AZAB WANITA YANG MENDEDAHKAN AURAT
Ali r.a meriwayatkan sebagai berikut : " Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah saw dan kami temui baginda sedang menangis.Kami bertanya kepada baginda,mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab,"pada malam aku di Israkkan ke langit,aku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan..maka bila teringatkan mereka aku menangis."Saya bertanya lagi,"Wahai Rasulullah,apakah yang tuan lihat?"
Baginda bersabda :-
1.Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya yang mendidih.
2.Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan cairan yang mendidh dari neraka dituangkan ke dalam kerongkongnya.
3.Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zaqqum
( buah yang berduri )dituang ke dalam kerongkongnya.
4.Wanita yang digantung,diikat kedua kaki dan tangannnya ke arah ubun-ubun kepalnya serta dibelit di bawah kekuasaan ular dan kala jengking.
5.Wanita yang memakan badannya sendiri serta di bawahnya kelihatan api yang menyala-nyala dengan marak.
6.Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
7.Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
8.Wanita yang tuli,bisu dan buta dalam api neraka sedang darahnya mengalir dari rongga hidung,telinga dan mulut serta badannya membusuk akibat penyakit kulit.
9.Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan badan seperti keldai yang mendapat pelbagai jenis seksaan.
10.Wanita yang berbentuk seperti anjing dan api masuk ke dalam mulutnya dan keluar dari duburnya.
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata :" Wahai ayahku,ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu." Rasulullah saw bersabda,"Wahai Fatimah,ada pun tentang :-
1.Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya ditutup di hadapan lelaki ajnanbi (bukan mahramnya).
2.Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata yang kesat dan kasar.
3.Kemudian,Nabi saw bersabda :"Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatnya mulut wanita itu kelak dihari kiamat,selebar 70 hasta kemudian akan mengikatnya di belakang leher.
4.Adapaun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
5.Adapun wanita yang diikat dengan kaki tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya,tidak mandi wajib dari haid dan nifas.
6.Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka berhias diri @ bertabarruj untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.
7.Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri di kalangan orang ramai dengan maksud supaya orang yang melihat perhiasannya dan setiap orang melihat perhiasannya jatuh cinta padanya.
8.Adapun wanita yang diikat kedua kaki tangannya sampai ke ubun-ubun kepalanya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa.Tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak mahu mandi wajib.
9.Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu domba (batu api-penghasut) serta berbohong.
10.Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.
11.Adapun wanita yang seperti anjing dan api masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya,maka bahawa sesungguhnya dia adalah suka mengungkit-ungkit pemberiannya di kalangan masyarakat dan suka dengki mendengki.
Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda : " Bahawasanya wanita yang sengaja mendedahkan auratnya
( mendedahkan rambut,leher,tubuh badan,punggung,perhiasan,berpakaian ketat dan sempit )di khalayak ramai tanpa segan silu,tidak kira samaada dia anak dara,janda atau isteri orang,tua atau muda,dia akan dilaknati oleh Allah SWT,para malaikat dan segala mahkluk dimuka bumi ini sehinggalah wanita itu diturunkan bala ( contohnya rogol mahupun bunuh ) oleh Allah SWT.
Dan jika wanita itu anak dara atau janda maka bapanya akan dipertanggungjawabkan untuk menanggung dosanya,Manakala bagi perempuan yang sudah berkahwin( mahupun yang sudah menjadi isteri orang ) maka suaminyalah yang akan dipertanggungjawabkan. "
No comments:
Post a Comment