Tunjukkan aku jalan lurusMu...

23 September 2012



Assalamualaikum wmh wbt...

Selamat malam dan selamat menunaikan solat isyak buat muslimin dan muslimat khususnya yang setia membaca blog saya.semoga sihat bahagia apa jua adanya disamping insan tersayang baik ibu ayah,saudara,pakcik makcik,atuk nenek dan suami isteri dengan iradatNya(kehendakNya)

HA.....dah cuba melihat hantu japan dibawah ni?kalau anda semua ada yang terjumpa dengan hantu japan ni,nasiblah.kalau yang tak jumpa.alhamdulillah.apapun,yang penting jangan percaya sangat walaupun kita mesti yakin bahawa adanya jin dan syaitan jua alam ghaib.Yang pasti dan yakin,percayalah pada Allah..Allah Maha Kuasa atas segalanya...

Malam ini saya ingin mengajak akhi dan akhawatsemua..saudara dan saudari yang dikasihi Allah sekalian,yang dari jauh mahupun yang dekat,marilah kita sama2 bermuhasabah diri..merenung sedalam2nya diri kita.

Ingatlah  bahawa kita bukanlah hidup lama didunia.akan tiba masanya nanti,kita semua akan tinggalkan dunia ini.akan kembali menjadi tanah.akan menghadap kepada Pencipta kita yqkni Allah.pada masa itu,yang kita bawa adalah amal kita..bukan keluarga,bukan bf ataupin gf,bukan rakan fb mahupun tweet.bukan harta yg berjuta mahupun ijazah universiti..kita akan bawak amalan kita..sama ada baik atau buruk..

Sedarkanlah diri kita dengan bertaubat kepadaNya.kerna Allah sentiasa mengiftahkan(membukakan)  pintu taubatNya untuk semua hambaNya..tak kira yang berdosa mahupun tidak..segerakanlah bertaubat selagi masih ada peluang keemasan itu..

Buat semua rakan-rakan mahupun saudara saudari yang memiliki  facebook ...jika ada terkasar bahasa kalian didalam status kalian..cepat2lah padamkan..gantikanlah dengan kata yang baik dan ada manfaatnya.sekurang2nya berilah kata2 hikmah yang berunsur nasihat dan pedoman yang pasti saling mengingati sesama muslim didalam fb.

Dan tidak lupa juga khususnya buat anak gadis yang menganjak belia..jika kalian pernah,telah atau sedang mengupload gambar kalian dalam fb...gambar yg menyebabkan dosa dan maksiat yang diharamkan,gantikanlah dgn gambar yg menutup aurat dan tidak mengundang fitnah para lelaki yg bukan mahram kalian....sedarlah bahawa jika kalian tidak sempat membuang gambar tersebut mahupun tidak menutup fb dan masih ada gambar seksi yg didedahkan buat para pengunjung fb yg bukan mahram anda disaat anda telah pergi menuju barzakh..alangkah menyesalnya dan tidak ada gunanya penyesalan itu apabila kalian diseksa di alam sana...Renungkanlah..

Dan buat para remaja yang bergejolak.nafsu saat muda ini baik lelaki mahupun perempuan  ,bagi sang lelaki yang ingin bercinta..sebaiknya  mintalah  keizinan  kpda ibubapa perempuan untuk berkawan dan seterusnya bernikah,dan jika ada yang merealiationship dengan makna couple tanpa ikatan tapi tak bersedia bernikah,tahanlah diri kalian..kerna tiada ertinya bercouple tanpa ingin meneruskan perhubungan hingga ke arah yang halal yakni pernikahan.Ingatlah bahawa couple itu haram sebelum nikah dan sesungguhnya relationship antara bukan mahram menjurus ke arah maksiat dan hasilnya terlahir bibit-bibit mukadimah dan buah zina..Sedarlah khususnya buat kaum perempuan yang mudah jatuh cinta lantaran kata2 manis seorang lelaki yang hanya inginkan teman persinggahan bukan teman hidup yang halal..Sedarkanlah diri kalian sebelum terkena,bila sudah terkena..Fikirkanlah sedalamnya..

Bermuhasabahlah dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Penerima Taubat.Tinggalkanlah  dosa dan kembali ke landasan syariatullah dan sunatullah..Tegakkan tauhid dan runtuhan keangkuhan syirik dan maksiat yang melanda dunia..

Moga Allah menerima taubat kita sebagai hambaNya..

Aminn...

No comments: