03 October 2012
Renungan di pagi yang hening...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.Dialah
yang menguasai hari pembalasan serta junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang
amat dikasihi dan moga kita mendapat syafaat darinya..
Pagi hening ini..dimana mata masih belum terbuai dengan
mimpi,ingin pemilik blog ini berkongsi dengan pembaca semua tentang ilmu yang
bermanfaat untuk semua.Kepada yang telah bangun dari tidur,ambillah kesempatan
itu dengan bersolat malam dengan kata erti qiamullail.Ambillah kesempatan
selagi hayat masih ada dengan mengambil wuduk dan bersolat
wuduk,tahajjud,tasbih dsb.Lakukanlah dengan niat yang ikhlas kerana Allah
semata-mata..Dan lakukan secara istiqomah(berterusan) hingga ke akhir hayat.
Perkara yang ingin saya sampaikan buat para pembaca setia blog
saya tidak kira jauh mahupun dekat adalah yang dapat memberi manfaat untuk
semua dan juga untuk diri saya.Bacalah dengan jiwa yang sungguh2 berminat untuk
mengetahui dan jangan baca jika tak berminat langsung..Perkara yang ingin saya
sampaikan juga lebih merujuk kepada muhasabah diri kita.Moga Allah merahmati
kita semua...
6 KELEBIHAN MAAF
1) Mencuci hati
- Kemaafan boleh menghilangkan rasa dendam dalam diri.
2) Tenangkan diri
- Fikiran akan menjadi lapang apabila rasa marah pada seseorang kita hapuskan
dengan kemaafan.
3) Sembuhkan penyakit
- Memohon maaf dan memberi kemaafan kepada orang lain boleh menyembuhkan
penyakit2 dihati.
4) Mencantikkan wajah.
- Wajah akan kelihatan jernih dan berseri sekiranya kita sentiasa memaafkan
orang lain. Faktor2 kecantikan wajah adalah HATI, bila hati bersih..wajah akan
bercahaya dan berseri. Jika hati mempunyai titik2 dendam dan marah, seri wajah
tidak akan terpancar.
5) Doa makbul
- Doa orang yang pemaaf mudah dimakbulkan hajatnya.
6) Menarik hidayah Allah
- Bila hati bersih...insyaAllah hidayah Allah mudah masuk ke dalam hati. Banyakkan
lah beristighfar, mohon keampunan, semoga diampunkan dosa2 kita oleh Allah. Bila
dosa diampunkan, mudah lah hati yang lembut itu untuk menerima
hidayah..insyaAllah..
Emm..byk ganjaran dan kelebihan MAAF kan, marilah kita berusaha utk menjadi
hamba yang peMAAF..siapalah kita utk tidak memberi maaf dan memohon
maaf..sedangkan Allah Yang Maha Agung mengampunkan hambaNya, Nabi s.a.w yang
seorang yang maksum, memaafkan umatnya. Apatah lagi kita, jauh berbeza darjat
dan kebesaran mereka berbanding kita,kita yang penuh kekhilafan tidak mahu
memaafkan kekhilafan orang lain. MAHU KAH KITA TIDAK DIMAAFKAN ORANG LAIN? MAHU
KAH KITA TIDAK DIAMPUNKAN OLEH ALLAH S.W.T???
Bersamalah
kita saling bermaafan biarpun ada salah sekecil2 kuman.Jangan tunggu hari raya
baru nak minta maaf,bila pada masa tu Allah cabut nyawa kita
bagaimana?Sesungguhnya sifat saling bermaafan adalah satu sifat yang mulia ...renung2kanlah dan selamat beramal...
02 October 2012
UJI MINDA KITA UNTUK HARI INI
Assalamualaikum...Salam bahagia buat semua umat Islam didunia.Semoga tauhid dikukuhkan dan syirik ditumbangkan sebaiknya..Jadi,pada hari ini,saya ingin menguji minda anda semua baik yang jauh mahupun yang dekat Ingin saya menguji minda anda semua dengan soalan kuiz yang bila jawab dengan betul tak dapat hadiah,tapi untuk mengefresh semula ingatan kita ke arah sirah nabawiyah.Semoga kita tak lupa dengan sejarah-sejrah nabi dan para sahabat, ketamadunan yang membawa kepada keutuhan Islam pada masa itu dan juga syariat Islam pada masa kini.Jawablah dengan jiwa yang rasional melalui komen yang tersedia (jika adalah).Saya akan paparkan jawapan itu bila-bila masa yang saya mahu paparkan.
SOALAN UJI MINDA
1. Siapakah Rasul yang mempunyai anak yang bernama Habil dan Qabil ?
2. Berikan kenderaan yang dibina oleh Nabi Nuh as atas perintah Allah SWT.
3. Sebutkan nama isteri Rasul yang dilaknat Allah SWT.
4. Siapakah orang yang berdusta,tetapi dimasukkan ke dalam syurga?
5. Rasul siapakah yang dikurniakan Allah SWT mukjizat dapat berbicara dengan binatang?
6. Neraka apakah yang merupakan tempat siksaan bagi orang yang lalai dalam solatnya?
7. Siapakah wanita yang pertama masuk ke dalam syurga?
8. Sebutkan ayat beserta surah dalam Al-Quran yang mewajibkan setiap wanita menutup auratnya?
9. Sebutkan Rasul yang pernah ke syurga selepas Nabi Adam as.
10. Dosa apakah yang tidak diampuni Allah SWT?
11. Sebutkan sejarah terjadinya solat Subuh?
12. Siapakah Rasul yang digelar Ulul Azmi?
13. Siapakah Ashabul Kahfi?
Selamat menjawab..
SOALAN UJI MINDA
1. Siapakah Rasul yang mempunyai anak yang bernama Habil dan Qabil ?
2. Berikan kenderaan yang dibina oleh Nabi Nuh as atas perintah Allah SWT.
3. Sebutkan nama isteri Rasul yang dilaknat Allah SWT.
4. Siapakah orang yang berdusta,tetapi dimasukkan ke dalam syurga?
5. Rasul siapakah yang dikurniakan Allah SWT mukjizat dapat berbicara dengan binatang?
6. Neraka apakah yang merupakan tempat siksaan bagi orang yang lalai dalam solatnya?
7. Siapakah wanita yang pertama masuk ke dalam syurga?
8. Sebutkan ayat beserta surah dalam Al-Quran yang mewajibkan setiap wanita menutup auratnya?
9. Sebutkan Rasul yang pernah ke syurga selepas Nabi Adam as.
10. Dosa apakah yang tidak diampuni Allah SWT?
11. Sebutkan sejarah terjadinya solat Subuh?
12. Siapakah Rasul yang digelar Ulul Azmi?
13. Siapakah Ashabul Kahfi?
Selamat menjawab..
01 October 2012
sedutan komik annur dan kittunnya(miaunya)
Assalamualaikum semua..jom kita sama2 baca sedutan komik annur dan miaunya yang menghiburkan hati serta dapat menghilangkan stress kita lepas 1/2 bekerja dipejabat atau dimana saja..So,bua annur..sori ek,saya ambik copy u punya komik,jangan marah..senyum2 selalu..sama2 kita kongsi buat ilmu yang berguna kepada para pembaca..ilmu baca jawi yang sempurna..huhuhu..Saya pun salah sorang peminat komik ni sebab ianya berkaitan dengan kehidupan saya bersama ucing tersayang..huhuhu..Teringin nak buat filem pasal kucing saya dalam meniti kehidupan ala2 national geography tu..
***************
***************
***************
***************
***************
***************
***************
* pesanan ikhlas dari Habibi,marilah sama-sama kita memartabatkan tulisan JAWI.....
.Hidup Islam sampai mati....
Terkadang..(buat teman2)
Terkadang..
Tak perlulah bersikap irihati atas sesuatu yang bukan milik kita
Terkadang...
Tak perlulah berhasad dengki atas kemudahan yang diberikan terhadap orang lainnya
Kerna yang pastinya..dan pastinya..
Kita juga akan merasa kemudahan itu
Kita akan tetap mengecapinya
Walau lewat dimakan hari dan waktu
Dengan izin dari Yang Maha Memberi
Usah kita berasa hasad sesama saudara kita
Kelak suatu masa mereka juga akan menjenguk pabila kita terlantar gering
Dan juga akan mengusung kita untuk dibawa ke alam kematian yang sementara
Usah berasa dengki kelak binasa diri
Sabar dan ikhlas itulah tujuan kita dalam beramal kerana Ilahi..
Tak perlulah bersikap irihati atas sesuatu yang bukan milik kita
Terkadang...
Tak perlulah berhasad dengki atas kemudahan yang diberikan terhadap orang lainnya
Kerna yang pastinya..dan pastinya..
Kita juga akan merasa kemudahan itu
Kita akan tetap mengecapinya
Walau lewat dimakan hari dan waktu
Dengan izin dari Yang Maha Memberi
Usah kita berasa hasad sesama saudara kita
Kelak suatu masa mereka juga akan menjenguk pabila kita terlantar gering
Dan juga akan mengusung kita untuk dibawa ke alam kematian yang sementara
Usah berasa dengki kelak binasa diri
Sabar dan ikhlas itulah tujuan kita dalam beramal kerana Ilahi..
27 September 2012
99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN..
01. Bersyukur apabila mendapat nikmat.
02. Sabar apabila mendapat kesulitan.
03. Tawakkal apabila mempunyai rencana/program.
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan.
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan.
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan.
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan.
08. Jangan terlalu iri dengan kekayaan orang.
09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang lain.
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan.
11. Jangan tamak kepada harta.
12. Jangan terlalu mengimpikan akan sesuatu kedudukan.
13. Jangan hancur kerana kezaliman.
14. Jangan goyah kerana fitnah.
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram.
17. Jangan sakiti ayah dan ibu.
18. Jangan usir orang yang meminta-minta.
19. Jangan sakiti anak yatim.
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar.
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil.
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid).
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk.
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid.
25. Biasakan solat malam.
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah.
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat.
28. Sayangi dan santuni fakir miskin.
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah.
30. Jangan marah berlebih-lebihan.
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan.
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah.
33. Berlatihlah konsentrasi fikiran.
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi.
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan.
36. Jangan percaya ramalan manusia.
37. Jangan terlampau takut miskin.
38. Hormatilah setiap orang.
39. Jangan terlampau takut kepada manusia.
40. Jangan sombong, takbur dan besar kepala.
41. Berlakulah adil dalam segala urusan.
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah.
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran.
45. Perbanyak silaturrahim.
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam.
47. Bicaralah secukupnya.
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya.
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu.
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur.
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin.
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga.
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan.
54. Hormatilah kepada guru dan ulama.
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi.
56. Cintai keluarga Nabi saw.
57. Jangan terlalu banyak hutang.
58. Jangan terlampau mudah berjanji.
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara.
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat
61. Bergaullah dengan orang-orang soleh.
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar.
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu.
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita.
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi.
66. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya.
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita.
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan.
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain.
71. Jangan membiasakan berkata dusta.
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian.
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab.
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan.
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita.
76. Jangan membuka aib orang lain.
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita.
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana.
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan.
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya.
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara.
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain.
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara.
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa.
85. Hargai prestasi dan pemberian orang.
86. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan.
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan(walaupun mereka tidak mengkendaki kita berbaik kepada mereka)
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita(riadah)
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu(stress)
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana( para ulama )
91. Sebaik-baiknya lupakanlah kesalahan orang lain terhadap kita,dan lupakanlah jasa kita terhadap orang lain.
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina.
93. Jangan cepat percaya kepada khabar angin yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya.
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban(amanah yang diberi)
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan.
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri.
97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan.
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merosakkan.
99. Jangan gembira di atas penderitaan orang lain dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.
Semoga iman kita semua bisa sempurna disisi Allah.dan lakukanlah sesuatu hal yang baik itu dengan hati yang ikhlas dan tulus semata-mata kerana ALLAH swt..
Subscribe to:
Posts (Atom)