Tunjukkan aku jalan lurusMu...

24 September 2012

BUAT YANG BARU NAK COUPLE ATAU TELAH BERCOUPLE

HALALKAH COUPLE????

Sabda Rasulullah s.a.w: "Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir & mengurangi umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka." 
(Hadis riwayat Baihaqi)


Kata-kata indah dari pasangan couple...
Indah kan kita bercinta?
Indah kan bila kita saling merindu?
Indah kan bila facebook atau tweeter kita berdua berstatus in the relationship?
Indah kan bila kita boleh berpegangan tangan di hadapan semua orang?Indahnya dapat mendakap merayu dikhalayak mereka?
Indah kan bila kita saling meluangkan masa tak kira siang malam?
Dan indah kan bila semua itu HALAL untuk kita?

 Halalkan couple jika ianya diperlakukan oleh sesama bukan mahram..
Layakkah digelar couple yang halal jika bukan dilakukan oleh pasangan pada ikatan yang halal?
Adakah ianya halal sejak dari 1400 tahun yang lalu?Jika halal,siapakah yang menghalalkannya?
Adakah dari lembaraN Al Quran kalamullah..Ataupun dari hadis Rasulullah?
Jika ada yang menyatakan couple itu halal,berikan 1001 sebab dan alasan mengapa ianya halal?
Ingatlah...couple haram sebelum nikah.Kerana apabila seseorang itu bercouple,dia boleh bersentuhan badan,bertautan,bersayang-sayangan saling mengingati hingga terjebak ke arah zina yang merosak jiwa..Terjebak ke arah maksiat dan khalwat hingga boleh menjatuhkan maruah keluarga dan diri.Dan melahirkan keturunan yang berstatus anak luar nikah dan memberi kesan buruk buat si anak itu apabila dia hidup atas dunia ini.
Sedarlah buat pasangan yang bercouple baik di mata masyarakat mahupun di alam siber,couple bukan pilihan.Pilihan terbaik adalah NIKAH.Nikah yang dapat menghalalkan segala..Nikah yang membawa kepada keredhaan Ilahi jika disulami dengan mawaddah dan rahmah.
Sedarkanlah diri..Ingatlah janji Ilahi buat pelaku yang menghalalkan yang haram...Buat yang muda masih remaja belia..segera tinggalkan dosa dan perbanyakkan kebaikan.Indahnya mengikut syariat Allah dan indahnya meninggalkan landasan syaitan..






Tazkirah untuk petang ini,,,

Bismillahirrahmannirrahim..Assalamualaikum wmh wbt.Alhamdulillah,bersyukurku ke hadrat Ilahi kerana masih diberi ruang bernafas di atas muka bumiNya dan masih diberi kesempatan untuk beribadah kepada Allah Tuhan Yang Maha Agung..

Untuk petang ini,sama-sama kita berkongsi ilmu yang membawa manfaat dengan membaca tazkirah yang dipersembahkan dari pemilik blog ini.Apa yang baik jadikan pedoman dan disampaikan kepada orang lain.

...GANJARAN SEDEKAH ...


Rasulullah saw telah bersabda.Katanya :" Sedekah seseorang kamu yang ikhlas itu akan menutup 70 pintu kejahatan.Sedekah seseorang kamu itu akan dibalas oleh Allah SWT dengan 4 jenis pembalasan iaitu :

1.Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda.
2. Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda.
3.Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda.
4.Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda.

Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada FAKIR MISKIN.

Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah sedekah yang diberikan  kepada KAUM KELUARGA DAN SANAK SAUDARA.

Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada PARA SAHABAT HANDAI DAN TEMAN-TEMAN.

Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada PARA PENUNTUT ILMU ATAU ORANG YANG BERJIHAD PADA JALAN ALLAH SWT.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al Baqarah yang bermaksud :

" Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti menanam sebiji benih dan setiap biji itu menghasilkan tujuh tangkai.Pada tiap-tiap tangkai itu pula membuahkan 100 biji buah.Allah akan menggandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki dan Allah itu Maha Luas lagi Maha Mengetahui.

23 September 2012

PEDOMAN BUAT KAUM HAWA SEBAGAI PERINGATAN

AZAB WANITA YANG MENDEDAHKAN AURAT


Ali r.a meriwayatkan sebagai berikut : " Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah saw dan kami temui baginda sedang menangis.Kami bertanya kepada baginda,mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab,"pada malam aku di Israkkan ke langit,aku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan..maka bila teringatkan mereka aku menangis."Saya bertanya lagi,"Wahai Rasulullah,apakah yang tuan lihat?"

Baginda bersabda :-

1.Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya yang mendidih.

2.Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan cairan yang mendidh dari neraka dituangkan ke dalam kerongkongnya.

3.Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zaqqum 
( buah yang berduri )dituang ke dalam kerongkongnya.

4.Wanita yang digantung,diikat kedua kaki dan tangannnya ke arah ubun-ubun kepalnya serta dibelit di bawah kekuasaan ular dan kala jengking.

5.Wanita yang memakan badannya sendiri serta di bawahnya kelihatan api yang menyala-nyala dengan marak.

6.Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7.Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8.Wanita yang tuli,bisu dan buta dalam api neraka sedang darahnya mengalir dari rongga hidung,telinga dan mulut serta badannya membusuk akibat penyakit kulit.

9.Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan badan seperti keldai yang mendapat pelbagai jenis seksaan.

10.Wanita yang berbentuk seperti anjing dan api masuk ke dalam mulutnya dan keluar dari duburnya.



Maka berdirilah Fatimah seraya berkata :" Wahai ayahku,ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu." Rasulullah saw bersabda,"Wahai Fatimah,ada pun tentang :-

1.Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya ditutup di hadapan lelaki ajnanbi (bukan mahramnya).

2.Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata yang kesat dan kasar.

3.Kemudian,Nabi saw bersabda :"Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatnya mulut wanita itu kelak dihari kiamat,selebar 70 hasta kemudian akan mengikatnya di belakang leher.

4.Adapaun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

5.Adapun wanita yang diikat dengan kaki tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya,tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

6.Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka berhias diri @ bertabarruj untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

7.Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri di kalangan orang ramai dengan maksud supaya orang yang melihat perhiasannya dan setiap orang  melihat perhiasannya jatuh cinta padanya.

8.Adapun wanita yang diikat kedua kaki tangannya sampai ke ubun-ubun kepalanya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa.Tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak mahu mandi wajib.

9.Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu domba (batu api-penghasut) serta berbohong.

10.Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

11.Adapun wanita yang seperti anjing dan api masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya,maka bahawa sesungguhnya dia adalah suka mengungkit-ungkit pemberiannya di kalangan masyarakat dan suka dengki mendengki.

Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda : " Bahawasanya wanita yang sengaja mendedahkan auratnya 
( mendedahkan rambut,leher,tubuh badan,punggung,perhiasan,berpakaian ketat dan sempit )di khalayak ramai tanpa segan silu,tidak kira samaada dia anak dara,janda atau isteri orang,tua atau muda,dia akan dilaknati oleh Allah SWT,para malaikat dan segala mahkluk dimuka bumi ini sehinggalah wanita itu diturunkan bala ( contohnya rogol mahupun bunuh ) oleh Allah SWT.

Dan jika wanita itu anak dara atau janda maka bapanya akan dipertanggungjawabkan untuk menanggung dosanya,Manakala bagi perempuan yang sudah berkahwin( mahupun yang sudah menjadi isteri orang ) maka suaminyalah yang akan dipertanggungjawabkan. "

* Oki Setiana Dewi - Contoh muslimah yang berjaya didunia dan insyallah diakhirat.Contohilah peribadi beliau duhai kaum wanita zaman kini yang alpa dengan cinta dunia.*



Assalamualaikum wmh wbt...

Selamat malam dan selamat menunaikan solat isyak buat muslimin dan muslimat khususnya yang setia membaca blog saya.semoga sihat bahagia apa jua adanya disamping insan tersayang baik ibu ayah,saudara,pakcik makcik,atuk nenek dan suami isteri dengan iradatNya(kehendakNya)

HA.....dah cuba melihat hantu japan dibawah ni?kalau anda semua ada yang terjumpa dengan hantu japan ni,nasiblah.kalau yang tak jumpa.alhamdulillah.apapun,yang penting jangan percaya sangat walaupun kita mesti yakin bahawa adanya jin dan syaitan jua alam ghaib.Yang pasti dan yakin,percayalah pada Allah..Allah Maha Kuasa atas segalanya...

Malam ini saya ingin mengajak akhi dan akhawatsemua..saudara dan saudari yang dikasihi Allah sekalian,yang dari jauh mahupun yang dekat,marilah kita sama2 bermuhasabah diri..merenung sedalam2nya diri kita.

Ingatlah  bahawa kita bukanlah hidup lama didunia.akan tiba masanya nanti,kita semua akan tinggalkan dunia ini.akan kembali menjadi tanah.akan menghadap kepada Pencipta kita yqkni Allah.pada masa itu,yang kita bawa adalah amal kita..bukan keluarga,bukan bf ataupin gf,bukan rakan fb mahupun tweet.bukan harta yg berjuta mahupun ijazah universiti..kita akan bawak amalan kita..sama ada baik atau buruk..

Sedarkanlah diri kita dengan bertaubat kepadaNya.kerna Allah sentiasa mengiftahkan(membukakan)  pintu taubatNya untuk semua hambaNya..tak kira yang berdosa mahupun tidak..segerakanlah bertaubat selagi masih ada peluang keemasan itu..

Buat semua rakan-rakan mahupun saudara saudari yang memiliki  facebook ...jika ada terkasar bahasa kalian didalam status kalian..cepat2lah padamkan..gantikanlah dengan kata yang baik dan ada manfaatnya.sekurang2nya berilah kata2 hikmah yang berunsur nasihat dan pedoman yang pasti saling mengingati sesama muslim didalam fb.

