Tunjukkan aku jalan lurusMu...

26 November 2012

renungan buat diri dan semua

Assalamualaikum buat akhi dan ukhti yang dikasihi sekalian.Harapan dan doa saya buat kalian agar diberkati hidup oleh Allah SWT.

Sepanjang hidup yang dijalani ini,maka hendaklah kita menjalaninya dengan diiringi dengan bismillah dan selalu mengungkap kata cinta kepada Allah SWT.Terukir setiap kata-kata dari lidah dan membenarkan dalam qolbu agar sentiasa kita dekat selalu pada Allah SWT..Berusahalah kita dalam menyebut kalimah yang suci yang bisa membuatkan diri kita disayangi Allah SWT selalu.

Dengan kalimah terindah Bismillahirrahmannirahim..
Permulaan yang sungguh indah untuk semua perkara yang baik..


                                 Subhanallah..Maha Suci Allah atas segalanya



                                        Alhamdulillah..Salam memuji keagungan Ilahi..


                                                Allahu Akbar..Allah Maha Besar atas semua kejadianNya..



La Haula Wala Quwwata Illa Billahi Aliyul Azim..Tiada daya dan upaya melainkan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung..



Ucapkanlah ayat-ayat cinta Allah disetiap waktu tanpa jemu..Tanpa berasa lelah apabila mengungkapkan dengan penuh rasa iman dan taqwa kepada Sang Pencipta Yang Maha Esa.

Usahlah merasa jauh denganNya kerana Allah tak pernah jauh..Yang merasakan  jauh adalah diri kita yang kadangkala alpa.Usahlah katakan yang Allah tak sayang pada kita.Walhal Allah selalu memberikan hidup dan apa yang terbaik untuk kita..Bukanlah setiap ujian dan kesulitan yang Allah berikan pada kita adalah untuk membuatkan kita rasa jauh dariNya,bahkan semakin Allah menguji kita,itulah tandanya Allah menunjukkan rasa cintaNya pada kita sebagai hambanYa...

Cintailah Allah melebihi cinta kita pada segalanya...Tiada yang abadi melainkan Allah..




23 November 2012

PERISTIWA 20-22 November 2012

Dimana peristiwa tersebut penulis blog yang serba sederhana ini sedang menjalani kursus di sebuah tempat yang sungguh indah..Indahnya kerana inilah kali pertama menjejakkan kaki ke sebuah resort yang bernama

Al Sakinah Eco Resort,Janda Baik Bentong Pahang

Ada sesiapa yang pernah pergi tak tempat yang saya pergi selama 3 hari ini?Bagi sesiapa yang pernah pergi pasti nak pergi lagi.Dan bagi yang belum pernah berkunjung ke tempat libur ini,inilah peluang anda semua pada cuti sekolah ini untuk bersama-sama membawa keluarga datang ke tempat yang penuh ketenangan dan santai ini.Ayuh,jangan lepaskan peluang anda.

Resort ini berunsurkan Islamik dimana terdapat sebuah pondok agama ataupun pesantren yang dibina di dalam kawasan resort tersebut.Sesuai dengan tempatnya,ada sungai yang mengalir di jeram yang cantik,di hiasi dengan flora yang sungguh indah.Subhanallah,sungguh indah kawasan tersebut.Rugi kalau tak datang ke sana.Bawa keluarga dan saudara mara  bercuti kesini.Bagi pasangan yang bercouple,nak datang boleh,tapi jangan nak memandai nak beromen kat sana pula.Nanti kena sambar petir baru rasa nikmatnya....

Ini gambar-gambar saya semasa sedang berkursus di sana.Yang pastinya anda akan tertarik untuk berkunjung di resort ini..Hayatilah keindahan Ilahi apabila berkunjung ke resort ini.





16 November 2012

Shahir - Aku Yang Berdosa (Lirik HQ Audio)



rasa diri ini berdosa..
bila selama hidup di dunia ini..
Banyakan dosa yang dilakukan tanpa disedari.

Ya Allah berikanlah keampunan padaku
Aku merasa hina atas segala dosa yang kulakukan padaMu'
Terimalah taubatku dan terima aku sebagai hambaMu..
Tak ingin kuulangi kesilapan yang lalu..

15 November 2012

SEBUAH PUITIS


pUITIS INI SAYA TUJUKAN BUAT SESEORANG..TENTANG SESEORANG YANG DIIDAMKAN TAPI MUNGKINKAH DIA TAKKAN PERNAH TAHU ADA YANG INGINNYA..SEMOGA DIA SUDI MEMBACA PUITIS INI YANG TULUS DARI QALBU..



Untuk yang disayangi tiap hari
Ketahuilah akan dirimu
Bahwa diri ini sering menyayangimu
Meski kita tak seperti dulu
Mesra dan sering bertemu

Duhai yang dikasihi
Sesungguhnya namamu tetap dalam doaku
Akan ku panjatkan kepada Ilahi agar dirimu
Beroleh keberkatan hidup dan kebahagiaan hidup
Bersama keluarga yang tersayang

Buatmu yang disayangi
Sungguhpun kita tak seperti dulu
Aku berharap agar Allah menemukan kita
Dihari yang bahagia
Dalam ikatan halal dan diredhai
Kerna sesungguhnya aku akan tetap mencintaimu
Dan aku tetap menunggumu...



7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

14 November 2012

ilmiah : 11 amalan yg didoakan oleh malaikat


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah

      (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”


5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca

 al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.


“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”


Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”


9. Orang yang membelanjakan harta (infak) ke jalan Allah SWT.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”


10. Orang yang sedang makan sahur.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”


11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”


p/s : bukan ps2 atau ps3..itu singkatan pada pesanan agar kita melakukan perkara di atas secara istiqomah yakni berterusan..dan juga lakukanlah dengan ikhlas....

SALAM AWAL MUHARRAM 1434H..


Muharram
More Muharram | Forward this Graphic
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini