Tunjukkan aku jalan lurusMu...

09 October 2012

Pedoman buat yang lupa

Assalamualaikum buat semua..buat seluruh umat Islam didunia..Doa dan harapan saya agar semuanya sihat wal afiat disamping keluarga tercinta serta mahram2 yang dirahmati Allah sekalian hendaknya...

Sesungguhnya ingin saya berkongsi bicara buat anda semua.Moga anda semua bisa renungkan dan hayati serat menyelami dalam hati bahawa siapa kita disisiNya..

Siapa kita disisi Allah?

Untuk apa kita dicipta olehNya..Dan apa tujuan kita diciptakan Allah?

Siapalah kita untuk menderhaka kepadaNya...Dan siapalah kita untuk sombong dan angkuh atas muka bumi ciptaanNya.

Sepanjang hidup ini..apa yang dilihat adalah kemungkaran yang sering berlaku tanpa disedari baik sengaja mahupun sengaja..Sejak bermulanya era facebook serta alat moden zaman kini terlahir dari tangan manusia,sikit demi sedikit manusia terutamanya umat Islam mulai lupa apa itu Solat..apa itu berbuat kebaikan..Yang mereka tahu hanyalah keseronokan..yang bisa mencapai kehancuran dalam qolbu..Jadi,itukah jalan yang mereka pilih..Yakni jalan yang membawa kepada kebinasaan dan seterusnya dicampakkan dalam Neraka??

Bukan itu saja,rata-rata ada yang mulai menunjukkan keangkuhan.Misalnya sepertimana dia ini pandai dalam menyepak bola , menangkis bulu badminton..dan pantas bermain catur ataupun snooker,sudah dikatakan bijak melebihi orang lain yang dipandangnya hanya 2 kali tidak pandai mahupun tidak mahir dalam perbuatan demikian..Lalu dia mulai memandang sebelah mata ibarat mengeji orang lain..Apa maksudnya..adakah orang bersifat demikian bijak pandai sampai bila2..adakah orang itu boleh menjadi bintang  bola sepak,pemain antarabangsa hingga ke mati..Ingatlah,hidup hanya sementara...Jangan sombong,kelak jasad akan dimakan anai-anai jua..

Jadi,buat rakan2 yang ada bersifat demikian,insaf dan berubahlah..Tiada yang abadi melainkan Allah..Sedarlah diri tahu diuntung,,Sebelum masa keranda diusunng..wassalam...


Biarkan saja..

Pasrahkan diri ini
Relakan segalanya
Jika takdir menentu jiwa
Biarlah sendiri

Biar aku meniti titian seorang diri
Dalam sepi kegelapan malam
Ditemani sang cengkerik yang mendendangkan lagunya

Biarlah aku sepi sendiri
Tanpa ditemani sang perindu
Walau jauh dihati terkadang ianya menyeksakan
Biarlah ianya terhempas ke muara hati

Biarkan aku sepi sendiri
Pergilah jauh duhai sang dicinta
Biarkan saja aku berlari
Tanpa garisan yang mehat dalam qolbu..

Biarkan saja..

03 October 2012

sambutlah pagi hari dengan berdoa kepada Allah SWT



Moga-moga dengan harapan Allah SWT merahmati kita yang sentiasa beriman dan bertaqwa serta saling memohon kepadaNya..


Renungan di pagi yang hening...



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.Dialah yang menguasai hari pembalasan serta junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang amat dikasihi dan moga kita mendapat syafaat darinya..

Pagi hening ini..dimana mata masih belum terbuai dengan mimpi,ingin pemilik blog ini berkongsi dengan pembaca semua tentang ilmu yang bermanfaat untuk semua.Kepada yang telah bangun dari tidur,ambillah kesempatan itu dengan bersolat malam dengan kata erti qiamullail.Ambillah kesempatan selagi hayat masih ada dengan mengambil wuduk dan bersolat wuduk,tahajjud,tasbih dsb.Lakukanlah dengan niat yang ikhlas kerana Allah semata-mata..Dan lakukan secara istiqomah(berterusan) hingga ke akhir hayat.

Perkara yang ingin saya sampaikan buat para pembaca setia blog saya tidak kira jauh mahupun dekat adalah yang dapat memberi manfaat untuk semua dan juga untuk diri saya.Bacalah dengan jiwa yang sungguh2 berminat untuk mengetahui dan jangan baca jika tak berminat langsung..Perkara yang ingin saya sampaikan juga lebih merujuk kepada muhasabah diri kita.Moga Allah merahmati kita semua...




6 KELEBIHAN MAAF 

1) Mencuci hati

- Kemaafan boleh menghilangkan rasa dendam dalam diri.

2) Tenangkan diri
- Fikiran akan menjadi lapang apabila rasa marah pada seseorang kita hapuskan dengan kemaafan.

3) Sembuhkan penyakit
- Memohon maaf dan memberi kemaafan kepada orang lain boleh menyembuhkan penyakit2 dihati.

4) Mencantikkan wajah.
- Wajah akan kelihatan jernih dan berseri sekiranya kita sentiasa memaafkan orang lain. Faktor2 kecantikan wajah adalah HATI, bila hati bersih..wajah akan bercahaya dan berseri. Jika hati mempunyai titik2 dendam dan marah, seri wajah tidak akan terpancar.

