Tunjukkan aku jalan lurusMu...

12 November 2012

Nukilan seorang hamba .** Lewat Jam 11.30 pm**



Tabahlah duhai hati
Andai ditimpa dugaan
Redhailah sang  hati
Demi meraih redha Ilahi

Usahlah bersedih kerna dunia
Kerna ianya akan lenyap segalanya
Tapi bersedihlah kernaNya
Kerna Allah takkan pernah meninggalkan hambaNya

Raihlah cinta dari Allah
Raihlah restu dari Yang Maha Esa
Persembahkan segala kerinduan hanya untukNya
Kerna Allah adalah segalanya bagi hambaNya

Cintailah Allah dengan sebenar-benar cinta
Sampai salam untukNya melalu tahajjud dan munajat dari hamba
Moga Allah menyajikan satu anugerah yang agung untuk hambaNya
Yakni hidup yang bahagia dan abadi dalam syurga yang hakiki
Di negeri akhirat yang abadi...

Yang menginginkan keredhaanMu.

Habibi...


11 November 2012

ABOUT MUHARRAM...

WHAT'S  MUHARRAM??


Muharram (Arabicالمحرّم) is the first month of the Islamic calendar. It is one of the four sacred months of the year in which fighting is prohibited.Since the Islamic calendar is a lunar calendar, Muharram moves from year to year when compared with the Gregorian calendar.

Muharram is so called because it is unlawful to fight during this month, the word is derived from the word haraam, meaning "sinful". It is held to be the most sacred of all the months, excluding Ramadan. Some Muslims fast during these days. The tenth day of Muharram is the Day of Ashura, which to Shia Muslims is part of the Mourning of Muharram.
Some Muslims fast during this day, because it is recorded in the hadith(citation needed) that Musa (Moses) and his people obtained a victory over the Egyptian Pharaoh on the 10th day of Muharram; accordingly Islamic prophetMuhammad asked Muslims to fast on this day, and also a day extra either before or after, so that they are not similar to Jews (since, according to him, Jews used to fast for one day due to the same reason, and many practices recorded in the hadith are specifically performed to avoid any apparent similarity to those of contemporary neighbouringJews and Christians). Many Muslims cook something sweet like sweet rice and distribute it throughout their family and circle of friends to eat when breaking their fast.
Fasting differs among the Muslim groupings; mainstream Shia Muslims stop eating and drinking during sunlight hours and do not eat until late afternoon. Sunni Muslims also fast during Muharram for the first ten days of Muharram, or just the tenth day, or on both the ninth and tenth days; the exact term depending on the individual. Shia Muslims do so to replicate the sufferings ofHussein ibn Ali on the Day of Ashura. Shia Muslims, go further in their attempts of replication, including self-flagellation (also see Matam).

**MUHARRAM AND ASHURA**

Muharram is a month of remembrance that is often considered synonymous with the event of Ashura. Ashura, which literally means the "Tenth" in Arabic, refers to the tenth day of Muharram. It is well-known because of historical significance and mourning for the martyrdom of Hussein ibn Ali, the grandson of Muhammad
Shias start the mourning from the 1st night of Muharram and continue for two months and eight days. However the last days are the most important since these were the days where Hussein and his family and followers (consisting of 72 people, including women, children and aged people) were killed by army of Yazid I at the Battle of Karbala on his orders. Surviving members of the family of Hussein and that of his followers were taken captive and marched to Damascus and imprisoned there.
Muharram is also observed by Dawoodi Bohras in the same way as Shias.They practice prayers on the sayings of the present dawah of Bohras, Mohammed Burhanuddin. On the tenth day of Muharrum, they pray for Hussein till the magrib namaz. When the namaz ends, Hussein is considered shahid by Yazid. It is also close to the day of resurrection because it said in a book that this world will one day come to an end on Friday 10th of Muharram
Other Past Events on 10th Muharram: The Prophet Adam was sent to Earth. The Prophet Adam's confession was accepted. The Prophet Adam was sent to Paradise. The sky, Earth, Sun, Moon, stars, planets, and Paradise were created on the 10th Muharram. The Prophet Ibrahim was born. The Prophet Ibrahim escaped from the fire. The Prophet Musa and his followers survived through the river Nile. The Prophet Issa was born. The Prophet Issa was resurrected. The Prophet Nooha's ship survived on top of the mountain. The Prophet Yunus came out of the fish's stomach after 40 days. The Prophet Yakoob got his eyesight back. The Prophet Yusuf was rescued from the deep well. The first rain on Earth was on the 10th day of Muharram.
With the sighting of the new moon the Islamic New Year is ushered in. The first month, Muharram is one of the four sacred months that God has mentioned in the Quran.

