Dimana peristiwa tersebut penulis blog yang serba sederhana ini sedang menjalani kursus di sebuah tempat yang sungguh indah..Indahnya kerana inilah kali pertama menjejakkan kaki ke sebuah resort yang bernama
Al Sakinah Eco Resort,Janda Baik Bentong Pahang
Ada sesiapa yang pernah pergi tak tempat yang saya pergi selama 3 hari ini?Bagi sesiapa yang pernah pergi pasti nak pergi lagi.Dan bagi yang belum pernah berkunjung ke tempat libur ini,inilah peluang anda semua pada cuti sekolah ini untuk bersama-sama membawa keluarga datang ke tempat yang penuh ketenangan dan santai ini.Ayuh,jangan lepaskan peluang anda.
Resort ini berunsurkan Islamik dimana terdapat sebuah pondok agama ataupun pesantren yang dibina di dalam kawasan resort tersebut.Sesuai dengan tempatnya,ada sungai yang mengalir di jeram yang cantik,di hiasi dengan flora yang sungguh indah.Subhanallah,sungguh indah kawasan tersebut.Rugi kalau tak datang ke sana.Bawa keluarga dan saudara mara bercuti kesini.Bagi pasangan yang bercouple,nak datang
boleh,tapi jangan nak memandai nak beromen kat sana pula.Nanti kena
sambar petir baru rasa nikmatnya....
Ini gambar-gambar saya semasa sedang berkursus di sana.Yang pastinya anda akan tertarik untuk berkunjung di resort ini..Hayatilah keindahan Ilahi apabila berkunjung ke resort ini.
No comments:
Post a Comment