Tunjukkan aku jalan lurusMu...

28 June 2012

Kebesaran Allah Di Sebalik Tubuh Manusia

Allah s.w.t Yang Maha Besar lagi Maha Bijaksana telah mencipta manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Dan di sebalik ciptaan ini, tersimpan banyak rahsia dan hikmah yang tidak diketahui manusia. Rahsia-rahsia yang akan dipaparkan di bawah ini pun hanyalah sebahagian kecil saja darinya. Yang Maha Mengetahui segala rahsia hanyalah Allah Ta’ala.
Sebenarnya, banyak anggota tubuh kita terukir simbol dan tulisan arab, dan lebih tepat lagi, ada nama Allah dan simbol-simbol yang berkaitan dengan Islam padanya. Mengapa tangan kita ada lima jari? Mengapa batang leher kita dijadikan tegak oleh Allah? Mengapakah dalam solat mengandungi perbuatan berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud? Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah pada diri manusia yang jarang disedari.
Nama Allah pada 5 Jari Tangan
Sesungguhnya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana, Dia telah menunjukkan keagungan-Nya melalui penciptaan lima jari manusia, yang melambangkan huruf-huruf : Alif, Lam, Lam dan Ha yang membentuk kalimah Allah dalam perkataan dan tulisan Arab, seperti dalam gambar di bawah.

 Otak Manusia Dalam Keadaan Seperti Orang Sujud Dalam Solat

 

Bentuk otak manusia pun jika diperhatikan dengan teliti akan kelihatan seperti orang yang sedang sujud. Bersesuaian sekali kerana otak berada di dalam tempurung kepala yang digunakan untuk sujud.
Otak berada di bahagian paling atas manusia, tetapi apabila kita sujud, ia berada di tempat paling rendah, menandakan pengabdian kita pada Yang Menciptakan kita. Maka mengapa masih ada manusia yang sombong dan angkuh tidak mahu SUJUD kepada Tuhan yang mencipta kita?


tazkirah pagi jumaat ini


Setiap daripada kita semestinya bercita-cita agar dijemput oleh malakul maut dalam keadaan yang diredai oleh Allah dan berlindung dengan Allah daripada maut dalam keadaan yang dimurkai olehNya.

Syaikh Albani rahimahullah telah mengumpulkan dalam kitabnya ( Ahkamul Janaiz) tanda-tanda mati dengan kesudahan yang baik bersumberkan 
Al Qur’an dan hadis sahih, beliau menyenaraikan 19 tanda, antaranya ialah:

Pertama:dapat mengucapkan syahadat menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis yang shahih diantaranya:

 Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: (barangsiapa yang ucapan terakhirnya Laa ilaaha illallah maka dia masuk surga ) ( hadis hasan).

Kedua: kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan peluh berdasarkan hadis Buraidah bin Hushaib radhiallahu anhu:

Dari Buraidah bin Khusaib radhiallahu anhu: ( bahwa ketika dia berada di Khurasan sedang menjengok seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berpeluh maka dia berkata: Allahu Akbar, aku mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( kematian seorang mukmin disertai berpeluh dikeningnya ) ( hadis shahih ).

Ketiga: meninggal pada malam  jum’at atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam ( hadis dengan seluruh jalurnya hasan atau shahih )

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( tidaklah seorang muslim yang meninggal pada hari Jum’at atau malam Jum’at melainkan Allah Melindunginya dari siksa kubur ).

Keempat: meninggal dalam keadaan syahid di medan perang sebagaimana firman Allah Ta’alaa :
Artinya: ( dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahwa orang-orang yang terbunuh dijalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki disisi Tuhan mereka (169) Mereka bergembira dengan karunia yang diberikan Allah kepada mereka, dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang belum mengikuti mereka dibelakang janganlah mereka takut dan sedih (170) Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan karuniaNya dan bahwa Allah tidak menyia-nyiakan balasan bagi orang-orang beriman) (QS Ali Imran :169-171).

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
orang yang syahid mendapatkan enam perkara: diampuni dosanya sejak titisan darahnya yang pertama, diperlihatkan tempatnya dalam surga, dijauhkan dari siksa kubur, diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat dihari kiamat, dipakaikan mahkota keimanan, dinikahkan dengan bidadari surga, diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya) (hadis shahih).

Kelima: meninggal ketika berjuang dijalan Allah (bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam:

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( apa yang kalian nilai sebagai syahid diantara kalian ?) mereka berkata: Ya Rasulullah siapa yang terbunuh dijalan Allah maka dia syahid. Beliau berkata: ( jadi sesungguhnya para syuhada umatku sedikit ). Mereka berkata: lalu siapa mereka Ya Rasulullah ? Beliau berkata: ( barang siapa yang terbunuh dijalan Allah syahid, barangsiapa yang mati dijalan Allah syahid, barangsiapa yang mati kerana wabah taun syahid, barangsiapa yang  mati kerana penyakit perut  syahid, dan orang yang tenggelam syahid).

Keenam: mati kerana satu wabah penyakit ta’un, berdasarkan beberapa hadis diantaranya:
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( wabah tha’un merupakan kesyahidan bagi setiap muslim).( hadis shahih)

Ketujuh: mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan hadis diatas.