**TIMING**

The Islamic calendar is a lunar calendar, and months begin when the first crescent of a new moon is sighted. Since the Islamic lunar calendar year is 11 to 12 days shorter than the solar year, Muharram migrates throughout the solar years. The estimated start and end dates for Muharram are as follows (based on the Umm al-Qura calendar of Saudi Arabia:
AHFirst day (CE / AD)Last day (CE / AD)
143118 December 200915 January 2010
1432  7 December 2010  4 January 2011
143326 November 201125 December 2011
143415 November 201213 December 2012
1435  4 November 2013  3 December 2013
143625 October 201422 November 2014
143714 October 201512 November 2015
Muharram dates between 2010 and 2015

Amalan Sunnah Dalam Bulan Muharram




Al-Muharram atau bulan al-Muharram ialah bulan pertama dalam tahun Islam. Dinamakan sedemikian kerana orang arab jahiliyyah mengharamkan peperangan dalam bulan tersebut.

Walaupun orang arab jahiliyyah sesat dan kafir, mereka tetapi mengagungkan semua bulan-bulan ‘haram’. Sehinggakan jika seorang lelaki arab bertemu dengan pembunuh ayahnya di bulan-bulan ini, dia tidak akan membunuhnya.

Ia juga dinamakan ‘shahrullahilmuharram’ iaitu Muharram bulan Allah. Antara hikmah dinamakan sedemikian ialah:

1-   Ianya bulan ‘haram’ yang pertama.
2-   Rasulullah s.a.w. menamakannya sedemikian.
(Hasyiat al-Suyuti ‘ala Sunan al-Nasa’i, 3/206)
3-   Bagi tujuan mengagungkannya. (

 Amalan Sunnah dalam bulan Muharram:



    1-    Mengagungkan bulan Muharram.

عن أبي بكرة - رضي الله-عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ((إن الزمان قد استدار كهيئته يوم خلق الله السماوات والأرض ، والسنة اثنا عشر شهراً ، منها أربعة حرم : ثلاث متواليات ذو القعدة وذو الحجة والمحرم ، ورجب مضر الذي بين جمادى وشعبان )) الحديث . متفق عليه: رواه البخاري في صحيحه المطبوع مع فتح الباري (10/7) كتاب الأضاحي
، حديث رقم ( 5550) ، ورواه مسلم في صحيحه (3/1305) كتاب القسامة ، حديث رقم (1679).

Maksudnya: Daripada Abu Bakrah r.a. daripada Nabi s.a.w., sabdanya [Sesungguhnya zaman telah kembali kepada keadaan asalnya seperti hari Allah menjadikan langit dan bumi. Satu tahun ada dua belas bulan. Di antaranya empat bulan haram; tiga berturut-turut iaitu Zul Kaedah, Zul Hijjah dan Muharram serta satu berasingan iaitu Rejab yang lebih dihormati oleh Kabilah Mudar  antara bulan Jamadil Akhir dan Sya‘ban.]

Antara cara mengagungkan bulan Muharram ialah dengan tidak berperang dan tidak terlibat dalam perkara yang mencetuskan peperangan.

     2-    Memperbanyakkan puasa pada bulan Muharram:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أفضل الصيام بعد رمضان شهر اللّه المحرّم، وأفضل الصلاة بعد الفريضة صلاة الليل)). أخرجه مسلم في الصيام (1163).

Maksud: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda [Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa Muharram bulan Allah. Sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah solat malam.]



         3-    Puasa hari ‘Asyura:

‘Asyura berasal daripada perkataan ‘asyirah yang bermaksud kesepuluh. (Fathul Bari, 4/245)

3.1- Hukum puasa Asyura‘.

Puasa Asyura‘ asalnya wajib sebelum kefardhuan puasa Ramadhan.

حديث عائشة رضي الله عنها قالت: كان يوم عاشوراء يوما تصومه قريش في الجاهليّة, وكان رسول اللّه صلى الله عليه وسلم يصومه، فلمّا قدم المدينة صامه وأمر النّاس بصيامه، فلمّا فرض رمضـان قال: ((من شـاء صامه، ومن شاء تركه) أخرجه البخاري في الصوم (2002)، ومسلـم في الصيام (1125).

Maksud: berkata Aisyah ‘Orang Quraisy pada zaman Jahiliyyah berpuasa pada Hari Asyura‘. Rasulullah juga berpuasa pada hari tersebut. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa pada hari itu. Apabila difardhukan puasa Ramadhan, Baginda bersabda [Sesiapa yang mahu dia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak mahu dia boleh meninggalkannya]’.

3.2- Hikmah puasa Asyura‘.

Hari Asyura’ ialah hari di mana Allah telah menyelamatkan Nabi Musa a.s. dan kaumnya dari Fir‘aun dan bala tenteranya. Lalu Nabi Musa berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda syukur kepada Allah s.w.t. Maka Nabi Muhammad berpuasa pada hari itu dan memerintahkan  umatnya berpuasa sama dan baginda bersabda [Kami lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu]. Muttafaq ‘alaih (al-Bukhari Kitab al-Saum, No. 2004 dan Muslim Kitab al-Siyam, No 1130).

3.3- Menggandingkan puasa sehari sebelum atau selepas puasa asyura‘.

عن ابن عبّاس رضي الله عنهما قال: لمّا صام رسول اللّه صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا: يا رسول اللّه، إنّه يوم تعظّمه اليهود والنّصارى, فقال: ((إذا كان عام المقبل إن شاء اللّه صمنا اليوم التّاسع))، قال: فلم يأت العام المقبل حتّى توفّي رسول اللّه صلى الله عليه وسلم
أخرجه مسلم  في الصيام (1134).

Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, ‘Apabila Rasulullah berpuasa pada hari Asyura‘ dan memerintahkan umatnya berpuasa sama, mereka berkata ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya ini adalah hari yang dimuliakan oleh orang yahudi dan Nasrani.’ MakaBagindabersabda [Sekiranya datang tahun depan, insyaAllah, kita akan berpuasa pada hari yang kesembilan]’. Ibnu Abbas berkata, ‘Akan tetapi Rasulullah s.a.w. telah wafat sebelum 
ketibaan tahun itu’.


عن ابن عباس مرفوعاً: ((صوموا يوم عاشوراء وخالفوا فيه اليهود؛ صوموا قبله يوما أو بعده يوما)) رواه أحمد في مسنده (1/241).

Maksud: Berpuasalah kamu pada hari Asyura‘ dan berbezalah dengan orang Yahudi dengan berpuasa sehari sebelum atau selepasnya.

Antara bid‘ah-bid‘ah pada hari Asyura’:

1. Bid’ah kesedihan dan mengambil hari Asyura sebagai hari berkabung. Ini adalah bid’ah yang dilakukan oleh golongan Rafidhah (Shi‘ah) pada hari tersebut.

2. Bid’ah kegembiraan dan mengambil hari hari asyura sebagai hari raya. Ini pula adalah bid‘ah golongan Nawasib (yang menentang Ali al-Bait).

3. Mengkhususkan hari tersebut dengan nengeluarkan zakat.

4. Menziarahi Kubur pada hari tersebut.

5. Menyediakan bubur Asyura’.

Kelebihan Sepuluh Awal Zulhijjah
Ibn ‘Abbas RA meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامِ الْعَمَلِ الصَّالِحِ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ , وَلا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ؟ قَالَ : " وَلا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلا رَجُلا خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ

Mafhumnya: “Tiada dari hari-hari untuk dilakukan amalan soleh yang lebih disukai oleh Allah dari sepuluh hari yang awal dalam bulan Zulhijjah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, sekalipun jihad di jalan Allah? Baginda menjawab: Sekalipun jihad di jalan Allah, melainkan seorang lelaki yang keluar ke jalan Allah dengan diri dan hartanya, kemudian dia tidak pulang lagi (syahid di medan perang).” (HR al-Bukhari)

Hadis ini antara dalil yang membukti sepuluh hari awal dalam bulan Zulhijjah adalah hari-hari yang paling afdhal dalam setahun. Oleh yang demikian di bawah ini disertakan beberapa kelebihan sepuluh hari tersebut dan amalan-amalan yang dianjurkan untuk diperbanyakkan padanya:

1. Allah SWT bersumpah dengan menyebut sepuluh hari ini di dalam firmannya:

Mafhumnya: “Demi fajar, dan malam yang sepuluh.” (al-Fajr: 1-2)

Ibn ‘Abbas, Ibn al-Zubair, Mujahid dan ramai lagi dari kalangan generasi Salaf dan Khalaf berpendapat, yang dimaksudkan dengan “malam yang sepuluh” di dalam ayat di atas ialah sepulah hari (pertama) dalam bulan Zulhijjah. Ibn Kathir berkata: “Pandangan ini adalah yang benar.”
(Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim: 8/413)

Apabila Allah SWT bersumpah dengan sesuatu ia menunjukkan kepentingan dan kebesaran perkara tersebut.

2. Perbanyakkan Tasbih, Tahlil, Tahmid dan Takbir berdasarkan hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA, Nabi SAW bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمَ عِنْدَ اللَّهِ وَلا أَحَبَّ إِلَيْهِ فِيهِنَّ الْعَمَلُ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ ، أَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّحْمِيدِ وَالتَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ

Mafhumnya: “Tiada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan yang lebih disukai di sisiNya untuk dilakukan amalan soleh berbanding hari-hari ini, iaitulah sepuluh hari awal dalam bulan Zulhijjah, oleh itu perbanyakkanlah di dalamnya Tahmid, Tahlil dan Takbir.”
(HR Ahmad: 7/224. Sanadnya dinilai Sahih oleh Ahmad Syakir)

Dizahirkan takbir tersebut di merata-rata tempat sebagai menzahirkan keagungan Allah SWT. Allah berfirman:

Mafhumnya: “Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak” (al-Hajj: 28)

Kebanyakan ulama berpandangan “Hari-hari yang telah ditentukan” yang disebut di dalam ayat ialah sepuluh hari awal dalam bulan Zulhijjah berdasarkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas RA.
Antara lafaz takbir yang boleh diucapkan pada sepuluh hari awal Zulhijjah ialah:

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ،وَاللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْد

Mafhumnya: “Allah Maha Benar, Allah Maha Benar, tidak ada sembahan melainkan Allah, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian.”

Galakan memperbanyakkan takbir, tasbih dan bertahmid ini bukan bermakna ia dilakukan dalam bentuk berkumpulan, sebaliknya ia dilakukan sendirian oleh setiap orang di setiap tempat sebagai menghidupkan sunnah Nabi SAW.

3. Disunatkan berpuasa pada hari ‘Arafah iaitu pada Sembilan 
(9) Zulhijjah. Daripada Hunaidah bin Khalid, daripada Isterinya daripada sebahagian isteri Nabi SAW yang berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ تِسْعَ ذِي الْحَجَّةِ وَيْوَمَ عَاشُورَاءَ وَثَلاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ : أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ ، وَخَمِيسَيْنِ

Mafhummnya: “Adalah Rasulullah SAW akan berpuasa pada Sembilan Zulhijjah, hari ‘Asyura dan tiga hari dalam setiap bulan: Isnin pertama setiap bulan dan pada dua hari Khamis.”

(HR al-Nasaie 4/205 dan Abu Daud. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud 2/462)


4. Memperbanyakkan amalan soleh selama sepuluh hari awal Zulhijjah yang telah dimuliakan oleh Allah SWT, seperti berpuasa, menunaikan solat sunat, membaca al-Quran, berzikir, bersedekah, berbuat baik kepada kedua orang tua, menghubungkan Silaturahim, menyuruh melakukan kebaikan, membanyakan bertaubat, mencegah kemungkaran dan seumpamanya.













5. Menyembelih korban pada hari-hari korban sebagai beribadah kepada Allah SWT..

Semoga ibadah kita diterima oleh Allah SWT..



Sejenak kisah Awal Muharram



Pada Awwal Muharram 24 Hijri, Sayyed Umar Al-Khattab telah ditikam semasa solat di Masjid oleh Abu Lo'lo', seorang Majusi dari Iran. Kecederaannya amat serius sehingga darah mengalir tidak henti. Sayyed Umar meninggal pada hari yang sama dan telah ditanam bersebelahan Sayyed Abu Bakar Al-Siddiq. Ia adalah hari yang sedih bagi Umat Islam setelah 10 tahun beliau memerintah.

