Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.Dialah
yang menguasai hari pembalasan serta junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang
amat dikasihi dan moga kita mendapat syafaat darinya..
Pagi hening ini..dimana mata masih belum terbuai dengan
mimpi,ingin pemilik blog ini berkongsi dengan pembaca semua tentang ilmu yang
bermanfaat untuk semua.Kepada yang telah bangun dari tidur,ambillah kesempatan
itu dengan bersolat malam dengan kata erti qiamullail.Ambillah kesempatan
selagi hayat masih ada dengan mengambil wuduk dan bersolat
wuduk,tahajjud,tasbih dsb.Lakukanlah dengan niat yang ikhlas kerana Allah
semata-mata..Dan lakukan secara istiqomah(berterusan) hingga ke akhir hayat.
Perkara yang ingin saya sampaikan buat para pembaca setia blog
saya tidak kira jauh mahupun dekat adalah yang dapat memberi manfaat untuk
semua dan juga untuk diri saya.Bacalah dengan jiwa yang sungguh2 berminat untuk
mengetahui dan jangan baca jika tak berminat langsung..Perkara yang ingin saya
sampaikan juga lebih merujuk kepada muhasabah diri kita.Moga Allah merahmati
kita semua...
6 KELEBIHAN MAAF
1) Mencuci hati
- Kemaafan boleh menghilangkan rasa dendam dalam diri.
2) Tenangkan diri
- Fikiran akan menjadi lapang apabila rasa marah pada seseorang kita hapuskan
dengan kemaafan.
3) Sembuhkan penyakit
- Memohon maaf dan memberi kemaafan kepada orang lain boleh menyembuhkan
penyakit2 dihati.
4) Mencantikkan wajah.
- Wajah akan kelihatan jernih dan berseri sekiranya kita sentiasa memaafkan
orang lain. Faktor2 kecantikan wajah adalah HATI, bila hati bersih..wajah akan
bercahaya dan berseri. Jika hati mempunyai titik2 dendam dan marah, seri wajah
tidak akan terpancar.
5) Doa makbul
- Doa orang yang pemaaf mudah dimakbulkan hajatnya.
6) Menarik hidayah Allah
- Bila hati bersih...insyaAllah hidayah Allah mudah masuk ke dalam hati. Banyakkan
lah beristighfar, mohon keampunan, semoga diampunkan dosa2 kita oleh Allah. Bila
dosa diampunkan, mudah lah hati yang lembut itu untuk menerima
hidayah..insyaAllah..
Emm..byk ganjaran dan kelebihan MAAF kan, marilah kita berusaha utk menjadi
hamba yang peMAAF..siapalah kita utk tidak memberi maaf dan memohon
maaf..sedangkan Allah Yang Maha Agung mengampunkan hambaNya, Nabi s.a.w yang
seorang yang maksum, memaafkan umatnya. Apatah lagi kita, jauh berbeza darjat
dan kebesaran mereka berbanding kita,kita yang penuh kekhilafan tidak mahu
memaafkan kekhilafan orang lain. MAHU KAH KITA TIDAK DIMAAFKAN ORANG LAIN? MAHU
KAH KITA TIDAK DIAMPUNKAN OLEH ALLAH S.W.T???
Bersamalah
kita saling bermaafan biarpun ada salah sekecil2 kuman.Jangan tunggu hari raya
baru nak minta maaf,bila pada masa tu Allah cabut nyawa kita
bagaimana?Sesungguhnya sifat saling bermaafan adalah satu sifat yang mulia ...renung2kanlah dan selamat beramal...
No comments:
Post a Comment