Allah s.w.t Yang Maha Besar lagi Maha
Bijaksana telah mencipta manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Dan di
sebalik ciptaan ini, tersimpan banyak rahsia dan hikmah yang tidak
diketahui manusia. Rahsia-rahsia yang akan dipaparkan di bawah ini pun
hanyalah sebahagian kecil saja darinya. Yang Maha Mengetahui segala
rahsia hanyalah Allah Ta’ala.
Sebenarnya, banyak anggota tubuh kita
terukir simbol dan tulisan arab, dan lebih tepat lagi, ada nama Allah
dan simbol-simbol yang berkaitan dengan Islam padanya. Mengapa tangan
kita ada lima jari? Mengapa batang leher kita dijadikan tegak oleh
Allah? Mengapakah dalam solat mengandungi perbuatan berdiri tegak,
rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud? Inilah tanda-tanda kekuasaan
Allah pada diri manusia yang jarang disedari.
Nama Allah pada 5 Jari Tangan
Sesungguhnya Allah, Tuhan yang Maha
Agung lagi Maha Bijaksana, Dia telah menunjukkan keagungan-Nya melalui
penciptaan lima jari manusia, yang melambangkan huruf-huruf : Alif, Lam, Lam dan Ha yang membentuk kalimah Allah dalam perkataan dan tulisan Arab, seperti dalam gambar di bawah.
Otak Manusia Dalam Keadaan Seperti Orang Sujud Dalam Solat
Bentuk otak manusia pun jika
diperhatikan dengan teliti akan kelihatan seperti orang yang sedang
sujud. Bersesuaian sekali kerana otak berada di dalam tempurung kepala
yang digunakan untuk sujud.
Otak berada di bahagian paling atas
manusia, tetapi apabila kita sujud, ia berada di tempat paling rendah,
menandakan pengabdian kita pada Yang Menciptakan kita. Maka mengapa
masih ada manusia yang sombong dan angkuh tidak mahu SUJUD kepada Tuhan
yang mencipta kita?
No comments:
Post a Comment