Sayyed Umar diangkat sebagai khalifah oleh Sayyed Abu Bakar dengan persetujuan dikalangan sahabat. Apabila Sayyed Umar tidak mahu menerima perlantikannya, Sayyed Abu Bakar terpaksa gertak, " Kau berani membantah Khalifah Rasulullah. Bawa pedang pada aku.". Barulah beliau terima lantikan. 

Nyata penduduk Madinah takut padanya. Hari-hari yang berikutnya, kebanyakannya penduduk Madinah bersembunyi di dalam rumah kerana takutkan Umar. Namun ketakutan mereka berubah menjadi aman dan nyaman setelah beberapa hari berikutnya, bulan dan tahun. Malahan menjadi zaman paling aman dan paling sejahtera untuk Umat Islam.

Sebelum Islamnya, Sayyed Umar dikenali sebagai orang yang sangat bengis dan ditakuti oleh semua lapisan di Makkah. Setelah Islamnya, Sayyed Umar adalah di antara orang paling tawaddu' dan rendah diri. Beliau berkata, " Aku adalah orang yang bengis tapi menjadi lembut hati dengan berkat asuhan Nabi Muhammad dan Sayyed Abu Bakar". 

Namun beliau tetap mendidik hatinya berterusan sehingga ke akhir hayat. Di waktu beliau nazak, anaknya memangku kepala. Sayyed Umar berkata, " Biarkan kepala ku ditanah. Biarkan kepalaku ditanah. Aku takut pada hukuman Allah.". Walhal beliau telah dijamin syurga.

Sayyed Umar, semasa hidupnya adalah Khalifah dari Rom sehingga ke Parsi dan sedang maju berkembang besar segenap arah. Namun pemakaiannya tidak pernah berubah sejak menjadi Khalifah. Beliau hanya memakai pakaian dari kain yang kasar dan bertampal-tampal tempat yang koyak sehingga berbelas tampalan. 

Setiap tahun, Sayyed Umar hanya mengambil 2 pasang pakaian baru dari Baitul Mal. Sehelai untuk dipakai, dan sehelai lagi dibasuh untuk dipakai esok. Begitulah berterusan memakai yang sama sehinggalah ke tahun hadapan. Jika koyak tampal lagi. Puas sahabat-sahabat dan ahlul bait memujuknya untuk memakai pakaian lebih baik, namun Sayyed Umar enggan. Dia memperingatkan mereka bahawa Rasulullah dan Sayyed Abu Bakar juga hidup dalam zuhud dan miskin semasa memerintah.

Semasa hidup Sayyed Umar, dia dan ahli keluarganya tidak pernah menjamah lebih dari 2 hidangan. Roti cicah minyak zaitun atau roti cicah mentega. Jika beliau ingin makan daging, beliau akan tangguhkan sehingga setahun. Di zaman itu, orang miskinpun tidak larat nak makan makanan seperti Sayyed Umar. Apabila menemui delegasi kenamaan dari luar dan dalam, mereka diberi makanan yang sesuai tetapi Sayyed Umar tetap dengan makanan 2 hidangnya. Beberapa tahun sebelum beliau meninggal, Sayyed Umar berpuasa sepanjang tahun kecuali hari haram berpuasa.

Sayyed Umar melakukan Haji setiap tahun semasa pemerintahannya. Beliau tidak akan berlindung dari matahari di dalam keadaan paling panas sekalipun. Jika perlu berihat, beliau akan ikat sekeping kulit kambing pada pokok sebagai pelindung dan tidur di atas tanah. Kadang-kadang, orang akan melihatnya memikul kantung air besar dan berat yang dibuat dari kulit kambing. Apabila ditanya, " Aku menghukum nafsu ku apabila ia inginkan sesuatu yang lebih ".

