Tunjukkan aku jalan lurusMu...

01 October 2012

sedutan komik annur dan kittunnya(miaunya)

Assalamualaikum semua..jom kita sama2 baca sedutan komik annur dan miaunya yang menghiburkan hati serta dapat menghilangkan stress kita lepas 1/2 bekerja dipejabat atau dimana saja..So,bua annur..sori ek,saya ambik copy u punya komik,jangan marah..senyum2 selalu..sama2 kita kongsi buat ilmu yang berguna kepada para pembaca..ilmu baca jawi yang sempurna..huhuhu..Saya pun salah sorang peminat komik ni sebab ianya berkaitan dengan kehidupan saya bersama ucing tersayang..huhuhu..Teringin nak buat filem pasal kucing saya dalam meniti kehidupan ala2 national geography tu..


***************


***************


***************


***************


***************


***************


***************



* pesanan ikhlas dari Habibi,marilah sama-sama kita memartabatkan tulisan JAWI.....
.Hidup Islam sampai mati....


Terkadang..(buat teman2)

Terkadang..

Tak perlulah bersikap irihati atas sesuatu yang bukan milik kita

Terkadang...

Tak perlulah berhasad dengki atas kemudahan yang diberikan terhadap orang lainnya

Kerna yang pastinya..dan pastinya..

Kita juga akan merasa kemudahan itu

Kita akan tetap mengecapinya

Walau lewat dimakan hari dan waktu

Dengan izin dari Yang Maha Memberi

Usah kita berasa hasad sesama saudara kita

Kelak suatu masa mereka juga akan menjenguk pabila kita terlantar gering

Dan juga akan mengusung kita untuk dibawa ke alam kematian yang sementara

Usah berasa dengki kelak binasa diri

Sabar dan ikhlas itulah tujuan kita dalam beramal kerana Ilahi..





10 WASIAT IMAM AS SYAFIE KEPADA MURIDNYA..RENUNGKAN.


27 September 2012

99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN..






01. Bersyukur apabila mendapat nikmat.


02. Sabar apabila mendapat kesulitan.

03. Tawakkal apabila mempunyai rencana/program.

04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan.

05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan.

06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan.

07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan.

08. Jangan terlalu iri dengan kekayaan orang.

09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang lain.

10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan.

11. Jangan tamak kepada harta.

12. Jangan terlalu mengimpikan akan sesuatu kedudukan.

13. Jangan hancur kerana kezaliman.

14. Jangan goyah kerana fitnah.

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram.

17. Jangan sakiti ayah dan ibu.

18. Jangan usir orang yang meminta-minta.

19. Jangan sakiti anak yatim.

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar.

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil.

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid).

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk.

24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid.

25. Biasakan solat malam.

26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah.

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat.

28. Sayangi dan santuni fakir miskin.

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah.

30. Jangan marah berlebih-lebihan.

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan.

32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah.

33. Berlatihlah konsentrasi fikiran.

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi.

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan.

36. Jangan percaya ramalan manusia.

37. Jangan terlampau takut miskin.

38. Hormatilah setiap orang.

39. Jangan terlampau takut kepada manusia.

40. Jangan sombong, takbur dan besar kepala.

41. Berlakulah adil dalam segala urusan.

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah.

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran.

45. Perbanyak silaturrahim.

46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam.

47. Bicaralah secukupnya.

48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya.

49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu.

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur.

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin.

52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga.

53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan.

54. Hormatilah kepada guru dan ulama.

55. Sering-sering bershalawat kepada nabi.

56. Cintai keluarga Nabi saw.

57. Jangan terlalu banyak hutang.

58. Jangan terlampau mudah berjanji.

59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara.

60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat

61. Bergaullah dengan orang-orang soleh.

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar.

63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu.

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita.

65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi.

66. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya.

67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita.

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan.

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.

70. Jangan melukai hati orang lain.

71. Jangan membiasakan berkata dusta.

72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian.

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab.

74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan.

75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita.

76. Jangan membuka aib orang lain.

77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita.

78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana.

79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan.

80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya.

81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara.

82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain.

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara.

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa.

85. Hargai prestasi dan pemberian orang.

86. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan.

87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan(walaupun mereka tidak mengkendaki kita berbaik kepada mereka)

88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita(riadah)

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu(stress)

90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana( para ulama )

91. Sebaik-baiknya lupakanlah kesalahan orang lain terhadap kita,dan lupakanlah jasa kita terhadap orang lain.

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina.

93. Jangan cepat percaya kepada khabar angin yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya.

94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban(amanah yang diberi)

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan.

96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri.

97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan.

98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merosakkan.

