Tunjukkan aku jalan lurusMu...

29 August 2012

Assalamualaikum semua..Harap ada yang masih belum tido lagi.Takpun bersengkang mata untuk pagi sok sebab ada yang nak tengok bula..Saya tak minat bola.Internet boleh layan sebab ada informasi terbaru..

Aduyai,mulut pulak sakit.Ulser punya pasai.Satu-satunya penyakit yang tak bagi org makan.Minum pun pasti teras pedihnya.Ditambah lagi dengan sakit tekak.Terkadang,minum air kosong je,macam taknak terima walhal bila minum air berkabonat nak pulak.Heran2.Macam dunia sekarang penuh dengan aksi pelik2.Moga-moga sembuh jika diizinkan Allah.Mungkin juga ini adalah hikmah dan nikmat supaya diri ini bersyukur.Amin.

Kawan2 semua,doakanlah agar saya sihat selalu dan cepat kahwin.Haa..rasa bosan bila jadi single.Teringin nak bercouple yang halal.Cuma rezki mesti ditambah bagi melengkapkan proses pernikahan baik sebelum,semasa mahupun setelah berkahwin..

Ok,semua.Ha..ada yang dah menguap.Tandanya mahu terbang atas tilam tuh.Haha..Okla,sebelum tido,jangan lupa adik abang kakak ambil wuduk dan baca doa sebelum tido.Jika ada yang bangun pada 1/3 malam,rajin2la buat tahajud kerana Allah memuliakan hamba2Nya yang bangun bertahajud disaat orang lain sedang enak tidur.

Semoga hari2 seterusnya adalah yang paling terbaik...

Amin...Wassalam..

27 August 2012

assalamualaikum semua..

malam ni dah berapa Syawal dah.tapi masih lagi di dalam bulan Syawal.So,ada masa lagi untuk kita berziarah dan mengeratkan silaturahim sesama kita..moga-moga kita bertemu lagi Ramadhan yang akan datang...

malam ni juga hujan turun dengan lebat dan dalam jam 11.00 malam,mulai reda..dan jangan lupa sambil2 tu kita menadah tangan memohon keampunan serat rahmat dari Allah kerana antara salah satu doa yang makbul (diterima) adalah semasa hujan turun..(nazza al mathoru minnassamaie..)


16 August 2012

SALAM EID MUBARAK 1433H untuk semua










TAZKIRAH : AMALAN-AMALAN YANG DISUNNAHKAN SEMPENA HARI RAYA


* Bertakbir

* Lafaz ucapan Selamat Pada Hari Aidilfitri 
        
          " Ucapan yang afdal dengan amalan salafussoleh : Taqabalallahu minna waminka 
( Semoga Allah menerima amalan kita dan amalan kamu )

* Meneruskan Qiamullail

* Mandi sunat pagi Hari Raya

* Makan sebelum Solat Hari Raya

* Memakai pakaian yang indah ( Jangan sampai melanggar syariat dalam berpakaian )

* Berjalan menuju ke tempat Solat Hari Raya ( Masjid / Musolla )

* Melalui jalan berbeza ketika pergi dan pulang selepas solat Hari Raya

* Melaksanakan Solat Hari Raya di Musolla ( juga dapat mengeratkan silaturahim sesama muslim dan mengeratkan perpaduan antara ummah

* Bergembira di hari Raya ( Jangan sampai melampaui batasan sebagai muslim )

* Mengkhususkan pagi Raya untuk ziarah kubur adalah BIDAAH

p/s : Renung-renungkanlah dan selamat beramal...


Assalamualaikum..

Tidak lama lagi kita akan menyambut satu hari kebesaran Islam.Dimana hari utu merupakan kejayaan bagi orang-orang Muslim yang telah menjalani ibadah puasa selama 1 bulan.Moga puasa yang dijalani di berkahi apa jua adanya.Dan bagi yang masih culas untuk ponteng puasa,segeralah insaf dan bertaubat kepada Allah SWT..

Ramadhan akan pergi meninggalkan kita..
Adakah kita merasainya
Atau sekadar di angin lalu
Adakah kita rasakan bahawa kita cukup iman dalam bulan yang mulia ini
Atau hanya Ramadhan saja tempat kita bersungguh-sungguh beribadat
Semoga amalan yang kita perbuat beristiqomah hingga kita diambil nyawa

Tangisilah apabila Ramadhan akan pergi lagi
Dan pasti kembali pada masa yang mendatang
Jika diizinkan oleh Nya.
Jika kita masih sempat bertemunya

Semoga Syawal yang tiba nanti kita raikan
Dengan penuh kesederhanaan
Dan penuh ketenangan
Tambahkanlah amal ibadat kita
Hanya kerana Nya..

Salam Syawal yang bakal dinanti..Syawal 1433H..



SEBUAH CERITERA BUAT KAUM HAWA

PEDOMAN : BILA AURAT TAK LAGI SEMPAT DIHIJAB

DI SUATU PETANG SEMASA ADI BERJALAN-JALAN DI KAWASAN KAMPUNGNYA ITU TIBA-TIBA ADI TERSEREMPAK DENGAN KAWAN SEKAMPUNGNYA YANG SEDANG BERJALAN-JALAN DI SEKITAR KAMPUNG ITU JUGA.ADI SUDAH LAMA TAK BERJUMPA DENGAN KAWANNYA ITU KERANA SELAMA INI KAWANNYA ITU TINGGAL DI RUMAH MAK SAUDARANYA KERANA DIA BEKERJA DI SANA .ADI PUN MULA MENEGUR KAWANNYA ITU DAN BERMULALAH DIALOG ADI DENGAN KAWANNYA ITU........



ADI:Asalamualaikum ida,awak apa khabar?

IDA:waalaikumussalam...eh,awak adi ingatkan siapa tadi..saya sihat jer,lama tak jumpakan?awak pula apa khabar?

ADI:sihat Alhamdulillah...betul tu,lama dah kita tak jumpa dan awak pun dah berubah,makin seksi saya tengok...

IDA:hehe biasalah tu kata dunia dah maju,jadi cara dan penampilan kita pun mestilah kena maju jugakan???

