Tunjukkan aku jalan lurusMu...

18 September 2012

Untuk tatapan buat pecinta kucing..gelagat si meow..

Assalamualaikum..sesungguhnya Rasulullah saw pun menyayangi kucing..Sayangilah kucing seperti kita menyayangi keluarga kita sendiri kerana mereka pun hidup bersama dengan kita.

Dalam blog ini,saya nak berkongsi keceriaan saya bersama dengan anda dengan melihat telatah kucing kesayangan saya ini.Moga terhibur dengan gambar lucu ini..

"Ha..siapa nak makan kuih raya mai bagi duit raya kat koi"


krohh..kroh.....cedapnya tito..

Kepulangan yang dinanti..Menunggu saudara pulang berhari raya..

Sedapnya bersantai..
Menunggu makanan yang tak kunjung tiba...Erm(muka tengah marah ni)
Khusyuk main game talk to Tom(cakap dengan kucing dan kucing dalam games tu ajuk balik cakap kite )

 Aduh,achaner nak tukar game ni yek...Minta tolong plez..hau..hau...

Tomei tak saya..

 Auuummm...


Jom kita kongsi salad KFC..

 Opsss..

Hey.sape kat atas ni.Duduk diam2 bule dok??


Achaner nak panjat ek?



pedoman di pagi hari

Assalamualaikum wmh..wbt..

Salam mulia untuk Allah SWT,Tuhanku  dan Tuhan seluruh manusia,Tuhan Yang Maha Agung Lagi Maha Menguasai,sholawat dan salam buat junjungan Rasulullah saw,rasul seluruh umat didunia..Moga hari ini lebih baik dari semalam dan kelmarin,dan lebih bahagia dari sebelumnya.

Berbalik kepada tragedi penghinaan terhadap Rasulullah saw serta isteri baginda di dalam sebuah filem yang hampir ditayangkan di pawagam bertajuk INNONCE OF ISLAM.Mungkin juga telah ditayangkan di dalam google ataupun Youtube ataupun software lain.Apapun ia merupakan suatu penghinaan yang amat besar dan berat bagi kita sebagai umat Rasulullah,Jika Rasulullah saw dihina begitu rupa,mahukah kita berdiam diri sahaja?Tentu tidak...

Pertahankanlah maruah Rasulullah saw.Jangan biarkan nabi kita dihina dan dicaci oleh agama lain.Bukankah kita dianjurkan supaya menghormati sesama agama,bangsa dan masyarakat di atas sunia ini?Tapi..inilah yang terjadi sebaliknya..Menghina Rasulullah sesuka hati.Alangkah celakanya hidup manusia yang menghina nabi kita..Nabi yang dimuliakan dan ditinggikan darjat oleh Allah..

Namun begitu, bukan sahaja penghinaan tersebut berlaku bahkan banyak perkara yang telah dihina khususnya yang menghina itu adalah dari umat Islam itu sendiri.Mahu tahu apakah perkara-perkara tersebut yang sering masyarakat Islam masa kini lupa dan kadangkala buat-buat lupa?

Contohnya :

Dari segi aurat wanita dimana para artis di Malaysia semakin berani mendedahkan apa yang telah diharamkan oleh Allah.Mendedahkan tubuh yang tidak patut didedahkan dan tidak patut ditayangkan selain dari mahram sendiri.Bukan Allah telah menegaskan di dalam Al Quran yang menyuruh kaum wanita supaya menutup aurat mereka agar mereka terpelihara dari maksiat dan dosa.Tapi apabila golongan begini ingkar dari perintah Allah,Bukankah itu satu penghinaan terhadap Allah SWT.

Selain itu juga,bukan sekadar artis,malahan kaum wanita khususnya remaja dan belia mula berani mendedahkan tubuh mereka di khalayak ramai.Seolah-olah mereka tidak takut ancaman dari Allah.Walhal,setiap kejahatan pasti ada pembalasannya.Tidak hanya di akhirat,malah didunia sudah dibalas.Misalnya,apabila kaum wanita memakai pakaian ketat dan sendat,maka akan berlakulah kes rogol dan seterusnya bakan terjadi kes bunuh.Ini dapat menjatuhkan aib dan maruah wanita itu sendiri dimata masyarakat mahupun dri sendiri dan keluarga.

Sehubungan dengan itu,di negara kita tidak lekang dengan masalah ajaran sesat lagi menyesatkan.Seolah-olah ada yang lebih berkuasa dari ALLAH.Dan mempunyai kerajaan lebih agung dari ALLAH.Umpama Firaun yang mengakui bahawa dia adalah Tuhan dan tidak akan mati,tapi akhirnya dengan izinNya,terdampar di Laut Mati.Ingatlah bahawa tiada yang berkuasa melainkan Allah.Di dalam syahadah sudah termaktub dan tidak boleh dinafikan lagi...