Setiap malam, Sayyed Umar akan berjalan-jalan seorang diri di merata tempat di Madinah. Beliau meninjau keadaan masyarakat dan mendengar perbualan-perbualan yang langsung dari rakyat. Beliau sentiasa mencari-cari yang perlukan bantuan. Siang hari, beliau biasa melawat pasar-pasar dan menegur sesiapa yang beli daging, " Ingat pada orang miskin. Kurangkan makan daging. Ingat pada orang miskin. "

Jika beliau berceramah di masjid, yang juga dihadiri wanita, beliau akan mengistihar, " Jika aku terpesong dari jalan Rasulullah dan Sayyed Abu Bakar, tegorlah aku. ". Respon yang paling beliau suka dan menyebabkan senyuman berpuashati ialah, " Ya Umar, kalau engkau terpesong, aku akan penggal kepala engkau. ". Beliau tel


Kullu Am Antum Bikhair.ahpun dijamin syurga oleh Rasulullah tapi tetap takut melakukan kesilapan dan sangat suka ditegor. Satu kali seorang wanita tua menegur beliau, " Sedangkan Rasulullah kata mas kahwin dan apa saja kepunyaan wanita tidak boleh diambil sewenang-wenangnya oleh kaum lelaki, kau jangan pandai-pandai, Ya Umar. " Sayyed Umar respon, " Telah terbukti bahawa wanita ini dan tuan-tuan yang hadir adalah lebih bijak dari saya." 

Sempena Awwal Muharram ini, kita berniatlah untuk berhijrah sikap. Untuk berhijrah sikap, ubatnya ialah usaha ke arah bertaqwa kepada Allah.  Sayyed Umar telah membuktikan kepada kita semua, beliau telah behijrah. 

Jika bengis, berubahlah untuk menjadi sopan dan santun
Jika gopoh, berubahlah untuk menjadi penyabar.
Jika angkuh, berubahlah menjadi rendah diri
Jika malas, berubahlah untuk menjadi rajin
Jika lokek, berkongsilah dengan orang lain
Jika ada hasad, ubahnya menjadi ghibtah
Jika kurang pandai, tuntutlah ilmu sehingga pandai
dan seterusnya tukarlah apasaja sikap negatif kepada positif.

Semoga sahabat semua mendapat barakah dalam hidup, kefahaman dalam ilmu, dan dikurnia kebijaksanaan memilih akhlak yang terbaik sehingga akhir hayat.

08 November 2012

bersama kita menanti kehadiran bulan Muharram ini..


Kelebihan Bulan Muharram



1. Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah.

2. Bulan Muharram adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (At-Taubah: 36)

Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.


Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM .

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasa yang paling utama sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa di bulan Muharram". (HR Muslim no. 1163) 

05 November 2012

Luahan dari.sebuah hati..
dengan tulusnya menyatakan betapa sayangnya pada seseorang itu
walau kini hatinya telah membeku layu..
namun hati ini tetap setia menunggu..
harap suatu masa nanti..hatinya akan terbuka untukku..

akanku pinang dia dengan bismillah..jika ditakdirkan pada akhirnya..

03 November 2012

Assalamualaikum..

Selamat menjalani ibadah wajib yakni solat maghrib.Moga-moga ada yang berjemaah bersama keluarga dan ada yang berjemaah bersama imam di masjid.Dan semoga kita mendapat pahala solat fardu secara berjemaah.Insyallah.

Alhamdulillah,saya baru saja selesai dari tugasan pada hari ini.Satu perlawanan badminton antara masjid di daerah Temerloh bermula sejak dari pagi hari hinggalah berakhir pada esok harinya.Semoga tugasan yang dilakukan sebagai urusetia berjalan dengan jayanya.

Namun,tatkala tanggungjawab dilaksanakan,terkadang hati ini terasa sedih juga.Teringat pada orang yang disayangi ( yang bukan mahram lagi ).Terasa ingin meminangnya tapi hati takut untuk bersua setelah apa yang tak ingin terjadi telah terjadi.Mungkinkah ini takdir Ilahi.Harus tabah menghadapi dengan keikhlasan.

Hati ini selalu mengharap agar yang disayangi menjadi milik hati ini.Menjadi zaujah dalam kehidupan yang sementara.Menjadi yang terindah dalam hidup ini.

Bersabarlah duhai hati..Sesungguhnya benarlah janji Allah akan hamba2nya yang selalu bersabar..Harap dapat menjalani hidup ini dengan tenang setenangnya batu berwarna di tepi juram air terjunan....