ADI:betul tu tapi awak perlu ingat,awak tu orang islam jangan terlalu ikut sangat budaya orang barat.lagi pun dulu masa kita sekolah lagi awak sentiasa menutup aurat tapi sekarang awak sudah mula membuka aurat.kenapa boleh jadi macam itu???

IDA:sebab saya nak bebas,hehe...saya selesa berpakaian yang macam ini lagi pun parents saya tak marah pun saya berpakaian macam ini.

ADI:tapi awak tak takut Allah ke?awak telah mendedahkan sebahagian tubuh awak kepada orang yang bukan muhrim dengan awak.bukankah seseorang wanita itu boleh masuk neraka hanya kerana sehelai rambut terdedah dengan sengaja kepada orang yang bukan muhrim???

IDA:erm betul tu tapi saya masih muda lagilah,esok lusa saya bertaubatlah jika saya dah puas berpakaian yang seperti ini...ala,jangan risaulah solat fardhu saya tak pernah tinggal pun jadi tak mungkinlah saya akan masuk neraka nanti.

ADI:awak pasti ke solat awak itu khusyuk dan diterima Allah?

IDA:kenapa awak Tanya saya macam itu pula????

ADI:sebab solat yang khusyuk itu boleh mencegah kita dari melakukan kemungkaran tapi awak kata tadi awak tak pernah tinggalkan solat tapi kenapa awak masih melakukan kemungkaran dengan tidak menutup aurat awak????

IDA:ala,awak janganlah paksa saya untuk menutup aurat pula sebab bukankah kita tak boleh memaksa orang untuk kembali kejalan yang benar???

ADI:memang betul tapi saya bukan memaksa tapi memberi nasihat jer lagi kita hidup ini cuma sementara saja dan bila-bila masa saja nyawa kita diambil mungkin esok lusa dan mungkin juga sebentar lagi,wallahualam...

IDA:ish awak ni adi janganalah takut-takutkan saya...ala adi,umur saya baru 19 tahun dan kahwin pun tak lagi jadi umur saya mesti panjang lagi dan bila saya rasa saya betul-betul nak kembali ke jalan yang benar saya akan tutuplah aurat saya.

ADI:hmm,kalau macam itu tak apalah,saya harap umur awak betul-betul panjang lagi dan sempat bertaubat dan kembali ke jalan yang benar...

IDA:aamiin........oklah adi,saya nak balik rumah dah ni sebab ada kerja yang perlu saya buat,ok tata adi...bye...Assalamualaikum?

ADI:ok,jaga diri ek,waalaikumussalam....



PADA KEESOKANNYA ADI MENDAPAT BERITA DARI ORANG TUANYA BAHAWA KAWANNYA YANG BARU SAJA SEMALAM DIA BERJUMPA DAN BERBUAL-BERBUAL IAITU IDA TELAH MENINGGAL DUNIA AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA SEMASA DIA INGIN PERGI KE BANDAR PADA MALAM SEMALAM...ADI SANGAT TERKEJUT DAN SEDIH KERANA TERINGAT AKAN KATA-KATA IDA SEMALAM BAHAWA DIA AKAN KEMBALI MENUTUP AURAT SELEPAS PUAS BERPAKAIAN SEPERTI YANG DIA PAKAI SEMALAM.TAK TAHU APA NASIB IDA DI ALAM BARZAKH DAN AKHIRAT.ADI BERHARAP AGAR IDA SEMPAT BERTAUBAT SEBELUM DIA MENGHEMBUSKAN NAFASNYA YANG TERAKHIR....WALLAHUALAM....

P/S : SEMOGA MUSLIMAH DI DUNIA INI SENTIASA MENGAMALKAN  
      SYARIATNYA DAN MEMBENCI ANASIR DARI SYAITAN 

Hati Dia Baik...Walau Tak Tutup Aurat

Hati dia baik...walaupun dia tak tutup aurat.
Pernah dengar kata-kata sebegini?
Samada ditujukan untuk lelaki atau perempuan.
Memang ada cerita-cerita begini.
Dia mungkin kawan, keluarga atau mungkin pasangan kita!

Soalnya...sudah cukup baikkah dia?
Cukupkah sekadar kebaikkan hati tanpa menutup aurat?

Jawapannya...
Dari segi hubungan sesama manusia, memang dia sudah cukup baik.
Tak perlu dipertikaikan lagi.
Dari segi hubungan dengan Allah, masih belum baik.
Kerana masih ada perintah wajib yang ditinggalkannya.

Jadinya?
Kita perlu membimbingnya agar menuruti perintah Allah.
Jika hatinya benar-benar baik,
pasti boleh menerima ketetapan Allah yang telah menciptakannya.

Ingat!
Soal hati dan soal aurat adalah dua perkara berbeza.
Perbaiki mana-mana yang belum baik,
Kerana keduanya memang perlu dijaga.

*Orang yang benar-benar baik ialah seorang yang baik hubungannya dengan Allah, manusia dan semua makhluk ciptaan-Nya.*


p/s: Bukan senang nak jadi orang yang benar-benar baik ni, tapi sama-samalah kita berusaha ke arah itu ya.

15 August 2012



Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sedar
 Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Assalamualaikum..

Tak mahu berkata panjang lagi..Cuma mahu berpesan agar segala amalan kebajikan contohnya zikir jangan sahaja kita amalkan di bulan puasa,bahkan berlanjutanlah hingga ke bulan-bulan seterusnya..Moga Allah memberkati kita..amin..

Zikir Harian Sepanjang Ramadhan

Berikut adalah zikir-zikir yang boleh diamalkan di sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak ini..


A.  SUBUH:

1.  Setelah masuk waktu dan Azan Subuh, lakukan Solat Sunat Fajar dua rakaat. Di antara azan dan solat fardhu Subuh adalah waktu mustajab doa, maka bacalah istighfar tasbih 100 kali dan kemudian berdoa:



2.  Dirikan Solat Fardu Subuh, wirid dan berdoa selepasnya.

B.  PAGI:

1. Zikir: 


2. Tasbih 100 kali:

  


3. Selawat;
    Sekurang-kurangnya 10 atau 100 kali:



4. Melakukan Solat-Solat Sunat:
Solat Sunat Israq
Solat Sunat Dhuha
Solat Sunat Tasbih
.
5. Membaca Al-Quran
.
6. Membaca doa taubat ‘Akasyah (memohon keampunan taubat dosa-dosa besar)


C.  TENGAHARI


1. Solat :
Sunat Zohor – Fardhu Zohor – Sunat Zohor serta doa.
.
2. Istighfar:


D.  PETANG

1.  Solat : Sunat Asar – Fardhu Asar – wirid dan doa. 


E.  MAGHRIB:

1.  Berbuka puasa
2.  Solat Maghrib dan sunat Maghrib.
3.  Solat sunat Awwabin.
4.  Baca zikir berikut 50 atau 100 kali:


F.  ISYAK:

1.  Solat sunat Isyak, Fardhu Isyak, Sunat Isyak
2.  Solat Sunat Terawih, sunat Witir
3.  Membaca Al-Quran
.
.

G.  TENGAH MALAM

Bermula dari  2.30 pagi sehingga keluar fajar subuh.
2.  Solat sunat Tahajjud sekurang-kurangnya 2 rakaat.
5.  Berdoa.


10 August 2012

Puisiku



Saatku terjatuh
Tiada siapa yang ingin hampiriku
Tiada siapa yang sudi membantu
Apatah lagi ingin membimbingku dari segala dugaan

Saat itu
Yang aku tahu
Hanya Dia Yang ada dalam hati
Hanya Dia yang tak pernah lupakanku

Ya Tuhanku Ya Ilahi
Saat aku tersungkur
Engkau ada disetiap waktuku
Selalu ada menuntunku kala aku lelah tak berdaya

Terima kasih Tuhan
Tanpamu aku lelah
Tanpamu aku mati dalam cubaan dunia
Bawalah aku dalam maghfirahMu
Agar aku dapat menggapai cinta agungMu
Sampai ke sana yang abadi..

KETIKA CINTA BERTASBIH


Ketika Cinta Bertasbih
Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu
Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit
Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta

Bertasbih atas nama Allah Yang Maha Agung..Tiada yang lain melainkan hanya Allah yang kita cintai..Hadapkanlah diri kita padaNya..Janganlah kita jauh dan melupakanNya...
Kerana Dia..Kita masih berdiri disini..

09 August 2012

Tentang Lailatul Qadar


Tip Memburu "Lailatul Qadar"

Sedar tak sedar sudah masuk ke 10 akhir bulan Ramadhan.Masa inilah kita mesti berlumba-lumba dengan memperbanyakkan amalan di hari-hari terakhir Ramadhan ini.Lakukan yang terbaik untuk diri kita dan juga diri saya.Moga-moga jangan jadikan hari-hari terakhir ini sebagai hari yang sangat sibuk untuk membeli belah sebaliknya tumpukan terhadap ibadah.Moga kita biasa ketemu Lailatul Qadar yang teristimewa...


Jadi sama-sama kita memburu Lailatul Qadar umpama memburu sang bintang yang jauh tersergam indah di angkasaraya.Dibawah ini adalah tips untuk memburu Lailatul Qadar .Selamat mencuba..

1- Jangan biarkan sedetik pun waktu Ramadan berlalu tanpa adanya ibadah, baik waktu siang mahupun malam.

2- Habiskan sebanyak mungkin waktu malam di surau atau masjid sehingga mudah beribadah mengingati Allah dengan mendirikan solat, tilawah al-Quran dan berzikir. Ibadah seperti ini agak sukar dilakukan jika kita berada di rumah.

3- Bekerja tidak terlalu berat pada waktu siang sehingga terlalu letih untuk berjaga dan beribadah pada malamnya.

4- Berusaha untuk qailulah atau tidur sejenak sebelum waktu Zohor supaya bersemangat dan segar untuk berjaga pada waktu malam.

5- Hindari semua hal yang membawa sia-sia termasuk menonton televisyen.

6- Berdoa sebelum tidur meminta kepada Allah agar dikuatkan untuk bangkit pada tengah malam untuk beribadah.

7- Tidur awal dan pastikan tempat tidur tidak terlalu selesa agar tidak sukar untuk bangun solat malam.

8- Tidak tidur dalam keadaan junub. Sebaik-baiknya tidurlah dalam keadaan berwuduk, insya-Allah akan lebih mudah untuk sedar daripada tidur.

9- Bersihkan hati sebelum tidur dengan memohon keampunan kepada Allah segala kesalahan dan dosa kita disamping memaafkan semua orang jika ada dosa mereka dengan kita.

~Wallahu'alam~






KENAPA MALAM AL-QADR DIRAHSIAKAN???

Ada kelebihannya mengapa Lailatul Qadar tidak ditetapkan,iaitu agar kita beribadah dan sentiasa mencarinya.Sepertimana hadis-hadis riwayat Abi Said Al-Khudri,Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :

" Aku diperlihatkan Lailatul Qadr,tiba-tiba aku dilupakan.Walaupun begitu,kamu cari-carilah Lailatul Qadar pada 10 malam iaitu di malam-malam ganjil.

Sebuah hadis lagi menyebut yang bermaksud :

" Aku diperlihatkan Lailatul Qadar,tiba-tiba dijagakan keluarga untuk bersahur,intai-intailah Lailatul Qadar iaitu 10 Ramadhan yang akhir ".


08 August 2012

LAILATUL QADR



Laylatul Qadar is a night of great blessing in which Allah (swt) showers His Mercy
upon those of His believers whom sincerely and faithfully love and obey His Will. It
is a night which is commonly associated with the revelation of the Holy Qur’an but
also has other meanings which are all deeply rooted in Allah’s attribute of
Rahmaniyyat.

