Tunjukkan aku jalan lurusMu...

26 July 2012

Muhasabah dimalam hari

Assalamualaikum..buat sahabat2 seislam semua.Sebelum malam mulai melabuhkan sayapnya,marilah sama2 kita menadah tangan memohon ampun kepada Allah SWT atas segala kesalahan kita terhadapNya.Mohonlah keampunan sebanyak yang boleh meskipun pada siang tadi kita tak buat apapun kesalahan.Sedangkan Rasulullah saw yang maksum (terpelihara dari dosa) ingin beribadah serta memohon keampunan kepada Allah SWT,inikan kita hambaNya yang kadang kadala tak dapat lari dari salah dan khilaf..Semoga Allah mendengar rintihan kita dan mengampunkan kita.Dan juga jika ada salah dan khilaf dari  rakan 2 kita mahupun orang lain,maafkanlah..ringankan mulut kita dan ikhlaskan hati kita untuk menuturkan kata maaf..Salam selamat malam  dari saya Habibi  dan semoga bangun sahur untuk keesokan harinya..


Yakinilah bahawa Allah SWT akan selalu ada bersama kita selagi kita masih mengingatiNya..

DUHAI WANITA :BACALAH ARTIKEL INI....

WAHAI WANITA...NABI MENANGIS MELIHAT AZABMU DI NERAKA..


Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:

Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, “mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “pada malam aku di Isra’kan kelangit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan… maka bila teringatkan mereka aku menangis.” Saya bertanya lagi,”wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?

Baginda bersabda:
Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan air yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

Wanita yang digantung , diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.

Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

Wanita yang memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka

Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, “Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku… ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita2 itu.”

Rasulullah s.a.w bersabda,
Wahai Fatimah, adapun tentang :

Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.

Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata Kemudian Nabi s.a.w bersabda: “Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.”

Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haidh & nifas.

Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan org) serta berdusta.

Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

25 July 2012

INFO HARI INI...



* Pesanan ikhlas : Dilarang memandu di jalanraya  kerana akan menyebabkan jalanraya sesak akibat ramai pemandu berhenti untuk melihat keanehan kereta ini!!


TIPS HARI INI :

Perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan semasa memandu

.......................

1. Tidur dengan nyenyak. 
2. Membebel tak sudah-sudah. 
3. Menyumpah-nyumpah trafik light dan polis trafik. 
4. Menghidupkan lampu kecemasan tak tentu hala. 
5. Membunyikan hon sesuka hati. 
6. Menelefon kekasih masing-masing sampai terlentuk-lentuk. 
7. Buka cermin tingkap dan meludah sesuka hati. 
8. Menunjukkan penumbuk kepada pemandu lain. 
9. Melanggar tiang lampu isyarat. 
10. Masuk ke lorong bertentangan. 
11. Menjerit-jerit tak tentu hala. 
12. Menukar seluar. 
13. Mandi sambil berkemban. 
14. Menggosok gigi dengan air pencuci tingkap. 
15. Meminjam telefon bimbit pemandu lain. 
16. Mengorat pemandu lain dan pejalan kaki. 
17. Makan sirih. 
18. Memesan teh tarik di gerai tepi jalan. 
19. Duduk di tempat duduk penumpang. 
20. Menari-nari terutama bila dengar lagu Hindustan. 
21. Mengorek-ngorek lubang hidung dengan tombol gear. 
22. Membaiki komputer yang rosak hardisknya. 
23. Menelefon boss anda dan menyatakan anda menyampah dengannya.
24. Chatting dengan Janda di Facebook
25. Online Twitter
26. Merokok sambil nyalakan lilin
27. Menyatakan hasrat kepada isteri ingin bermadu
28. Lafaz cerai talak satu
29. Melakukan aksi 18SX didalam kereta
30. Menunjukan isyarat lucah kepada anak pemandu lain
31. Beristinjak
32. Menonton filem 2 alam
33. Membebel nak makan Nasi Berlauk di R&R (walaupun R&R berada pada jarak 80.4km lagi)
34. Tengok gambar Kak Limah yang seksi
35. Pegang stereng dengan kaki
36. Membuka tingkap lalu mencabut dan membaling cermin sisi kepada pemandu yang menggunakan kereta Evo 10 ( Cemburu buta )
37. Teringat akan miming cikgu Shida dari Parit
38. Menyemak tempat mengundi secara online
39. Tangkap gambar sendiri sambil senyum menampakkan gigi
40. Tekan pedal minyak menggunakan gear 1 ( kereta manual sahaja )

 

ADAB-ADAB BERPUASA

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai adab-abad berpuasa di bulan Ramadhan.Moga-moga ianya menjadi panduan bagi kita umat Islam dalam menjalani rukun ke 3 di bulan yang mulia ini sekaligus mendapat pahala yang berganda dengan izinNya...

ADAB-ADAB BERPUASA

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain.

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

TAZKIRAH RAMADHAN

Alhamdulillah,masih lagi bertahan dalam menjalani  ibadah puasa.Cuma ujian sudah kembali datang.Sebilangan anak-anak gadis masih lagi belum sampai seru(walhal Islam sudah datang sejak dari tahun 1400 yang lalu)tak ada alasan untuk menjalankan syariat Allah dengan menutup aurat.Allah dah mewajibkan hamba-hambaNya menutup aurat,tapi jika tak dengar..tunggulah balasan di akhirat kelak..Tak gitu??Doa saya hari agar semua perempuan dalam dunia ni insaflah dan tutuplah aurat sebelum dikapankan tubuh kalian itu..

Pada petang yang berkah ini,saya ingin berkongsi satu ilmu untuk anda semua agar ianya memberi manfaat untuk saya dan semua yang melayari blog ni..

Topik kita pada pagi ini adalah mengenai "(X) pada BETULKAN YANG BIASA & ( / )BIASAKAN YANG BETUL ..Topik yang akan diutarakan ini sebagai cara untuk kita bermuhasabahkan diri  kita serta mengubah dari yang kurang baik kepada yang baik dan yang baik kepada yang lebih baik lagi..Mudah-mudahan Allah SWT selalu memberkati hidup kita dibulan Ramadhan yang mulia ini.Insyallah.

SEPANJANG RAMADHAN 

BETULKAN YANG BIASA( x )

- Perbelanjaan juadah berbuka puasa lebih banyak daripada bulan-bulan lain


- Apabila “datang bulan”(bagi perempuan) terus cuti daripada beribadah

- Hanya cakna pada pembatal puasa luaran sahaja (cth : makan dengan sengaja )

- Hanya datang ke masjid untuk solat Tarawikh berjemaah,tidak pada solat fardhu yang lain

- Kerap berbuka puasa di restoran,hotel dan seumpamanya

- Tidak begitu bersemangat melakukan rutin harian biasa seperti bekerja atau belajar dengan alasan letih berpuasa 

 - Lebih banyak mengumpul duit untuk raya


* BIASAKAN YANG BETUL( / )

 - Peluang berjimat untuk bulan ini.Lebihan duit boleh disedekahkan.

 - Tetap giat beribadah walaupun semasa “ datang bulan”

 - Sangat cakna menjaga lidah daripada mengumpat dan berkata yang tidak baik,menjaga mata,telinga serta   akhlak 

- Sedaya upaya untuk solat fardhu berjemaah setiap waktu

- Kerapkan menjamu atau menaja juadah berbuka puasa kepada orang lain terutamanya bagi orang yang memerlukan.


- Berasa lebih bersemangat melakukan rutin harian biasa kerana yakin setiap amal kebaikan digandakan.

- Lebih banyak melakukan sedekah








23 July 2012

Selami hati pada hari ini

Assalamualaikum...

Hari ini first masuk kerja bagi bulan Ramadhan.Biasalah buat kerja amal.Moga-moga hari ini ramai yang puasa dan tahu menghormati Ramadhan.Dan hanya berfikir bagaimana nak cari pahala berganda di bulan yang mulia ini.

20 July 2012

TAZKIRAH PETANG JUMAAT : KHAS UNTUK MUSLIMAH/WANITA ISLAM

9 Tips Menutup Aurat Supaya Kelihatan Lebih Cantik Di Sisi Allah

 

Semoga ia dapat menjadi penguat hati wanita untuk mula menutup aurat dan kekal menutup aurat…
1. TAHU
Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dll.

2. SEDAR
Bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.

3. SYIAR
Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat
.
4. FUNGSI CERMIN
Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, “Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?”

5. ASINGKAN
Asingkan pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian atau di hadapan suami.

6. MALU
Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.

7. SAHABAT
Bersahabat dengan WANITA yang SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan.

8. EKSKLUSIF
Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi usah dipertontonkan aurat dan perhiasan secara percuma jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.

9. BANYAK MANFAAT
Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan selamat. Mereka tidak perlu merisaukan mata liar yang memandang.

 _______________________________________________________________________________