Kelapan dan kesembilan: mati kerana tenggelam dan terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam:

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( syuhada ada lima: yang mati kerana wabah ta’un, kerana penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena reruntuhan, dan yang syahid dijalan Allah) ( hadis shahih).

Kesepuluh: matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya:
Dari Ubadah bin Shamit radhiallahu anhu bahwa Rasulullahshallallahu alaihi wasallam menjenguk Abdullah bin Rawahah dan berkata: beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: tahukah kamu siapa syuhada dari umatku ? mereka berkata: terbunuhnya seorang muslim adalah syahid. Beliau berkata: ( jadi sesungguhnya para syuhada umatku, terbunuhnya seorang muslim syahid, mati kerana wabah ta’un syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid [ditarik oleh anaknya dengan tali arinya kesurga]) ( hadis shahih ).

Kesebelas dan kedua belas: mati kerana terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada ditulang rusuk, ada beberapa hadis yang terkait yang paling masyhur:

Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’ : ( syuhada ada tujuh selain terbunuh dijalan Allah: yang matu kerana wabah ta’un syahid, yang tenggelam syahid, yang mati kerana sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid, yang sakit perut syahid, yang mati terbakar syahid, yang mati terkena runtuhan syahid, dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid) (hadis shahih).

Ketiga belas: mati kerana sakit Tibi berdasarkan hadis:

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( terbunuh dijalan Allah syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit Tibi syahid, yang mati kerana sakit perut syahid) (hadis hasan).

Keempat belas: mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadis diantaranya:

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( barangsiapa yang terbunuh kerana hartanya ( dalam riwayat: barangsiapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh) maka dia syahid) (hadis shahih).

Kelima belas dan keenam belas: mati kerana mempertahankan agama dan dirinya:
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( barangsiapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana darahnya syahid) ( hadis shahih).

Ketujuh belas: mati dalam keadaan ribath (berjaga di perbatasan) dijalan Allah. Ada dua hadis dalam hal itu salah satunya:

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamul lail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rizkinya dan diamankan dari fitnah) ( hadis shahih).

Kelapan belas: mati ketika melakukan amal shalih berdasarkan hadis:.

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( barangsiapa yang mengucapkan: Laa ilaaha illallah mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia masuk surga, barangsiapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk surga, barangsiapa yang bersedekah dengan satu sedekah mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk surga) ( hadis shahih).

Kesembilan belas: orang yang dibunuh penguasa yang zalim kerana dia mendatanginya dan menasihatinya: 

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( penghulu para syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muththalib dan seseorang yang mendatangi penguasa yang dhalim lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuhnya) Hadis dikeluarkan oleh Al Hakim dan dishahihkannya dan Al Khatib.

Semoga Allah matikan kita dengan dalam keadaan beriman dan beramal soleh serta dengan husnul khatimah….amin



TAZKIRAH SEBAGAI PENGHAYATAN NAFSI..

*TAZKIRAH MENGENAI PERADABAN ( HABLUMMINALLAH DAN HABLUMMINANNAS )






- Setiap kali kita berzikir kepada Allah SWT,sentiasalah kita mengagungkanNya dengan menyebut namaNya dan bertasbih memujiNya cthnya : SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAHU AKBAR dll.

- Setiap kali menyebut atau mendengar nama Rasulullah saw,jangan lupa untuk berselawat dan salam ke atas baginda.

- Muliakanlah para sahabat Rasulullah dan para aulia serta sebutlah nama mereka dengan adab seperti menyebut : radhiallahu Anhu ketika mendengar nama mereka disebutkan dalam hadis ataupun sirah nabi

- Bercakaplah dengan manusia mengikut kadar kemampuan akal fikirannya.

- Hindarkanlah diri kita dari bersikap pelampau dan suka membenci orang lain.

- Sentiasa serikan muka kita dengan senyuman kerana ianya sedekah dan jauhkanlah dari suka bermasam muka.

- Janganlah kita berbisik-bisik hanya dengan orang di sebelah kita sedangkan dalam masa yang sama kita bertiga/berempat.

- Bila kita bertemu saudara kita lafazkanlah "Assalamualaikum" dan janganlah hanya memberi isyarat dengan tangan atau kepala kecualilah hanya untuk mengambil perhatian ketika berselisih dari jauh.

- Peliharalah tali silaturahim sesama kita dan jangan diputuskannya.

- Jangan kita menghina atau mencaci seseorang dan jangan sesekali kita katakan si polan itu jahat.

- Hindarkanlah dari sikap suka mendedahkan aib orang lain dan janganlah sesekali kita suka memalukan orang di khalayak ramai.

- Jadilah kita orang yang berbaik sangka dengan ALLAH dan baik sangka dengan manusia kerana sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah berdosa.

- Jadilah kita orang yang tawaduk dan janganlah kita jadi orang yang takkabur dan sombong dengan orang lain.

- Katakanlah perkara-perkara yang baik dan jika tidak tutuplah mulut kita dari mengeluarkan perkataan yang tidak baik.