From the above verses of the Holy Qur’an (97:1-6) we are made to understand that
Laylatul Qadr literally means the ‘Night of Decree/Power’. It is a night which is of greater
value than a thousand months (1000 being the highest numerical figure in Arabic)
and in which the angels descend upon the Earth and help to breath a new life into
mankind. We also know from another place in the Holy Qur’an (44:4) that it is a
‘Blessed Night’

Hadhrat Khalifatul Masih II (rh) writes in his Tafsir al-Kabir that the words ‘Therein
descend angels and the Spirit’ (( تَنَزَّلُ الْمَلَائِ َ كةُ وَالرُّوحُ فِيهَا )) signify that,
‘’…the Angels of God descend to meet and satisfy every religious need and to remove all
obstacles and impediments from the way of the expansion and spread of the new Message.’’
(Tafsir al-Kabir, Pg.2859, Ft.4786)

In the context of Surah al-Qadr we find that Allah (swt) is referring to the most
blessed of nights in which the Holy Qur’an was revealed to Hadhrat Khatamul
Anbiyaa and he recited those blessed verses that will forever live in the hearts of
all believers:


In this context Hadhrat Khalifatul Masih II (rh) has explained that the words ‘one
thousand months’ (( َألْفِ شَهْ ٍ ر )) have several meanings two of which are that:
1. as Laylatul Qadr is better than a countless number of nights this signifies that the
period of the Holy Prophet (saw) is greater than all other periods combined;
2. the rich content and value of the Holy Qur’an is greater in worth than the
combined research and efforts of all learned men. This definition is derived from the
word Months (( شَهْ ٍ ر )) which can also mean learned men.

Laylatul Qadr also has a wider understanding and can signify that when mankind
reaches a point of darkness and is in need of reform Allah (swt) answers their need by
sending a new reformer. In relation to this a period of 1000 months roughly amounts
to a century and can thus be linked to the saying of the Holy Prophet :

‘Verily God will continue for ever to raise for this Ummat in the beginning of every century
one who Will restore for it its faith.’ (Abu Dawud, Kitabul Fitan)
Allah (swt) is described in the Holy Qur’an as the Ever Merciful ( الرحيم ) and such a
verse personifies the magnificence of Allah’s infinite Mercy which is safeguarded for
the remainder of mankind’s existence. Further expanding on this the Promised
Messiah (as) writes,ِإنَّا َأنزَْلنَاهُ فِي َليَْلةِ الَْقدْ ِ ر))’‘ )), 

This Night, according to its common interpretation, is a Blessed Night, but some of the verses of the Holy Qur’an indicate that the condition of the darkness of the world is also a Night of Decree on account of its hidden qualities. In that condition of darkness, sincerity and steadfastness, and piety and worship, have great value in the estimation of God. It was because of that condition of darkness which at the time of the
advent of the Holy Prophet [peace and blessings of Allah be on him] had arrived at its
climax and demanded the descent of a Grand Light, that observing this dark condition and
having mercy on the creatures afflicted with darkness, there was an up-surge in the attribute
of Rahmaniyyat and heavenly blessings addressed themselves to the earth. That dark
condition became blessed for the world and the world thereby received a grand mercy so that
the Perfect Man and the Chief of the Prophets, like whom there had been no one, nor ever
will be, came for the guidance of the world and brought that bright Book for the world whose
match no eye has beheld. It was a great manifestation of spiritual perfection of God that, at
a time of gloom and darkness, He sent down a Grand Light which is named the Furqan
and which distinguishes between truth and falsehood and which demonstrated the coming of
truth and the disappearance of falsehood. It descended upon the earth when the earth had
become spiritually dead and land and sea had been greatly corrupted. By its descent it
accomplished that to which God Almighty has pointed in the verse:

((اعَْلمُوا َأنَّ اللَّهَ يُحِْيي الَْأرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا))


That is to say: The earth had died and God revived it afresh. It should be remembered that
the descent of the Holy Qur’an which took place for the purpose of reviving the earth came
about through the upsurge of the attribute of Rahmaniyyat. This is the attribute which
sometimes manifests itself in a material way and causes the rain of mercy to descend upon dry
land and thus makes provision for those who are afflicted with famine. The same attribute
sometimes surges up spiritually and has mercy on the condition of those who are hungry and
thirsty and near unto death on account of misguidance and error, and lack the nourishment
of truth and righteousness which is the source of spiritual life. Thus the Gracious One, as
He bestows nourishment upon the body at the time of need, so of His Perfect Mercy He
provides spiritual nourishment also at the time of need.’’

(Brahin-e-Ahmadiyya, Ruhani Khaza’in, Vol. 1, pp. 414-435, footnote 11)
The ultimate effect of a reformer being sent to the Earth is that the world enters a
period of peace as is alluded to in the concluding verse of Surah al-Qadr. Khalifatul
Masih II (rh) explains:

‘’The word (( سَلَامٌ )) (peace) stands for a complete sentence meaning, ‘’it is all peace.’’ In the
time of a Prophet or Divine reformer a peculiar kind of mental peace of equanimity descends
upon the believers amidst hardships and privations. The heavenly happiness which inspires
believers at that time transcends all material and sensuous joys.

The expression (( هِيَ حَتَّى مَطَْل ِ ع الَْفجْ ِ ر )) (It is all peace till the rising of the dawn.) means, the
passing of the night of hardships and the rising of the dawn of predominance and ascendancy
of the cause of truth.’’ (Tafsir Al-Kabir, Pg.2860 Ft.4797)

Laylatul Qadr also has a significant meaning to each and every believer as it is a night
in which a believer can benefit from great blessings. In a reported hadith the Holy
Prophet said:

‘’Whoever establishes the prayers on the night of Qadr out of sincere faith and hoping to
attain Allah's rewards (not to show off) then all his past sins will be forgiven.’’
(al-Bukhari, Vol.1, Bk.2, No. 34)

In another hadith the Holy Prophet advises as to when one should seek Laylatul
Qadr saying:

‘’Search for the Night of Qadr in the odd nights of the last ten days of Ramadan’’
(Al-Bukhari, Vol.3, Bk.32, No. 234)

The Promised Messiah (as) is known to have said that should the 27th night of
Ramadan fall upon a Friday then through Allah’s (swt) Grace this will often be
Laylatul Qadr.