Dan tidak lupa juga khususnya buat anak gadis yang menganjak belia..jika kalian pernah,telah atau sedang mengupload gambar kalian dalam fb...gambar yg menyebabkan dosa dan maksiat yang diharamkan,gantikanlah dgn gambar yg menutup aurat dan tidak mengundang fitnah para lelaki yg bukan mahram kalian....sedarlah bahawa jika kalian tidak sempat membuang gambar tersebut mahupun tidak menutup fb dan masih ada gambar seksi yg didedahkan buat para pengunjung fb yg bukan mahram anda disaat anda telah pergi menuju barzakh..alangkah menyesalnya dan tidak ada gunanya penyesalan itu apabila kalian diseksa di alam sana...Renungkanlah..

Dan buat para remaja yang bergejolak.nafsu saat muda ini baik lelaki mahupun perempuan  ,bagi sang lelaki yang ingin bercinta..sebaiknya  mintalah  keizinan  kpda ibubapa perempuan untuk berkawan dan seterusnya bernikah,dan jika ada yang merealiationship dengan makna couple tanpa ikatan tapi tak bersedia bernikah,tahanlah diri kalian..kerna tiada ertinya bercouple tanpa ingin meneruskan perhubungan hingga ke arah yang halal yakni pernikahan.Ingatlah bahawa couple itu haram sebelum nikah dan sesungguhnya relationship antara bukan mahram menjurus ke arah maksiat dan hasilnya terlahir bibit-bibit mukadimah dan buah zina..Sedarlah khususnya buat kaum perempuan yang mudah jatuh cinta lantaran kata2 manis seorang lelaki yang hanya inginkan teman persinggahan bukan teman hidup yang halal..Sedarkanlah diri kalian sebelum terkena,bila sudah terkena..Fikirkanlah sedalamnya..

Bermuhasabahlah dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Penerima Taubat.Tinggalkanlah  dosa dan kembali ke landasan syariatullah dan sunatullah..Tegakkan tauhid dan runtuhan keangkuhan syirik dan maksiat yang melanda dunia..

Moga Allah menerima taubat kita sebagai hambaNya..

Aminn...

21 September 2012

ARE U BRAVE??IF U BRAVE..LETS TRY FOR IT..ITS SCARY...



Korang pernah tengok hantu Jepun? Pernah terjumpa dengan hantu? Kalau belum pernah tengok,jom kita ramai-ramai tengok gambar dekat atas ini. Jangan tengok saja. Tenung dalam-dalam pada matanya tanpa beralih ke mana-mana dalam masa 5 minit.Semasa korang tenung tu,sebut dan niat dalam hati yang korang nak tengok hantu jepun. Ini bukan kurafat ke apa ke. Just nak test korang punya pancaindera jer.Aku tak jamin kalau hantu jepun ni kacau atau ikut korang balik. Semuanya tanggungjawab korang sendiri la ek.hehe…hahahahah!!Mengikut info yang aku dapat, gambar ini di lukis oleh seorang wanita Jepun yang telah mati bunuh diri.Wajah sebenar HANTU gadis jepun itu dapat dilihat jika namanya “fuk Yu” disebut dalam hati.Korang tenung je pada matanya. Tenung 5 minit dan ia akan muncul. Korang macam mana? Sudah try? Ok ke?Kalau berani, cubalah!...................................

(VERSI ENGLISH.)

IF U BELIEVE OR NOT..LETS TRY FOR IT.YOU JUST LOOK AT HER EYES IN 5 MINUTE..AND U CALL HER NAME IN UR HEART..FUK YU..BELIEVE OR NOT..THIS PICTURE ARE JAPANESE GHOST..SO SCARY...BE NOT HAPPY...BUT..BELIEVE TO ALLAH IS BEST FOREVER...

Secebis nukilan dari hati

Detik waktu ini kan terus berjalan tanpa henti..Sehinggalah sampai seru dari Ilahi ia akan terhenti apa jua adanya..Namun itu,janganlah kita berhenti sama..Teruskanlah hidup dimuka bumi ini dengan beribadah kepadaNya..Ikhlas dalam menegakkan Islam,agama wahyu Ilahi...Agama yang benar dan menenggelamkan yang batil...Tuluskanlah hati kita dalam bersujud kepada Allah..Jangan timbul rasa ragu dengan cinta dan mahabbah dariNya..Allah akan menjanjikan keistimewaan buat hamba-hambaNya yang beriman dan bertaqwa dengan nikmat syurgawi kelak..Yakinilah bahawa Allah tempat kita berharap dan bergantung...


20 September 2012

BUATMU MUSLIMAH..

Khusus  untuk muslimah yang masih tercari-cari dimana cara untuk berubah menjadi yang lebih baik seperti dari tak menutup aurat kepada menutup aurat mengikut syarak...


Berhijrahlah ke arah kebaikan dan beristiqomahlah dalam melakukan sesuatu kebaikan...