Perbualan Ustaz Dengan Seorang Wanita Yang Tidak Menutup Aurat
Gadis semasa :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”
Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”
Gadis semasa :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?
Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!
Gadis semasa :
“No
no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan
tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung
labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai
jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit
namanya ustaz…..”
Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa
tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana
perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”
Gadis semasa :
“Ha
ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah
zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan
akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu
buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”
Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”
Gadis semasa :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”
Ustaz :
“Islam
mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya
berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan
mereka”
Gadis semasa :
“Habis
tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan
diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”
Ustaz :
“Bukan
itu maksud saya…….apa yang saya nak katakan ialah…orang perempuan
sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki
cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah
dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….
“Perbuatan
membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan
sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu
seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang
bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan
berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah
syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan
berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”
Gadis semasa :
“Alah
ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni
insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”
Ustaz :
“Hmmmm…itulah
yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga
maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang
rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang
mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan
yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami
dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui
perkahwinan yang sah”
“Bukanlah
kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi
tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila
seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia
namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang
sah.”
Gadis semasa :
“Ok…ok….ustaz
menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan
yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz
yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”
Ustaz :
“Ha
ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu
buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik
atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika
akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut
akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup
aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu
dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di
akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”
Gadis semasa :
“Baiklah
ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya
ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi
dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong
orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka
mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka
cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”
Ustaz :
“Saya
faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun
dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan
mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw
pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti
apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang
dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan
dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika
tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita
mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada
lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak
matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga
kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita
ke dalam neraka.”
“Adapun
perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan
jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti
mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia
kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab
diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang
dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa
orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan
oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”
Gadis semasa :
“Oh
ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar
orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “
the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang
sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik
namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi
benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”
Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu
perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah
jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh
ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta
…kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak
sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila
tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh
hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t
make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan
hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita
kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai
tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai
ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”
“Samalah
macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami
yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin
jawabnya”
Gadis semasa :
“Hu
huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya
faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu
betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih
ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya
mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan
perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti
terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai
tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis
saya nanti…..”
Ustaz :
“Biarlah
kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita
menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”
Gadis semasa :
“Isk…Isk…..Isk…ye
lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima
kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”
Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”