In light of the above blessed narrations it is incumbent on each believer to increase
his or her worship (Ibaada) during the last ten days of Ramadan and pray sincerely
that they may benefit from the fruits of Laylatul Qadr and have all their previous sins
forgiven, Insha-Allah. Hadhrat Khalifatul Masih V (aba) delivered a Khutbah on the
subject of Laylatul Qadr (14 Nov, 2003) where he emphasised the need for each
believer to pay special attention to not only the last ten nights of Ramadan but indeed
to every night. Huzur (aba) indicated that one reason behind the ambiguity of which
night Lailatul Qadr falls upon is to ensure that believers spend all of the last ten
nights in Ibaada and do not simply ritualise one appointed night.

In further explanation of this subject Huzur (aba) added that the Holy Prophet
said whoever offers all their prayers during the month of Ramadan in congregation
gleans a large portion of Laylatul Qadr. Therein is the significance that in order to
experience this night one must maintain the highest standard of righteousness
through out the month, paying the dues of Allah (swt) and the dues of mankind.

Huzur (aba) explained that although certain ahadith signify the appearance of signs
(like flashes of light) to verify that one has experienced Laylatul Qadr, these signs are
not obligatory to Laylatul Qadr. Indeed the Holy Prophet would gather immense
resolve and determination at the start of the last ten days of Ramadan, spending these
days in worship of God of the highest and most excellent eminence. He enjoined us
to profusely engage in remembrance of Allah during these days, to glorify Him and to
exalt His greatness.

To support us in this effort the following prayer (dua) to be recited on Laylatul Qadr
was conveyed to Hadhrat Aisha (rh) by Hadhrat Khatamul Anbiyaa :
Allahumma innaka ‘afuwwun tu hibul ‘afwa fa ‘fu ‘anni

O Allah! You are the Great Pardoner, You love to pardon. Hence I seek Your pardon
(Ibn Maja, Kitabul Duaa)

May we each engage in sincere worship during this blessed month and incur the
Mercy of Allah (swt), Insha-Allah. Ameen

TAZKIRAH RAMADHAN

Assalamualaikum...

Tazkirah pada 20 Ramadhan..Telah sampai 10 Ramadhan yang terakhir.Jadi,marilah jemaah semua berbuat amalan yang baik banyak-banyak bagi merebut hari terakhir dalam bulan Ramadhan yang bakal tinggalkan kita  ini.Rebutlah selagi hayat masih ada...Jangan sia-siakan umur kita..Dan carilah Lailatul Qadr.Saya juga ingin menemuinya.

Tazkirah pada petang ini berkisarkan tentang kelebihan dan keutamaan Lailatul Qadr .Sama-samalah kita share dan sahre juga pada orang lain.Moga ilmu yang disampaikan bermanfaat untuk diri kita dimasa ini dan akan datang .Insyallah.

KELEBIHAN LAILATUL QADR

Kelebihan malam lailatul Qadr di dalam bulan Ramdhan merupakan satu keistimewaan berbanding dengan malam-malam yang lain.Sesiapa yang beribadat dan memperolehi kelebihan malam ini bagaikan beribadat 1000 bulan iaitu kira-kira 83 tahun.

Firman Allah SWT yang termaktub di dalam surah Al-Qadr
( lihatlah dalam Al-Quran dan terjemahannya )

Disebabkan itulah Rasulullah saw sangat menggalakkan supaya umat Islam berusaha mencari dan beriktikaf  di malam Lailatul Qadr itu.Bahkan kelebihan malam ini turut dirakamkan di dalam sebuah hadis Nabi saw yang bermaksud :

Sesiapa bangun untuk mengerjakan ibadat pada malam al-Qadr kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan ganjaran  daripada-Nya makan akan diampunkan dosanya yang lalu

( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )



 

Assalamualaik..

Semoga Allah sentiasa merahmatiku dalam meniti hari-hari yang mencabar ini.Amin.

05 August 2012

kenangilah perjuangan Rasulullah pada 17 Ramadhan..

                                 Peperangan Badar 





Muqaddimah:

Setelah hijrahnya Rasulullah dari Makkah ke Madinah bersama-sama para sahabatnya dan diterima baik oleh orang-orang anshar, Islam telah berkembang, tersebar luas dan diterima oleh banyak kabilah-kabilah arab.  Kekuatan dan ekonomi Madinah telah menjadi kukuh.  Orang-orang arab Quraisy Makkah tidak senang hati dengan kemajuan ini.
Perang Badar merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah. Ia merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali agama Allah.  Kemenangan besar kaum muslimin tidak terletak pada jumlah tentara yang ikut serta tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam disanubari mereka.  Dengan Keyakinan mereka pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah telah menurunkan bantuan ibarat air yang mengalir menuju lembah yang curam.  Tidak  ada sesiapa yang dapat menahan betapa besarnya pertolongan Allah terhadap umat yang senantiasa menjalankan perintahnya dan menjauhi larangannya. 

Sejarah :

Serangan yang dilakukan oleh Abdullah Ibn Jahshin terhadap angkatan perdagangan kaum Quraisy pada bulan Rejab yang diharamkan berperang telah dianggap oleh mereka sebagai tamparan dan cabaran hebat kepada mereka.  Kaum Quraisy merasakan kematian Al-Hadhrami seharusnya dibela dan memusnahkan semua pihak yang bersangkutan dengan pembunuhan itu.  Rasulullah sememangnya menyedari pihak Quraisy pasti akan menuntut bela.  Baginda telah membuat persediaan yang lebih awal.
Pada bulan Ramadhan tahun 2 Hijriah,  Rasulullah bersama 313 orang tentera telah keluar dari Madinah untuk menyekat angkatan perdagangan kaum Quraisy yang pulang dari negeri Syria (Syam) dalam usaha mereka hendak melemahkan persiapan tentera Quraisy Makkah untuk menyerang Madinah.
Abu Sufyan yang mengetuai angkatan perdagangan tersebut telah menyedari tindakan Rasulullah itu lalu beliau telah menghantar utusannya yang bernama Dham Dham bin Amr Al-Ghifari meminta bantuan dari Makkah.
Di Makkah pula, 3 hari sebelum Dham Dham sampai, Atiqah Binte Abdul Muthalib telah bermimpi sesuatu yang sungguh menakutkan.  Atiqah telah bermimpi melihat seorang musafir datang dengan mengendarai unta. Ia berdiri diatas tanah lapang. Kemudian, lelaki tersebut berteriak dengan suara yang amat kuat.
“Ketahuilah wahai keluarga Ghudar, berangkatlah kalian kepada tempat-tempat kematian kalian dalam masa 3 hari.”
Atiqah melihat manusia berkumpul dekat musafir tersebut kemudian ia masuk dalam masjid diikuti orang ramai dan berdiri ia diatas untanya didepan Ka’bah dan dilaungkan lagi perkataan yang sama. Lelaki itu kemudian berdiri dihadapan Abu Qais dan diulangi ucapannya buat kali ketiga.  Musafir itu kemudian mengambil batu besar dan melemparkannya.  Batu itu jatuh bergolek.  Ketika batu itu tiba dibawah gunung, ia pecah berkeping-keping. Tidak sebuah rumah pun yang ada di Makkah terlepas dari dimasuki pecahan batu besar tersebut.
Mimpi Atiqah itu walaupun diminta supaya dirahsiakan, telah tersebar luas di Kota Makkah hingga kepengetahuan Abu Jahal.  Tetapi Abu Jahal dengan sikap bongkak dan sombongnya tidak memperdulikan mimpi itu malah diperlecehkan olehnya.
Al-Abbas bin Abdul Muthalib, orang pertama yang mengetahui tentang mimpi Atiqah telah mendengar saudaranya di ejek oleh Abu Jahal.  Beliau ingin mempertahankan saudaranya lalu keluar untuk mencari Abu jahal.  Pada ketika beliau terjumpa Abu Jahal, Dham Dham, yaitu utusan dari Abu Sufyan telah sampai ke Makkah dengan membawa berita Abu Sufyan meminta bantuan.  Ketika itu juga Makkah menjadi kecoh dengan berita ini.  Ramai pembesar-pembesar Quraisy merasa marah dengan tindakan Muhammad.  Mereka lalu mengumpulkan orang untuk keluar membantu Abu Sufyan.  Tidak ada seorang lelaki pun yang ingin ketinggalan dalam peperangan ini.  Ada diantara mereka yang tidak dapat ikut tetapi mengutus orang suruhan mereka untuk ikut serta.
Sebelum berlaku peperangan di Badar, Nabi Muhammad S.A.W telah mengutuskan Talhah Bin Ubaidullah dan Said bin Zaid untuk mengumpul maklumat tentang kabilah Abu Sufyan.  Mereka mengumpulkan maklumat ynag perlu dan kembali ke Madinah untuk menyampaikan pada Rasul.  Baginda bergerak bersama-sama para pengikutnya.  Baginda menuju ke Badar tetapi terlebih dahulu Baginda mengutus Ali bin Abu Talib, Zubir bin Al-Awwam dan Saad Bin Abi Waqqas bersama beberapa orang lain ke Badar mengumpulkan maklumat terbaru tentang orang Quraisy serta musuh mereka. Maklumat yang diperolehi daripada dua orang budak lelaki yang telah mendedahkan tentang tempat persinggahan orang Quraisy.  Apabila Rasulullah bertanya berapa ekor binatang yang disembelih untuk makanan mereka setiap hari, kanak-kanak itu menjawab 9 atau 10 eokr.  Dengan kebijaksanaan Rasulullah, Beliau dapat mengagak jumlah tentera musuh ada 900 hingga 1000 orang tentera.
Dengan maklumat yang diperolehi itu, Rasulullah pada waktu itu merasa khawatir kalau-kalau nanti setelah kejadian tenteranya bertempur dengan tentera Quraisy lalu dari tenteranya ada yang mengundur diri.  Nabi Muhammad S.A.W juga ingat bahwa asal mulanya berangkat dari madinah adalah hendak mengejar seperangkatan unta yang memuatkan perdagangan kaum Quraisy yang di ketuai oleh Abu Sufyan, sedangkan mereka telah lepas jalan ke Makkah.  Rasulullah bimbang jika ada diantara tenteranya yang tidak suka bertempur dengan tentera Quraisy dan ada yang berperasaan
Angkatan Unta yang dikejar telah terlepas jalan. Pasukan tentera Quraisy begitu besar berlipat ganda. Alat perang Quraisy lebih lengkap dan mereka serba kekurangan.
Dengan kebijaksanaan sebagai seorang Nabi dan pesuruh Allah, maka Nabi Muhammad S.A.W mengadakan permusyawaratan bersama pahlawan-pahlawan tenteranya meminta pendapat mereka. Pada mulanya, mereka berkata bahwa mereka keluar hanya untuk perdagangan Quraisy dan bukan untuk berperang.  Ketika itu Rasulullah amat merasa susah hati dan berubah wajahnya. Apabila Abu Bakar r.a melihat keadaan ini, lalu beliau berkata:
“Ya Rasulullah, lebih baik kita bertempur dengan musuh!”.  Diikuti pula dengan Umar r.a.  Kemudian seorang sahabat Miqdad Bin Al-Aswad lalu berdiri dan berkata :
“Ya Rasulullah, teruskanlah pada barang apa yang Allah telah perintahkan pada Tuan! Maka kita serta Tuan.  Demi Allah, kita tidak akan berkata kepada Tuan seperti perkataan kaum Bani Israil kepada Nabi Musa pada zaman dahulu. “Pergilah engkau bersama Tuhanmu, maka berperanglah engkau berdua.  Kita sesungguhnya akan duduk termenung saja.”.  Akan tetapi berkata kita pada Tuan sekarang “Pergilah Tuan bersama Tuhan Tuan! Dan berperanglah Tuan bersama Tuhan Tuan.  Kita sesungguhnya berserta Tuan dan Tuhan Tuan.  Kita ikut berperang.  Demi Allah, jikalau Tuan berjalan dengan kita sampai kedesa Barkul Ghamad, nescaya kita berjuang bersama Tuan daripada yang lainnya.  Kita akan berperang dari sebelah kanan Tuan dan di antara hadapan Tuan dan belakang Tuan.
Ketika itu Rasulullah juga ingin kepastian dari kaum Anshar.  Melihat keadaan itu, Sa’ad Bin Muaz lalu berdiri dan berkata dengan kata-kata yang memberi keyakinan pada Rasulullah sama seperti kaum Muhajirin.  Di ikuti pula oleh suara-suara pahlawan yang lain.
Setelah mendengar kata-kata daripada sahabat dan tenteranya yang sungguh meyakinkan, bercahayalah muka Nabi seraya tertampak kegirangannya.  Pada saat itu juga Allah menurunkan wahyunya yang tercatat di Surah Al-Anfal ayat 5-7 yang ertinya :
“Sebagai Tuhanmu(Muhammad) mengeluarkan akan kamu dari rumhamu yang benar. Dan bahawasanya sebahagian dari orang-orang yang beriman itu sungguh benci.  Mereka membantah kamu dalam urusan kebenaran (berperang) sesudah terang-benderang, seolah-olah mereka digiring akan salah satu dari dua (golongan Al’Ier dan golongan An Nafier), bahawasanya ia bagimu, dan kamu mengharapkan yang tidak berkekuatan senjata adalah bagi kamu, dan Allah berkehendak akan menyatakan kebenaran dengan semua sabdanya, dan memutuskan kekalahan orang-orang yang tidak percaya” 
                                                                                  (Al-Quran Surat Al-Anfal Ayat 5-7)
Setelah itu, nabi S.A.W lalu bersabda pada seluruh tenteranya:
“Berjalanlah kamu dan bergiranglah kerana sesungguhnya Allah telah memberi janji kepadaku salah satu daripada dua golongan (yaitu Al-Ier dan An-Nafier).  Demi Allah, sungguh aku seakan-akan sekarang ini melihat tempat kebinasaan kaum Quraisy,”
Mendengar perintah Rasulullah S.A.W yang sedemikian itu, segenap kaum muslimin memulakan perjalanan dengan tulus ikhlas dan berangkatlah mereka menuju ketempat yang dituju oleh Nabi. Mereka selalu ta’at dan patuh kepada perintah Nabi dengan melupakan segala sesuatu yang menjadi kepentingan diri mereka sendiri.
Dipihak Quraisy pula ada beberapa kocar kacir yang terjadi sehingga beberapa kaum yang berjalan berpatah balik ke Makkah.
Rasulullah tidak henti-henti memanjatkan do’a kepada Allah memohon pertolongan. Untuk menebalkan iman tenteranya dan meneguhkan semangat barisannya, Rasulullah menghadapkan mukanya kepada sekelian tenteranya sambil memohon kepada Allah yang ertinya :
“Ya Allah! Hamba memohon kepada Engkau akan janji dan perjanjian Engkau.  Ya Allah! Jika Engkau berkehendak (mengalahkan pada hamba), tidak akan Engkau disembah lagi.” 
Diriwayatkan diwaktu itu, Nabi S.A.W berulang-ulang memohon kepada Allah sehingga Abu Bakar r.a yang senantiasa berada disisinya telah memegang selendang dan bahu Nabi sambil berkata bahwa Tuhan akan meluluskan padanya apa yang telah Allah janjikan.
Selanjutnya, sebagai kebiasaan bangsa Arab, sebelum berperang maka diantara pahlawan-pahlawannya lebih dulu harus bertanding dan beradu kekuatan dengan pahlawan musuh.  Dipihak kaum Quraisy, 3 pahlawan yang keluar adalah 1. Utbah Bin Rabi’ah, 2. Syaibah Bin Rabi’ah dan 3. Walid Bin Utbah.  Dan dari tentera Islam ialah 1. ‘Auf bin Al-Harits, 2. Mu’adz bin Harts dan 3. Abdullah bin Rawahah.  Mereka bertiga adalah dari kaum Anshar.  Tetapi kerana kesombongan kaum Quraisy yang merasakan bangsanya lebih baik, tidak mahu menerima kaum Anshar, malah meminta Rasulullah mengeluarkan 3 orang pahlawan dari kaum Quraisy sendiri.  Maka Rasulullah mengeluarkan 1. Hamzah Bin Abdul Muthalib, 2. Ali Bin Abi Thalib dan 3. ‘Ubadah Bin Al-Harits.  Mereka berenam beradu tenaga sehingga akhirnya tentera Quraisy jatuh ketiga-tiganya dan tentera Islam hanya ‘Ubaidah Bin Al-Harits yang syahid.  Ini adalah petanda bahwa kaum Quraisy akan tewas. 
Setelah itu pertempuran terus berlaku.  Tentera Islam yang seramai 313 orang berlawan mati-matian untuk menewaskan tentera Quraisy.  Rasulullah senantiasa mengamati gerak-geri tentera Islam. Dengan sebentar waktu, berpuluh-puluh tentera musyrikin menghembuskan nafasnya, melayang jiwanya meninggalkan badannya bergelimpangan diatas tanah bermandikan darah.  Tentera Islam senantiasa menyebut “Esa! Esa! Esa!”.
Rasulullah pula tidak henti-henti memanjatkan do’a pada Allah memohon kemenangan  tentera Islam. Ada seketika dengan tidak ada sebab apapun, Rasulullah telah jatuh dengan mendadak sebagai orang pengsan.  Tubuhnya gementar dan kedinginan bagaikan orang ketakutan.  Tetapi tidak berapa minit, Beliau bangun dengan tegak lalu bersabda kepada Abu Bakar r.a. yang senantiasa berada disisinya, yang ertinya :
“Gembiralah oleh mu hai Abu Bakar.  Telah datang pertolongan dari Allah kepadamu.  Ini Malaikat Jibril sampai memegang kendari kuda yang ia tuntun atas kedua gigi sarinya berdebu.” 
Rasulullah memberi semangat kepada tenteranya dengan sabdanya yang membawa maksud dan jaminan bahwa tentera Islam yang turut serta diperang Badar dijamin masuk syurga.  Mendengar ini, tentera Islam semakin berkobar-kobar semangatnya.  Ramai pembesar-pembesar Quraisy yang terkorban dan pada akhirnya, mereka bubar dan melarikan diri.  70 orang kaum Quraisy terbunuh dan 70 yang lain tertawan.  Manakala tentera Islam pula hanya 14 yang syahid (6 dari Muhajirin dan 8 dari Anshar).  Tentera Islam mendapat kemenangan dari sebab keteguhan dan ketabahan hati mereka. Bangkai-bangkai tentera musyrikin dilempar dan dikuburkan didalam sebuah perigi/sumur di Badar.
Kemenangan ini disambut dengan riang gembira oleh orang yang tidak mengikut peperangan, yaitu kaum perempuan, kanak-kanak dan beberapa orang lelaki yang diberi tugas mengawal Madinah dalam masa pemergian tentera Islam ke Badar itu.
Di Madinah pula, Rasulullah memikirkan bagaimana cara yang patut dilakukan keatas orang tawanan perang.  Rasulullah juga berpesan pada orang ramai supaya bersikap baik dan belas kasihan kepada orang tawanan. Sehingga ada kaum muslimin yang memberikan satu-satunya roti yang ada kepada orang tawanan.  Sehingga orang tawanan merasa segan dengan kebaikan yang ditunjukkan. Rasulullah kemudian berbincang dengan orang Islam tentang nasib tawanan Badar.  Ada yang menyatakan dibunuh saja kerana mereka telah engkar dengan Allah dan mengusir kaum Muhajirin dari Makkah.  Ada pula yang lebih lembut hatinya dan disuruh lepaskan saja dengan harapan mudah-mudahan mereka akan insaf dan tertarik dengan Islam.  Setelah lam berbincang, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan mereka dengan mengenakan tebusan sekadar yang sepatutnya mengikut keadaan masing-masing.  Setinggi empat ribu dirham dan serendah satu ribu dirham.  Bagi yang miskin tetapi ada pengetahuan membaca dan menulis dikehendaki supaya mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam.  Mereka semua dibebaskan apabila tebusan telha dibayar atau kanak-kanak itu telah pandai.  

