Tunjukkan aku jalan lurusMu...

13 September 2012

Bismillahirrahmannirrahim..

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang memberikan hidup dan nafas pada diri ini.Moga dengan limpah dan kurniaNya,diri ini tetap berada di sini menjalani apa yang diperintahNya dan menjauhi segala laranganNya..

Hari yang mulia ini,dimana penghujung bulan Ramadhan,tak sempat nak puasa 6 lagi.Moga ketemu Ramadhan akan datang.

Hari ini seharusnya menjadi  hari cuti bagi saya,tapi nak buat macamne kerjaya diutamakan,biarlah berkorban agar tidak terkorban.Dan moga2 sentiasa sabar dalam menjalani hidup ini.Jangan biarkan orang lain ambil kesempatan diatas kemudahan yang sedia ada.

Amin...

12 September 2012

Bismillahirrahmannnirrahim..Assalamualaikum.

Hidupku matiku hanya untuk Allah..dan moga2 matiku dalam husnul khatimah..

Tiada duka yang abadi didunia ini.Kerna akhirnya sebuah kebahagiaan kan dikecapi.Janganlah hidup yang dijalani dalam keadaan putus arah dan asa,yakinlah bahawa setiap yang dijalani ada hikmah dan pedoman disebaliknya.Yakinlah bahawa Allah ada disetiap hamabNya.Dia tak akan membebankan hamba2Nya dan sentiasa mencurahkan rahmat dan kasih sayang agar hamba2Nya sentiasa mengingatiNya setiap waktu.

Kerna..kutahu hanya Engkau Tuhanku Ya Allah..

11 September 2012

Al Fatihah buat arwah Yasmin Johan ( Yasmin Hunwick ) blogger  yang telah pergi ke hadratNya pada Jun 2012 yang lalu.Semoga Allah menempatkannya di tempat orang-orang yang solehah dan Jannah.Semoga Allah menjaga keluarga arwah hingga ke akhir hayat mereka..

Ya Allah,jadikanlah aku orang yang sentiasa mengingati mati,jadikanlah aku orang yang bertaqwa dan taat setia kepadaMu,janganlah Kau palingkan aku dari pandanganMu..rahmatilah aku dan berikanlah hidayah umtukku...Dan jadikanlah aku orang-orang yang baik dan soleh dan membenci kejahatan..

TanpaMu..siapalah aku di dunia ini...



bacalah untuk tatapan kita bersama


























bacalah supaya kita sebagai umat islam tidak keliru untuk menentukan siapa yang boleh kita salam dan siapa yang kita tak  boleh salam,siapa yang boleh kita melihat auratnya dan juga sebaliknya.Kerna perkara itulah yang sering dipandang remeh lebih2 lagi segelintirnya dari  masyarakat Islam itu sendiri.

Ikutilah syariat yang diperintahkan Allah,.Jangan ikut landasan syaitan,kelak binasa.Mudah-mudahan diberkati Allah dan selamat beramal...
Kadang-kala menyesal juga hati seseorang itu,apabila melakukan sesuatu tanpa berfikir tanpa menilai.Aduhai,rasa sedih seseorang itu,bila apa yang diimpikan tak dapat apa yang dihajatkan tak dapat digapai.Betapa sedihnya bila terpaksa berkongsi masalah seorang diri.Akibatnya terpaksa menahan kesedihan ini.Ya Allah,Moga seseorang itu mendapat rezki yang berganda dengan izinMu.Seseorang itu mahukan kereta sendiri,mahu berkahwin tapi kekurangan kewangan.Ya Allah,bantulah hambaMu itu.Jangan biarkan seseorang itu bersedih kerana dunia.Jangan biarkan seseorang itu lupa dari tanggungjawab kepadaMu...


10 September 2012

Jangan takut akan manusia
Kerna manusia akan binasa
Jangan takut pada kekuasaan manusia
Kerna yang berhak takut hanya Dia
Allah Yang Maha Menguasai Segalanya

Takutlah pada Allah dengan sebenar-benar takut
Makna takut adalah dengan bertaqwa
Hanya Allah berhak mengadili kita
Bukan manusia yang kadangkala dusta

09 September 2012

BACALAH SEBAGAI PEDOMAN...



Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri,dan tidak mendoakan
untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak
membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua
rakaat.

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi
salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian
tidak sembahyang jemaah.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba
tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak
menanyakan nama kawannya itu.

8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan
kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar,
tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

p/s : Moga kita tidak tergolong di antara 10 golongan ini... amin..