Tunjukkan aku jalan lurusMu...

19 October 2012

Assalamualaikum...

Mencari jati diri kita sebagai muslim..

Selagi boleh berubah..kita cuba berubah untuk jadi muslim yang sejati disisi Ilahi...

18 October 2012

13 Kebiasaan Wanita Pakai Tudung… Tapi…(PEDOMAN KHAS UNTUK MUSLIMAH..DENGARKANLAH..


1. Kebiasaan wanita pakai tudung dah anggap pakai tudung tu tutup aurat, Tapi masih nampak lengan, baju ketat-ketat, gaun belah-belah, nampak dada dan macam-macam lagi. Mereka ni faham konsep aurat ka?
2. Kebiasaan wanita pakai tudung penuh dengan fesyen, Tapi fesyen nampak rambut, sanggul tinggi, bentuk rambut jelas, tak tutup dada. Sekali lagi, mereka faham konsep aurat ka?
3. Kebiasaan wanita pakai tudung ni satu tuntutan kewajipan, Tapi tak pula solat. Sebab tu agaknya timbul ayat “Aku tak pakai tudung pun solat apa, dari orang pakai tudung”. Err, kita boleh pilih-pilih hukum yang nak ikut ya?
4. Kebiasaan wanita pakai tudung ni kena cakap bersopan santun, Tapi ada juga yang liar. Sebab tu timbul ayat”Perempuan pakai tudung bukannya baik juga”. Err, baik ni ditentukan dengan tudung ka?
5. Kebiasaan wanita pakai tudung dah mak suruh, sekolah wajibkan, Tapi tiada yang ambil tahu kenapa kena suruh pakai tudung. Sebab tu ramai buka tudung tempat yang tidak “dinampak”. Tuhan tak nampak agaknya kan?
6. Kebiasaan wanita pakai tudung sal dia Islam, Tapi kenapa perkara Islam yang lain Wajib tidak dibuat? Sekali lagi, kita boleh pilih-pilih hukum ka?
7. Kebiasaan wanita pakai tudung ni sal terpaksa, Tapi kenapa bila orang paksa buat benda tak elok dia ok jak, tapi kena paksa benda baik dia komplen?
8. Kebiasaan wanita pakai tudung selalu orang cakap dituntut, Tapi yang tukang cakap ni free hair. Ades, no komen =.=”
9. Kebiasaan wanita pakai tudung ni cakap mereka dah terima hidayah, Tapi yang cakap tunggu hidayah ni, nak tanya rahsialah, macam mana nak tahu rahsia ajal yek?
10.Kebiasaan wanita pakai tudung ni bila ada event, macam turun naik mahkamah syariah, bila ada kematian, Tapi, kenapa tak ambil iktibar musibah yang melanda ni?
11.Kebiasaan wanita pakai tudung ni memang dah perfect, cantik, aurat tutup habis, Tapi, bila part naik motor, atau kepanasan, atau nak buat apa-apa benda extreme (kali la), banyak yang menampakkan betis, menyinsing baju sampai lengan. Sekali lagi tapi lain keadaan, itu keadaan darurat yang membolehkan buka aurat ka?
12.Kebiasaan wanita pakai tudung memang ayu, suara lemah lembut, sejuk hati lelaki, Tapi ada yang suara lemah lembut yang bahaya, manja seyh, pergaulan dengan lelaki macam dia tu pun lelaki, belum cakap yang dating-dating berdua lebih baik lagi.
13. Kebiasaan wanita pakai tudung bila buat benda tak elok, kena cakap macam-macamla sampai orang cakap pakai tudung atau tak pakai tudung sama saja, Tapi, kenapa yang bercakap tak ambil inisiatif untuk perbaiki diri, atau menasihati mereka berkenaan daripada mengumpat menambah dosa bertangki-tangki benda buruk yang dah berlaku?

* DUHAI MUSLIMAH,BUKAN CARANYA KALIAN MAHU IKUT SELAIN DARI SYARIAT ALLAH..MAKA CARILAH YANG FARDU DAN DISYARIATKAN..INSYALLAH BERBAHAGIALAH KAMU KERANA MENGIKUTIN JALAN-JALAN ALLAH YANG BENAR...

RENUNGAN PAGI JUMAAT





Jangan bangga sangat dengan pakaian yang cantik dan mahal,kerana pakaian terakhir kita kelak adalah KAIN KAPAN

Jangan bangga sangat dengan kenderaan mewah,kerana kenderaan terakhir kita adalah VAN JENAZAH dan PAPAN KERANDA

Jangan terlalu seronok dengan kamar tidur yang empuk dan selesa kerana tempat tidur kita yang terakhir adalah di LIANG LAHAD

Jangan pula ego dan bongkak kerana mampu memiliki rumah mewa umpama istana,ingatlah bahawa rumah terakhir kita adalah KUBUR BERTIANG DUA

Jangan terlalu megah dengan pangkat dan darjat kebesaran,kerana bila sudah tiada nanti,kita akan dapat gelaran ARWAH

Jangan terlalu bangga  dan berlagak dengan wajah yang tampan atau cantik jelita,kerana bila kita mati kelak,wajah itu akan menjadi RANGKA/TENGKORAK

rENUNG-RENUNGKANLAH DIRI ANDA DAN JUGA DIRI SAYA...

Izinkan diri ini berbicara sebelum mata terlelap

Bismillahirrahmannirrahim...

Assalamualaikum semua pengunjung blog saya ini.diharap semuanya sihat bahagia dengan izin dariNya..

sebelum mata ini bisa terpejam untuk melayari samudera mimpi,izinkan saya berkongsi sedikit ilmu untuk anda semua.

sebelum tidur,jangan lupa berwuduk iya..dan bacalah surah al waqiah..baca al ikhlas..bertasbih bertahmid bertakbir memuji kebesaran Allah...

banyakkan beristighfar memohon ampun kepadaNya jika ada khilaf padaNya..

jangan dilupakan sebelum terlelap..maafkanlah orang lain yang ada berbuat salah pada kita..maafkanlah walaupun kesalahan yang kita terima itu hanya sebesar kuman...jangan jadi orang sombong yg x bisa memaafkan orang lain,kerna kita bukanlah mulia..malah kita juga akan pergi kepadaNya..

berdoalah pada Allah agar hari esoknya lebih baik dari hari ini yang kadangkala mendukacitakan.harap esok adalah hari yang kita boleh buat seberapa banyak amal kebaikan....

semoga esok hari kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas dengan nama Allah Yang Maha Agung.

selamat beradu...semoga ceria dipagi Jumaat yang mulia..

17 October 2012

Biarkan aku jatuh cinta...

Terima kasih wahai Tuhanku
Kerna menyedarkan aku dari lamunan dunia
Bersyukur padaMu atas segala yang berlaku
Kujadikan ia satu hikmah agar dapat ku menjalani dengan tenang hati

Wahai Tuhanku
Izinkan aku bersimpuh kepadaMu
Memohon agar aka tak lalai dari bisikan nafsu
Biakan aku tenggelam dalam cintaMu
Setelah apa yang berlaku yang memerihkan hatiku

Wahai Sang Pencipta
Jagalah aku dari dunia dan seisinya
Jangan biarkan airmata mengalir kerana sesuatu yang tak pasti
Izinkanlah kesedihanku hanya kutujukan padaMu bukan makhlukMu
Kerana hanya Engkau aku beserah segala yang berlaku

Lupakanlah aku tentang permainan duniawi
Baik dari wanita mahupun harta yang melimpah
Biarkan aku jatuh cinta
Tetapi bukan yang tak pasti kucinta
Biarkan aku jatuh cinta
PadaMu Yang Maha Mencipta Cinta

Wahai Tuhanku Ya Ilahi Rabbi
Aku berserah hanya padaMu
Biarkan Engkau sahaja yang Maha menentu ke mana hidupku
Izinkan aku bersujud hanya padaMu..

** Moga kenangan lalu berlalu bagaikan debu yang tak berert..Janganlah Engkau biarkan aku sendiri meniti hari...

15 October 2012

Bisikan hati ini...

Yang lepas jangan dikenang kerana kenangan lalu tak boleh disimpan..teruskan hidup dengan hati yang tabah dan tenang.Harapan semoga Allah menjadikan dia tetap jodohku walaupun diistikharahnya tiada wajahku muncul.Kuharap agar wajahnya berada diistikharahku dan aku inginkan dia menjadi zaujahku kerana aku mencintainya keranaMu Ya Allah...

walau tiada jodoh..dirikan terima qadak Ilahi seadanya..

mungkin Allah menjanjikan yang terbaik bagi diriku..

dan jika jodohku bukan dia.

harap jodohku ini adalah yang terbaik disisiMu Ya Ilahi..