Tunjukkan aku jalan lurusMu...

11 September 2012

Kadang-kala menyesal juga hati seseorang itu,apabila melakukan sesuatu tanpa berfikir tanpa menilai.Aduhai,rasa sedih seseorang itu,bila apa yang diimpikan tak dapat apa yang dihajatkan tak dapat digapai.Betapa sedihnya bila terpaksa berkongsi masalah seorang diri.Akibatnya terpaksa menahan kesedihan ini.Ya Allah,Moga seseorang itu mendapat rezki yang berganda dengan izinMu.Seseorang itu mahukan kereta sendiri,mahu berkahwin tapi kekurangan kewangan.Ya Allah,bantulah hambaMu itu.Jangan biarkan seseorang itu bersedih kerana dunia.Jangan biarkan seseorang itu lupa dari tanggungjawab kepadaMu...


10 September 2012

Jangan takut akan manusia
Kerna manusia akan binasa
Jangan takut pada kekuasaan manusia
Kerna yang berhak takut hanya Dia
Allah Yang Maha Menguasai Segalanya

Takutlah pada Allah dengan sebenar-benar takut
Makna takut adalah dengan bertaqwa
Hanya Allah berhak mengadili kita
Bukan manusia yang kadangkala dusta

09 September 2012

BACALAH SEBAGAI PEDOMAN...



Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri,dan tidak mendoakan
untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak
membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua
rakaat.

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi
salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian
tidak sembahyang jemaah.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba
tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak
menanyakan nama kawannya itu.

8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan
kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar,
tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

p/s : Moga kita tidak tergolong di antara 10 golongan ini... amin..

06 September 2012

Maha Melihat

Seiring waktu berlalu
Tangis tawa dinafasku
Hitam putih dihidupku
Jalani takdirku

Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
S'gala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

Kau yang maha mendengar
Kau yang maha melihat
Kau yang maha pemaaf
PadaMu hati bertaubat

Kau yang maha pengasih
Kau yang maha penyayang
Kau yang maha pelindung
PadaMu semua bergantung

Yang dicinta 'kan pergi
Yang didamba 'kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali
Hapus semua pedih

Andai mungkin aku bisa
Kembali tulus s'galanya
Tapi hidup takkan bisa
Meski derai air mata

...........................................................................................................................................................

Disebalik bait-bait nasyid nyanyian Opick dan Amanda membahaskan mengenai segala takdir dan jalan hidup manusia dilihat oleh Allah Yang Maha Esa.Allah Maha Segalanya.Tiada yang berkuasa melainkan hanya Allah yang menguasai apa saja atas kehendakNya.Apa yang dilakukan oleh setiap manusia yang hidup akan disaksikan oleh Allah,dicatatkan segala amal baik mahupun buruk dan akan diadili pada hari Akhirat kelak..Samada manusia itu akan dimasukkan ke dalam syurga mahupun dicampak ke dalam neraka...


Andai waktu bisa diputar,boleh saja setiap manusia itu melakukan kebaikan dari awal sampai hari ajalnya. Dan setiap manusia itu bersungguh dalam melakukan amal kerana Allah dan langsung meninggalkan maksiat dan dosa.Namun begitu,Allah Maha Mengatur setiap takdir hamba-hambaNya.Allah Maha adil lagi Maha bijaksana.Allah Maha Pengasih dan Penyayang pada hamba-hambaNya tidak kira agama,bangsa mahupun tua muda..Tetapi,balasan Allah akan menentukan siap yang mendapat hidayah,pengampunan mahupun laknat dariNya...

Cintailah Allah hingga ke akhirat sana....

04 September 2012

Assalamualaikum..tazkirah untuk hari ini



 Di antara Kelebihan Istighfar

Bersabda Nabi Sallallahu˜alaihi wassalam: Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya.
(Hadis riwayat Abu Daud)

Dari Hadis Rasulullah Sallallahu ˜alaihi wassalam di atas, maka dapat diambil kesimpulan bahawa fadhilat istighfar itu antaranya adalah:

1)Memperoleh keampunan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala atas segala dosa yang dilakukan samada sengaja atau tidak.

2) Menyenangkan hati dari kegelisahan dan gundah gulana kerana dosa yang dilakukan.
3) Mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana istighfar bukan hanya terbatas kepada permohonan ampun saja tapi juga sebagai bukti ketaatan kepada Allah Subhanahu Ta'ala dan untuk mencapai keredhaanNya.

4) Memperolehi perlindungan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala daripada tipu daya serta hasutan syaitan kerana menghiasi lidah dengan istighfar merupakan salah satu perkara yang dibenci oleh syaitan.
5) Memelihara diri dari melakukan dosa atau kesalahan yang belum dilakukan kerana dengan istighfar dapat membersihkan hati dari lalai dan lupa akan tanggungjawab terhadap apa yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan apa yang dilarangNya.

6) Memperoleh keutamaan dan anugerah dari Allah Subhanahu wa Ta'ala berupa nikmat bagi sesiapa yang mengamalkannya seperti diberi kelapangan, kesenangan, kesihatan serta rezeki yang melimpah.

03 September 2012

tazkirah sebagai peringatan bersama..


JADILAH GOLONGAN YANG SEDIKIT DARIPADA YANG “RAMAI

Betapa Ramainya golongan yang ramai berbanding golongan yang sedikit..

Kalangan sedikit terpencil terasing berbanding dengan kalangan kebanyakan..

Yang sedikit beruntunglah dan yang ramai akan rugi jatuh muflis..

Kerana yang Ramai itu sedang memburu janji dunia...



Ramai mengatakan ketenangan itu adalah dengan metrealistik..

Kebahagiaan pula ramai yang katakan akan dapat jika gembira dan senang..

Tetapi kenapa masih ramai yang Berkrisis dengan hati dan dirinya?

Huru-hara porak peranda dalam semua institusi terutamanya Keluarga..



Sedihnya  golongan yang sedikit melihat dunia..

Ramai membuatkan dunia menjadi neraka sebelum neraka..

Syurga ramai katakan di dunia dan kubur masing-masing..

Mengapakah ramai semacam ini???



Dimanakah syurga?

Ramai yang mencarinya didunia yang fana ini..

Ramai yang malas bekerja dalam beramal kepada Allah..

Ramai yang sombong kepada Allah...



Ramai menjadikan sikap sombong dan angkuh itu sebagai rutin harian..

Ramai mahu berkasta-kasta dengan manusia amalan mereka..

Ramai mencipta Fitnah ditaburkan kepada yang sedikit atau sesama ramai hobi kegemaran..

Sering Berkira dalam segala hal dan tidak bersyukur itulah dia dalam Ramai...



Kita sudah berada di zaman jahiliyah moden..

Zaman kuku besi dan kerajaan menyombong..

Manusia mula jahil dalam beragama..

Agama mereka gadaikan kerana Janji Dunia...



Inilah janji dunia..

Ramai menganggap secara Lahiriah dengan metrealistik dikatakan bahagia..

Tenang ramai dicari dengan hiburan melampau-lampau..

Inilah yang dijanjikan kerana ramai menjadikan syaitan dan nafsu itu sebagai “Kawan”...



Alangkah sedikit yang sedar..

Alangkah ramai sekali yang Lara..

Sifat mazmumah lebih mengusai sifat mahmudah..

Apa sudah Terjadi Pada Kita???

Adakah kita golongan sedikit ataupun ramai???



Ya Allah..golongan sedikit ini tak sanggup melihat keadaan ini lagi..

Ahli agama sudah tidak Istiqomah dan hati mereka mula tidak ikhlas..

Para Artis dijadikan idola masyarakat dan kata-kata ulama dipandang enteng..

Benarlah sudah semua yang disabdakan nabi junjungan lebih 1400 tahun lampau..



Ya Allah datangkanlah dengan segera pembela agama islam ini..

Islam kini sedang dikecam dan mahu digigit keseluruhanya oleh para si kuffar dan ramai ini..

Belalah dan Bantulah ya Allah yang sedikit ini..

Hanya yang sedikit ini yakin sepenuhnya dengan janjimu Allah...



Yang sedikit ini merindui syiar islam kembali gemilang seperti dulu..

Yang sedikit ini sahaja yang percaya sejarah itu berlulang dan pasti berulang lagi..

Jadi tak mustahil zaman kebangkitan islam ini akan tiba tidak lama lagi...

Tak mustahil dan nostalgia lama berulang lagi dengan ketibaan seorang kekasih Allah..



Janjimu Allah yang sedikit ini menanti dengan penuh sabar...

Janjimu Allah pastinya berlaku..

Janji Dunia yang ramai itu menjadikan cinta dunia..

Janjimu Allah kepada yang sedikit ini dapat membawa kedamaiaan dan ketenangan yang dicari...



Itulah janji Allah kepada yang sedikit dan yang ramai ini...

Ayuh sama-sama kita jadikan diri kita yang sedikit ini..

Yang telah menjadi ramai kita menjadi sedikit..

Itu lebih mulia dari yang sedikit menjadi ramai kembali...



Kerana golongan itu yakni sedikit menjadi banyak kembali sebelum masa yang dijanjikan akan rugi..

Kembalilah mereka menjadi orang lama menjadi orang baru..

Mengundurkan diri dari sedikit menjadi ramai juga tidak mendapat apa-apa kecuali rugi semuanya..

istiqomahlah yang sedikit di jalan Allah yang telah ditunjukkan...



Yang sedikit akan diuji dengan kesusahan kepayahan..

Yang ramai akan diuji dengan kesenangan dan kelaraan..

Yang sedikit sebenarnya tahan diuji dengan pelbagai ujian..

Semoga Allah membantu dan meredhoi sentiasa yang sedikit ini...



Golongan yang sedikit ini tidak sesama sekali akan pupus..

Golongan sedikit ini tidak sama sekali akan lenyap..

Yang sedikit akan menjadi banyak dan berkembang..

Dan yang ramai akan lemah dan mati..



Janji Allah itu pasti..

Sememangnya pasti berlaku...

Pasti! Yang sedikit amat meyakininya.. InsyaAllah...

Mari sama-sama memeriahkan Dunia Baru Islam....



InsyaAllah yang sedikit itu akan menjadi ramai kembali..

Dan golongan yang ramai itu akan menyusut menjadi sedikit dan lama kelamaan akan lenyap..

Janji Allah pasti kepada semua...

Bersama pembelaan dan kasih sayangnya....

RENTETAN DARI MALAM SYAWAL DAN 1 SYAWAL 1433 H

Tatapan buat rakan-rakan yang sudi meluangkan masa mebaca blog saya.Inilah gambar2 semasa peristiwa malam raya dan bila tibanya raya...