Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah,sudah 10 hari berpuasa di bulan yang diberkahi ini.Mudah-mudahan beroleh keberkatan dan kerahmatan yang berpanjangan.Semoga puasa pada hari ini diterima Allah.
Buat pembaca blog yang budiman,apakata kita mengambil kesempatan untuk share ilmu dari saya.Tak kira dari dalam dan luar negara..sama-sama kita ambil pedoman mahupun panduan agar dapat memantapkan lagi ibadah yang mulia ini.Sama-samalah kita amalkan hingga ke penghujung Ramadhan dan seterusnya dibawa ke Ramadhan yang akan datang.
AMALAN SUNAH TERPENTING PADA BULAN RAMADHAN
- Mengucapkan MARHABAN YA RAMADHAN
- Niat berpuasa sebulan pada malam pertama dan seterusnya berniat pada tiaptiap malam berikutnya
- Solat Isyak berjemaah di masjid / surau
- Solat Tarawikh 20 rakaat diikuti Witir 3 rakaat
- Tadarus Al Quran dengan bersemak dan berturut-turut juzuk
- Sebelum tidur malam bacalah 4 ayat terakhir dalam surah Al-Kahfi supaya dikejutkan bangun pada Jam 4.00 am untuk Qiamullail
- Qiamullail sebelum sahur
- Jam 5.00-5.13 am makan sahur
- Jangan tidur usai sahur
- Solat Subuh berjemaah di masjid/surau
- Tadarus pendek selepas solat Subuh
- Tunaikan solat Dhuha anatara Jam 8-11 am
- Lakukan solat sunat Kafaratul Baul 2 rakaat
- Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera dari dosa dan maksiat
- Jangan kunjungi tempat yang boleh mengundang maksiat seperti pusat urut/kelab hiburan/tempat snuker
- Jam 12.00 tghari tidur sebentar ( Qailulah)
- Solat Zuhur berjemaah
- Tadarus pendek selepas solat Zuhur
- Solat Asar berjemaah
- Tadarus pendek selepas solat Asar
- Masa petang digunakan untuk menghadiri majlis ilmu seperti tazkirah/kuliah agama.
- Berbuka ala kadar dengan kurma/rutab dan seteguk air
- Solat Maghrib berjemaah di masjid/surau
- Makan malam bersama keluarga sebelum Tarawikh
- Bersiap sedia untuk ke masjid bagi menunaikan solat Isyak dan Tarawikh bersama keluarga