99. Jangan gembira di atas penderitaan orang lain  dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.

Semoga iman kita semua bisa sempurna disisi Allah.dan lakukanlah  sesuatu hal yang baik itu dengan hati yang ikhlas dan tulus semata-mata kerana ALLAH swt..


AYATUL KURSY

Bismillahirrahmannirrahim.Assalamualaikum wmh wbt.Semoga hari ini lebih baik dari semalam.Dan lebih baik dari sebelumnya..Pada pagi Jumaat di bulan Zulkaedah yang mulia,ingin saya sampaikan sesuatu yang bermanfaat kepada semua..benefit for all muslim..Insyallah,apa yang baik,good,better or best dijadikan pedoman dan apa yang kurang,sila beri nasihat agar saya dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik lagi..Pagi ini saya akan sampaikan berkaitan AYATUL KURSY iaitu firman ALLAH SWT yang terhampar di dalam al Quranul Karim dibaris ayat ke 255 tersimpan dalam Surah kedua yakni Al Baqarah..

AYATUL KURSY 



Terjemahan ayat :  



Ayat ini diturunkan setelah hijrah.Semasa penurunannya,ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya.Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana telah ada satu halangan dan perintang dalam perjuangan mereka.

Rasulullah saw dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit menulis serta menyebarkannya.Setiap yang membaca ayat kursy dengan khusyuk setiap kali solat,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak bermusafir,Insyallah terpelihara dirinya dari godaan syaitan,kejahatan jin dan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga terpelihara dengan izin Allah SWT.

Khasiat Ayat Kursi:
  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istiqamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)




25 September 2012

TAZKIRAH PAGI HARI..KELEBIHAN BERDIAM


Assalamualaikum wmh wbt.sama-samalah kita berkongsi ilmu dengan membaca tazkirah yang akan disampaikan oleh saya di bawah ini.Semoga apa yang baik jadikan pedoman dan sebaliknya.




KELEBIHAN BERDIAM 

Manusia berbicara setiap masa dan ketika.Bicara yang baik dan bermanfaat akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia.Jika bicara tidak elok apatah lagi tidak mengikut adabnya,manusia akan merana di dunia dan akhirat.Di dunia akan dibenci oleh manusia lainnya manakala diakhirat kelak kita akan terseksa di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman,lidah yang dikurniakan Allah SWT itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan lagha.Sebaliknya ianya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh itu,DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM 

1.Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
2.Perhiasan tanpa berhias
3.Kehebatan tanpa kerajaan
4.Benteng tanpa pagar
5.Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6.Istirahat bagi kedua para malaikat pencatat amal
7.Sebagai keresahan bagi para syaitan yang ingin menghasut
8.Menutupi segala aib
9.Pahala kian berganda hatta tidak berkata perkara yang lagha dan sia-sia

Rasulullah saw bersabda :

" Barangsiapa yang banyak perkataannya,nescaya banyaklah khilafnya,Barangsiapa yang banyak khilafnya,nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa banyak dosanya,nescaya neraka lebih utama baginya " ( Riwayat Abu Naim )

PAGI YANG HENING...

Assalamualaikum wmh wbt..Salam pagi untuk semua dan mungkin juga selamat tengahari mahupun malam buat negara-negara Islam diluar Malaysia.Harapan dan doa dari saya dan juga kaum muslimin dan muslimat yang berada diluar sana sihat dan bahagia disamping insan dikasihi.Semoga Allah melimpahkan rahmat dan mawaddah buat semua yang beriman dan bertaqwa kepada ALLAH..

Di pagi yang masih belum bertemu 1/3 malam lagi,kesempatan ini andai ada yang masih berjaga,jangan lupa kita kepada Pencipta kita yakni Allah Yang Maha Agung.Ucapkanlah dibibir kita dengan kalimah yang bisa memuji Ilahi..Subhanallah...Alhamdulillah dan Allahuakbar..Berzikirlah selama mana kita berdaya..Kerna itulah kalimah yang bisa mendekatkan diri kita kepada Allah dan bisa tenang bila menyebutnya.Dan jangan lupa kita kepada Nabi Muhammad saw.Berselawat dan sejahtera buat baginda keluarga baginda serta para sahabat yang sama berjuang dengan baginda demi menegakkan syiar Islam pada masa yang lampau.Meski Rasulullah saw sudah lama meninggalkan dunia ini,baginda tetap dihati kita.Sayangilah Rasulullah dan bencikan kepada sesiapa baik umat Islam mahupun kafir yang menghina baginda..

Dan jangan lupa doakanlah untuk kebahagiaan dan kesenangan saya didunia dan diakhirat ya..

Sebelum mata menuju ke alam mimpi,izinkan saya mempersembahkan sebuah lirik buat semua..Hayatilah lirik ini buat semua..Semoga hablumminallah sentiasa kekal hingga ke akhirat dan jua hablumminannas..Insyallah..

OPICK - RAPUH 

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu