Jangan bangga sangat
dengan pakaian yang cantik dan mahal,kerana pakaian terakhir kita kelak adalah
KAIN KAPAN
Jangan bangga sangat
dengan kenderaan mewah,kerana kenderaan terakhir kita adalah VAN JENAZAH dan
PAPAN KERANDA
Jangan terlalu seronok dengan
kamar tidur yang empuk dan selesa kerana tempat tidur kita yang terakhir adalah
di LIANG LAHAD
Jangan pula ego dan
bongkak kerana mampu memiliki rumah mewa umpama istana,ingatlah bahawa rumah
terakhir kita adalah KUBUR BERTIANG DUA
Jangan terlalu megah
dengan pangkat dan darjat kebesaran,kerana bila sudah tiada nanti,kita akan
dapat gelaran ARWAH
Jangan terlalu
bangga dan berlagak dengan wajah yang
tampan atau cantik jelita,kerana bila kita mati kelak,wajah itu akan menjadi
RANGKA/TENGKORAK
rENUNG-RENUNGKANLAH DIRI ANDA DAN JUGA DIRI SAYA...
No comments:
Post a Comment