WAHAI WANITA...NABI MENANGIS MELIHAT AZABMU DI NERAKA..
Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:
“Saya
bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah dan kami temui beliau
sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, “mengapa tuan menangis
wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “pada malam aku di Isra’kan
kelangit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan… maka
bila teringatkan mereka aku menangis.” Saya bertanya lagi,”wahai
Rasulullah apakah yang tuan lihat?”
Baginda bersabda:
Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
Wanita
yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya
sedangkan air yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
Wanita
yang digantung , diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun
kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.
Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
Wanita yang memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka
Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
Wanita
yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir
dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) & badannya membusuk
akibat penyakit kulit dan lepra.
Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, “Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku… ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita2 itu.”
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Wahai Fatimah, adapun tentang :
Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.
Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata Kemudian Nabi s.a.w bersabda: “Tidak
seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali
Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira’
kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.”
Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
Adapun
wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar
rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haidh & nifas.
Adapun
wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat
lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.
Adapun
wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana
dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak
dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh
cinta padanya kerana melihat perhiasannya.
Adapun
wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya
& dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan
solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat
serta tidak mahu mandi wajib.
Adapun
wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti keldai
kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan org) serta berdusta.
No comments:
Post a Comment