Tunjukkan aku jalan lurusMu...

02 October 2012

UJI MINDA KITA UNTUK HARI INI

Assalamualaikum...Salam bahagia buat semua umat Islam didunia.Semoga tauhid dikukuhkan dan syirik ditumbangkan sebaiknya..Jadi,pada hari ini,saya ingin menguji minda anda semua baik yang jauh mahupun yang dekat Ingin saya menguji minda anda semua dengan soalan kuiz yang bila jawab dengan betul tak dapat hadiah,tapi untuk mengefresh semula ingatan kita ke arah sirah nabawiyah.Semoga kita tak lupa dengan sejarah-sejrah nabi dan para sahabat, ketamadunan yang membawa kepada keutuhan Islam pada masa itu dan juga syariat Islam pada masa kini.Jawablah dengan jiwa yang rasional melalui komen yang tersedia (jika adalah).Saya akan paparkan jawapan itu bila-bila masa yang saya mahu paparkan.


SOALAN UJI MINDA

1. Siapakah Rasul  yang mempunyai anak yang bernama Habil dan Qabil ?

2. Berikan kenderaan yang dibina oleh Nabi Nuh as atas perintah Allah SWT.

3. Sebutkan nama isteri Rasul yang dilaknat Allah SWT.

4. Siapakah orang yang berdusta,tetapi dimasukkan ke dalam syurga?

5. Rasul siapakah yang dikurniakan Allah SWT mukjizat dapat berbicara dengan binatang?

6. Neraka apakah yang merupakan tempat siksaan bagi orang yang lalai dalam solatnya?

7. Siapakah wanita yang pertama masuk ke dalam syurga?

8. Sebutkan ayat beserta surah dalam Al-Quran yang mewajibkan setiap wanita menutup auratnya?

9. Sebutkan Rasul yang pernah ke syurga selepas Nabi Adam as.

10. Dosa apakah yang tidak diampuni Allah SWT?

11. Sebutkan sejarah terjadinya solat Subuh?

12. Siapakah Rasul yang digelar Ulul Azmi?

13. Siapakah Ashabul Kahfi?

Selamat menjawab..




No comments: