Terima kasih wahai Tuhanku
Kerna menyedarkan aku dari lamunan dunia
Bersyukur padaMu atas segala yang berlaku
Kujadikan ia satu hikmah agar dapat ku menjalani dengan tenang hati
Wahai Tuhanku
Izinkan aku bersimpuh kepadaMu
Memohon agar aka tak lalai dari bisikan nafsu
Biakan aku tenggelam dalam cintaMu
Setelah apa yang berlaku yang memerihkan hatiku
Wahai Sang Pencipta
Jagalah aku dari dunia dan seisinya
Jangan biarkan airmata mengalir kerana sesuatu yang tak pasti
Izinkanlah kesedihanku hanya kutujukan padaMu bukan makhlukMu
Kerana hanya Engkau aku beserah segala yang berlaku
Lupakanlah aku tentang permainan duniawi
Baik dari wanita mahupun harta yang melimpah
Biarkan aku jatuh cinta
Tetapi bukan yang tak pasti kucinta
Biarkan aku jatuh cinta
PadaMu Yang Maha Mencipta Cinta
Wahai Tuhanku Ya Ilahi Rabbi
Aku berserah hanya padaMu
Biarkan Engkau sahaja yang Maha menentu ke mana hidupku
Izinkan aku bersujud hanya padaMu..
** Moga kenangan lalu berlalu bagaikan debu yang tak berert..Janganlah Engkau biarkan aku sendiri meniti hari...

No comments:
Post a Comment