Tunjukkan aku jalan lurusMu...

16 November 2012

Shahir - Aku Yang Berdosa (Lirik HQ Audio)



rasa diri ini berdosa..
bila selama hidup di dunia ini..
Banyakan dosa yang dilakukan tanpa disedari.

Ya Allah berikanlah keampunan padaku
Aku merasa hina atas segala dosa yang kulakukan padaMu'
Terimalah taubatku dan terima aku sebagai hambaMu..
Tak ingin kuulangi kesilapan yang lalu..

15 November 2012

SEBUAH PUITIS


pUITIS INI SAYA TUJUKAN BUAT SESEORANG..TENTANG SESEORANG YANG DIIDAMKAN TAPI MUNGKINKAH DIA TAKKAN PERNAH TAHU ADA YANG INGINNYA..SEMOGA DIA SUDI MEMBACA PUITIS INI YANG TULUS DARI QALBU..



Untuk yang disayangi tiap hari
Ketahuilah akan dirimu
Bahwa diri ini sering menyayangimu
Meski kita tak seperti dulu
Mesra dan sering bertemu

Duhai yang dikasihi
Sesungguhnya namamu tetap dalam doaku
Akan ku panjatkan kepada Ilahi agar dirimu
Beroleh keberkatan hidup dan kebahagiaan hidup
Bersama keluarga yang tersayang

Buatmu yang disayangi
Sungguhpun kita tak seperti dulu
Aku berharap agar Allah menemukan kita
Dihari yang bahagia
Dalam ikatan halal dan diredhai
Kerna sesungguhnya aku akan tetap mencintaimu
Dan aku tetap menunggumu...



7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

14 November 2012

ilmiah : 11 amalan yg didoakan oleh malaikat


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah

      (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”


5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca

 al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.


“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”


Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”


9. Orang yang membelanjakan harta (infak) ke jalan Allah SWT.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”


10. Orang yang sedang makan sahur.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”


11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”


p/s : bukan ps2 atau ps3..itu singkatan pada pesanan agar kita melakukan perkara di atas secara istiqomah yakni berterusan..dan juga lakukanlah dengan ikhlas....

SALAM AWAL MUHARRAM 1434H..


Muharram
More Muharram | Forward this Graphic
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

13 November 2012

The do’s & don’ts of Muharram & Aashoora

Bismillahirrahmannirrahim....To all muslim people..

The 1st month on the Islamic calendar, Muharram, is one of the four sacred months in Islam. The other three being Dhul-Qa’dah, Rajab (the month of the Prophet Muhammad’s night journey and ascension to the 7 heavens) and Dhul-Hijjah (the month of pilgrimage). The height of importance of this month is on the 10th day, which is referred to as Aashoora (also transliterated as Ashura).



Recommendations for Muharram:
1) Fasting within the first third of Muharram is highly recommended especially on the day of Aashoora.
2) While fasting, it is also recommended to increase good deeds, prayers, and charitable donations.
3) Breaking the fast with other people and feeding fasting people.
4) Reading the biography of Imam Husayn bin Ali (SA), the grandson of Prophet Muhammad (SAAS), and learning the lessons of history that are attached to his martyrdom in Karbala, Iraq.
Things to avoid during Muharram:
1) Attributing fabricated stories about the Aashoora in relationship to the prophets, which have no sound textual basis and retelling these fables in assemblies (majalis).
2) Piercing one’s body, cutting one’s self or beating one’s self in mourning for the martyrdom of Imam Husayn bin Ali (SA).
3) Avoiding marriage thinking that Muharram is a month of bad luck or bad omens because of the martyrdom of Imam Husayn (SA).
4) Avoiding music thinking that it is unlawful to listen to it in Muharram and Ramadan, but thinking and listening to music outside of Muharram and Ramadan.
5) Wearing all black during Muharram thinking that one will receive a special blessing.
6) Throwing parties during Muharram in imitation of other nations that have big celebrations for the New Year such as the Chinese New Year or the New Year on the Gregorian calendar.
6) Giving speeches that knowingly incite provocation and confrontation between Muslims.

Salam Awal Muharram 1434H untuk semua umat Islam

Assalamualaikum...

Buat tatapan akhi dan ukhti yang setia sebagai pembaca blog syahadatcintaana.blogspot.com,dikesempatan ini saya ingin menukilkan satu ilmiah yang dimana ianya dapat memanfaatkan diri kita semua.Sebelum melangkah ke tahun hijrah yang baru yang akan menjelma tidak lama lagi,sama-samalah kita sebagai umat Islam selalu beristiqomah dalam melakukan amal kebaikan demi meraih redha dan berkah dari Allah SWT.Walaupun ada pendapat ulama yang menyatakan bahawa berdoa pada akhir tahun hijrah dan berdoa pada awal tahun baru hijrah,yakni awal Muhraam,tidaklah salah jika kita berdoa agar Allah SWT memelihara kita dari bahaya dan mengurniakan kesihatan,kebahagiaan,terhindar dari kesusahan dan kesempitan hidup dan sebagainya.Dalam fikiran saya,yang menjadi bidaah terhadap sesuatu perkara adalah asalnya ianya bukan sunnah Rasulullah saw,malah ianya menjadi bidaah yang sesat jika diamalkan dengan niat yang terlalu mengikut adat seperti hanya berdoa pada waktu khusus sahaja sedangkan kita digalakkan berdoa kepada Allah SWT sepanjang waktu mengikut adab2 dan masa yang tertentu...Berdoalah kepada Allah SWT dengan ikhlas serta mengikut adab2 yang disyariatkan dan masa yang bertepatan mengikut sunnah Rasulullah SAW..


Harapan dan doa saya kepada akhi dan ukhti yang disayangi sekalian,agar apabila menjelangnya 1434H,marilah sama-sama kita berubah ke arah kebaikan.Marilah sama-sama kita menuju jalan kebenaran.



Semoga kita dapat...


Memperbaiki solat 5 waktu kita andai selama ini solat kita tak terjaga..


Memperbanyakkan solat rawatib untuk menambah pahala kita


Beramanah dengan segala urusan yang dipertanggungjawabkan


Berbuat baik serta menjalinkan silaturahim kepada orang yang kita tak kenal meskipun sebelum ni kita memandang mereka hanya sambil lalu tanpa bertegur sapa


Bersedekah harta dan senyuman serta menggunakan tulang empat kerat demi membantu golongan yang sangat memerlukan ikhsan kita


Sentiasa menyibukkan diri dengan menghadiri majlis ilmu di masjid dan surau


Meninggalkan dosa yang selama ini pernah kita perbuat


Mengikut sunnah Rasulullah dari segi semua aspek..


Dan banyak lagi perkara kebajikan yang kita mesti lakukan.Moga apa yang kita lakukan mendapat keredhaan dari Allah SWT...


Salam Awal Muharram 1434H untuk semua..Semoga Allah merahmati kalian...