Semoga,kita terpelihara dari munafik dan terpesongnya akidah.Semoga kita selalu menjadi yang terbaik disisi Allah hingga akhir hayat.Insyallah...


14 September 2012

Assalamualaikum..salam petang Jumaat yang mulia. ini.

Alhamdulillah berbekalkan nafas pinjaman dari Sang Pencipta,moga dapat menjalani  hidup-hidup ini dengan tenang dan damai.Hidup ini umpama roda.Berputar da sentiasa berputar.Apabila ia berputar,banyaklah ragam dan feel yang dapat ditemui.Ada yang suka,ada yang suka,ada yang baik dan ada yang sebaliknya.Tapi yang pastinya berpaksilah di atas satu galaksi yang benar iaitu jalan menuju Ilahi Rabbi.Jangan kita mempersekutukan Dia kerana Allah yang telah menciptakan kita bermula dari alam rahim di dalam perut ibu,kemudian lahir ke dunia dan membesar untuk menjadi khalifah atas muka bumi.Dan yang pastinya kita akan tetap melalui satu alam  dan akhirnya kita akan pergi ke tempat yang abadi.Tempat dimana disitulah kita akan ditentukan samaada kita ke Jannah yang penuh nikmat ataupun ke Jahannam yang membakar lagi menyiksakan.

Semoga hidup kita sentiada diberkahi.Jangan ada dusta diantara kita dan Allah Yang Maha Suci.

Alhamdulillahi Rabbil Alamin

Sekian dari saya..Habibi..

13 September 2012

Bismillahirrahmannirrahim..

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang memberikan hidup dan nafas pada diri ini.Moga dengan limpah dan kurniaNya,diri ini tetap berada di sini menjalani apa yang diperintahNya dan menjauhi segala laranganNya..

Hari yang mulia ini,dimana penghujung bulan Ramadhan,tak sempat nak puasa 6 lagi.Moga ketemu Ramadhan akan datang.

Hari ini seharusnya menjadi  hari cuti bagi saya,tapi nak buat macamne kerjaya diutamakan,biarlah berkorban agar tidak terkorban.Dan moga2 sentiasa sabar dalam menjalani hidup ini.Jangan biarkan orang lain ambil kesempatan diatas kemudahan yang sedia ada.

Amin...

12 September 2012

Bismillahirrahmannnirrahim..Assalamualaikum.

Hidupku matiku hanya untuk Allah..dan moga2 matiku dalam husnul khatimah..

Tiada duka yang abadi didunia ini.Kerna akhirnya sebuah kebahagiaan kan dikecapi.Janganlah hidup yang dijalani dalam keadaan putus arah dan asa,yakinlah bahawa setiap yang dijalani ada hikmah dan pedoman disebaliknya.Yakinlah bahawa Allah ada disetiap hamabNya.Dia tak akan membebankan hamba2Nya dan sentiasa mencurahkan rahmat dan kasih sayang agar hamba2Nya sentiasa mengingatiNya setiap waktu.

Kerna..kutahu hanya Engkau Tuhanku Ya Allah..

11 September 2012

Al Fatihah buat arwah Yasmin Johan ( Yasmin Hunwick ) blogger  yang telah pergi ke hadratNya pada Jun 2012 yang lalu.Semoga Allah menempatkannya di tempat orang-orang yang solehah dan Jannah.Semoga Allah menjaga keluarga arwah hingga ke akhir hayat mereka..

Ya Allah,jadikanlah aku orang yang sentiasa mengingati mati,jadikanlah aku orang yang bertaqwa dan taat setia kepadaMu,janganlah Kau palingkan aku dari pandanganMu..rahmatilah aku dan berikanlah hidayah umtukku...Dan jadikanlah aku orang-orang yang baik dan soleh dan membenci kejahatan..

TanpaMu..siapalah aku di dunia ini...



bacalah untuk tatapan kita bersama


























bacalah supaya kita sebagai umat islam tidak keliru untuk menentukan siapa yang boleh kita salam dan siapa yang kita tak  boleh salam,siapa yang boleh kita melihat auratnya dan juga sebaliknya.Kerna perkara itulah yang sering dipandang remeh lebih2 lagi segelintirnya dari  masyarakat Islam itu sendiri.

Ikutilah syariat yang diperintahkan Allah,.Jangan ikut landasan syaitan,kelak binasa.Mudah-mudahan diberkati Allah dan selamat beramal...