadah. Ia merupakan salah satau cara individu Muslim melahirkan rasa syukur serta membuktikan keimanannya. Sabda Rasulullah s.a.w, ?Islam dibina atas lima perkara; Mengucap dua kalimah syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan Solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan?. ( H.R Muslim ) 

Ketiga : Ibadah Solat tidak disyariatkan melalui perantaraan malaikat, tetapi Allah telah mengangkat Rasulullah s.a.w ke langit dengan Allah sendiri mewahyukan fardhu Solat lima waktu kepada baginda. Ini berlaku dalam peristiwa Isra & Mikraj. 

Keempat : Solat dapat membersihkan segala kesalahan dan dosa. menurut Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, ?Apa pendapat kamu jika ada sungai di hadapan pintu rumah kamu yang boleh kamu mandi di dalamnya lima kali sehari, adakah masih tertinggal dakinya ? Mereka berkata; Sudah pasti tidak akan tinggal sedikit pun dakinya. Baginda bersabda: Itulah perumpamaan Solat lima waktu. Allah telah membersihkan segala kesalahan dengan mengerjakannnya? . ( H.R Bukhari & Muslim ) 

Kelima : Solat membezakan antara seorang Muslim dengan kafir. Ini bermakna, meninggalkan Solat dengan segaja menjadikan seseorang itu kafir. Dari Jabin bin Abdullah r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda,? Pembeza antara seorang lelaki Muslim dan syirik atau kufur ialah meninggalkan Solat?. (H.R Muslim) Hazrat ?
Ubadah bin Somit r.a telah berkata,?Kekasihku Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepadaku tujuh perkara. Sabda Baginda s.a.w,?Jangan menyengutukan Allah dengan sesuatu apapun, walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar atau disalib. Jangan meninggalkan Solat dengan sengaja, kerana sesiapa meninggalkan Solat dengan sengaja akan terkeluar daripada agama Islam. Jangan melakukan maksiat, kerana perbuatan itu akan menyebabkan kemurkaan Allah dan jangan minum arak, kerana perbuatan ini adalah ibu segala maksiat.?( H.R Imam Tabrani ) 

Keenam : Solat merupakan perkara pertama yang ditanya oleh Allah pada hari kiamat nanti. Abu Hurairah r.a. pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, ? Perkara pertama yang ditanya kepada seorang hamba pada hari kiamat tentang amalannya ialah solatnya. Jika baik, dia telah berjaya dan maju. Jika rosak, dia telah celaka dan rugi. Jika amalan fardhunya kurang, Allah berkata : Perhatikan adakah hamba Ku melakukan amalan sunat yang boleh menampung kekurangan amalan fardhunya. Kemudian dilakukan perkara yang sama pada amalan- amalan lain?. ( H.R Al-Nasai & Tarmizi )

31 July 2012

Menghayati Ramadhan penuh keberkatan..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah,sudah 10 hari berpuasa di bulan yang diberkahi ini.Mudah-mudahan beroleh keberkatan dan kerahmatan yang berpanjangan.Semoga puasa pada hari ini diterima Allah.

Buat pembaca blog yang budiman,apakata kita mengambil kesempatan untuk share ilmu dari saya.Tak kira dari dalam dan luar negara..sama-sama kita ambil pedoman mahupun panduan agar dapat memantapkan lagi ibadah yang mulia ini.Sama-samalah kita amalkan hingga ke penghujung Ramadhan dan seterusnya dibawa ke Ramadhan yang akan datang.

AMALAN SUNAH TERPENTING PADA BULAN RAMADHAN

  • Mengucapkan MARHABAN YA RAMADHAN 
  • Niat berpuasa sebulan pada malam pertama dan seterusnya berniat pada tiaptiap malam berikutnya
  • Solat Isyak berjemaah di masjid / surau
  • Solat Tarawikh 20 rakaat diikuti Witir 3 rakaat
  • Tadarus Al Quran dengan bersemak dan berturut-turut juzuk
  • Sebelum tidur malam bacalah 4 ayat terakhir dalam surah Al-Kahfi supaya dikejutkan bangun pada Jam 4.00 am untuk Qiamullail
  • Qiamullail sebelum sahur
  • Jam 5.00-5.13 am makan sahur
  • Jangan tidur usai sahur
  • Solat Subuh berjemaah di masjid/surau
  • Tadarus pendek selepas solat Subuh
  • Tunaikan solat Dhuha anatara Jam 8-11 am
  • Lakukan solat sunat Kafaratul Baul 2 rakaat
  • Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera dari dosa dan maksiat
  • Jangan kunjungi tempat yang boleh mengundang maksiat seperti pusat urut/kelab hiburan/tempat snuker
  • Jam 12.00 tghari tidur sebentar ( Qailulah)
  • Solat Zuhur berjemaah 
  • Tadarus pendek selepas solat Zuhur
  • Solat Asar berjemaah
  • Tadarus pendek selepas solat Asar
  • Masa petang digunakan untuk menghadiri majlis ilmu seperti tazkirah/kuliah agama.
  • Berbuka ala kadar dengan kurma/rutab dan seteguk air
  • Solat Maghrib berjemaah di masjid/surau
  • Makan malam bersama keluarga sebelum Tarawikh
  • Bersiap sedia untuk ke masjid bagi menunaikan solat Isyak dan Tarawikh bersama keluarga

27 July 2012

BUKA MINDA ANDA DENGAN INFO/TIPS TERKINI

Tempat yang Mesti dilawati Sebagai Seorang Muslim Sebelum Mati 

1.MAKKAH AL-MUKARRAMAH ( HAJI & UMRAH )

2. MADINAH AL MUNAWWARAH ( PUSAT DAKWAH ISLAMIYAH RASULULLAH SAW)

 

3. KAHERAH ( MESIR ) - SEJARAH NABI ALLAH MUSA AS BERTAPAK DI SITU

 4. PETRA,JORDAN - KISAH KAUM NABI SALLEH AS  TERPAHAT DI TEMPAT INI / SALAH SATU KEAJAIBAN DUNIA

 

                       5.LAUT MATI,JORDAN-ASAL DARI KAUM NABI LUT AS YANG DITERBALIKKAN KE BAWAH DASAR BUMI

 

  6. ISTANBUL,TURKI-KOTA TAMADUN

   

  7. BAITUL MAQDIS,PALESTIN

   

26 July 2012

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan sebelumnya.Bagaimana puasa hari ini?Harap semua dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan dapat mengurangkan dosa di bulan yang mulia ini.Bagi blogger2 yang biasanya menghadap blog untuk menyampaikan ap2 ilmu,harap sampai ilmu yang bermanfaat agar apabila pengunjung buka blog anda dan baca,pasti ianya mendatangkan faedah dan seterusnya mendapat pahala dari Allah..


Banyak ganjaran yang boleh diperolehi.Cuma nak tak nak je kita amalkan.