5) Doa makbul
- Doa orang yang pemaaf mudah dimakbulkan hajatnya.

6) Menarik hidayah Allah
- Bila hati bersih...insyaAllah hidayah Allah mudah masuk ke dalam hati. Banyakkan lah beristighfar, mohon keampunan, semoga diampunkan dosa2 kita oleh Allah. Bila dosa diampunkan, mudah lah hati yang lembut itu untuk menerima hidayah..insyaAllah..

Emm..byk ganjaran dan kelebihan MAAF kan, marilah kita berusaha utk menjadi hamba yang peMAAF..siapalah kita utk tidak memberi maaf dan memohon maaf..sedangkan Allah Yang Maha Agung mengampunkan hambaNya, Nabi s.a.w yang seorang yang maksum, memaafkan umatnya. Apatah lagi kita, jauh berbeza darjat dan kebesaran mereka berbanding kita,kita yang penuh kekhilafan tidak mahu memaafkan kekhilafan orang lain. MAHU KAH KITA TIDAK DIMAAFKAN ORANG LAIN? MAHU KAH KITA TIDAK DIAMPUNKAN OLEH ALLAH S.W.T???


Bersamalah kita saling bermaafan biarpun ada salah sekecil2 kuman.Jangan tunggu hari raya baru nak minta maaf,bila pada masa tu Allah cabut nyawa kita bagaimana?Sesungguhnya sifat saling bermaafan adalah satu sifat yang mulia ...renung2kanlah  dan selamat  beramal...

02 October 2012

UJI MINDA KITA UNTUK HARI INI

Assalamualaikum...Salam bahagia buat semua umat Islam didunia.Semoga tauhid dikukuhkan dan syirik ditumbangkan sebaiknya..Jadi,pada hari ini,saya ingin menguji minda anda semua baik yang jauh mahupun yang dekat Ingin saya menguji minda anda semua dengan soalan kuiz yang bila jawab dengan betul tak dapat hadiah,tapi untuk mengefresh semula ingatan kita ke arah sirah nabawiyah.Semoga kita tak lupa dengan sejarah-sejrah nabi dan para sahabat, ketamadunan yang membawa kepada keutuhan Islam pada masa itu dan juga syariat Islam pada masa kini.Jawablah dengan jiwa yang rasional melalui komen yang tersedia (jika adalah).Saya akan paparkan jawapan itu bila-bila masa yang saya mahu paparkan.


SOALAN UJI MINDA

1. Siapakah Rasul  yang mempunyai anak yang bernama Habil dan Qabil ?

2. Berikan kenderaan yang dibina oleh Nabi Nuh as atas perintah Allah SWT.

3. Sebutkan nama isteri Rasul yang dilaknat Allah SWT.

4. Siapakah orang yang berdusta,tetapi dimasukkan ke dalam syurga?

5. Rasul siapakah yang dikurniakan Allah SWT mukjizat dapat berbicara dengan binatang?

6. Neraka apakah yang merupakan tempat siksaan bagi orang yang lalai dalam solatnya?

7. Siapakah wanita yang pertama masuk ke dalam syurga?

8. Sebutkan ayat beserta surah dalam Al-Quran yang mewajibkan setiap wanita menutup auratnya?

9. Sebutkan Rasul yang pernah ke syurga selepas Nabi Adam as.

10. Dosa apakah yang tidak diampuni Allah SWT?

11. Sebutkan sejarah terjadinya solat Subuh?

12. Siapakah Rasul yang digelar Ulul Azmi?

13. Siapakah Ashabul Kahfi?

Selamat menjawab..




01 October 2012

sedutan komik annur dan kittunnya(miaunya)

Assalamualaikum semua..jom kita sama2 baca sedutan komik annur dan miaunya yang menghiburkan hati serta dapat menghilangkan stress kita lepas 1/2 bekerja dipejabat atau dimana saja..So,bua annur..sori ek,saya ambik copy u punya komik,jangan marah..senyum2 selalu..sama2 kita kongsi buat ilmu yang berguna kepada para pembaca..ilmu baca jawi yang sempurna..huhuhu..Saya pun salah sorang peminat komik ni sebab ianya berkaitan dengan kehidupan saya bersama ucing tersayang..huhuhu..Teringin nak buat filem pasal kucing saya dalam meniti kehidupan ala2 national geography tu..


***************


***************


***************


***************


***************


***************


***************



* pesanan ikhlas dari Habibi,marilah sama-sama kita memartabatkan tulisan JAWI.....
.Hidup Islam sampai mati....


Terkadang..(buat teman2)

Terkadang..

Tak perlulah bersikap irihati atas sesuatu yang bukan milik kita

Terkadang...

Tak perlulah berhasad dengki atas kemudahan yang diberikan terhadap orang lainnya

Kerna yang pastinya..dan pastinya..

Kita juga akan merasa kemudahan itu

Kita akan tetap mengecapinya

Walau lewat dimakan hari dan waktu

Dengan izin dari Yang Maha Memberi

Usah kita berasa hasad sesama saudara kita

Kelak suatu masa mereka juga akan menjenguk pabila kita terlantar gering

Dan juga akan mengusung kita untuk dibawa ke alam kematian yang sementara

Usah berasa dengki kelak binasa diri

Sabar dan ikhlas itulah tujuan kita dalam beramal kerana Ilahi..