Hikmah didalam peperangan Badar

Peperangan Badar ini amat besar ertinya bagi agama Islam.  Andaikata tentera Islam kalah dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam malah agama Islam itu sendiri.  Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahwa mereka adalah pihak yang benar.  Mereka telh mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah.  Sebaliknya pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot.  Orang yang ditawan oleh tenters Islam pula, apabila mereka balike ke Makkah setelah dilepaskan telah menceritakan kepada sahabat-sahabat dan keluarga tentang kebaikan orang Islam.  Cerita ini dengan tidak secar langsung telah member pertolongan yang besar kepada perkembangan agama Islam di Makkah.  Mereka yang selalunya menerima layanan buruk dari orang Quraisy secara diam telha berhijrah ke Madinah dan memeluk agama Islam.  Dengan ini tentera Islam bertambah dar masa ke masa.  Perang Badar telah memperkuatkan lagi kepercayaan orang Islam kepada nabi Muhammad S.A.W. dan ajaran Islam.  Mereka sanggup berkorban jiwa untuk kepentingan Baginda dan agama Islam

Kesimpulan

Pengajaran dari peperangan ini menunjukkan bahwa kaum Quraisy tidak bersatu padu.  Ini terbukti apabila ada beberapa puak yang menarik diri sebelum perang terjadi.  Dengan ini sebagai orang Islam kita harus bersatu demi untuk mencapai kemenangan.
Kaum Quraisy terlalu yakin yang mereka akan berjaya memusnahkan Islam yang memang sedikit dari jumlah tetapi tidak dari semangat.  Mereka tidak dapat mengalah tentera Islam kerana semangat tentera Islam begitu kukuh kerana Rasulullah telah berjaya menjalin silaturrahim yang kuat sesama Islam.  Nabi Muhammad S.A.W adalah pentabdir yang berkaliber dan pintar mengendalikan tektik peperangan.  Orang Islam mempunyai pegangan iaitu berjaya didunia atau mati syahid.

02 August 2012

Assalamulaikum..

Selamat pagi yang mulia ini.Buat Jumaat yang kedua dalam bulan Romadhan.Moga-moga diberkati Allah apa jua adanya dalam menjalani ibadah ini.

Jejari ni kadangkala malas nak naip.Nak suruh PA takde.nanti bila dah kahwin suruh orang umah pulak tolong updatekan selalu..

Ok,guys and girl..Hari ini saya nak berkongsi satu resepi yang biasa anda makan sebelum puasa.Resepi dimana memang makanan kegemaran bagi sumer orang Melayu dan bangsa lain jugak.Resepi ni biasanya dibeli dengan cara makan kat mana-mana kedai mhupun dibungkus dengan daun pisang..Wah,sedapnya..Resepi apakah itu??

Walaupun resepi ni biasa dimakan di kedai-kedai mamak mahupun dibeli di gerai,ada eloknya jangan dimakan time pagi2 nanti ngantuk.Bila ngantuk,satu kedrja pun tak siap-siap.Dan ada yang kata,bila makan bertmabha berat badan.Buktinya,sayalah..Haha..

RESEPI : NASI LEMAK




CARA PENYEDIAANNYA

Bahan untuk nasi;

3 cawan beras
1 cawan santan
3 cawan air ( anggaran saja – kadar air ikut jenis beras yang anda guna, boleh tambah jika di perlukan)
3 hiris halia
1 helai daun pandan
3 ulas bawang merah ( di hiris)
sedikit garam

Cara-caranya

* Campurkan semua bahan di dalam rice cooker dan masak seperti biasa.

Bahan Untuk Sambal;

6 sudu besar cili giling
3 biji bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
2 biji bawang besar – 1 biji bawang ditumbuk dan 1 biji bawang besar hiris
segenggam ikan bilis ( sebahagian di tumbuk, sebahagian lagi di goreng )
sedikit air asam jawa
sedikit belacan jika suka
sedikit garam, gula dan perasa

Cara membuat sambal;
  1. Tumis cili giling, bawang merah, bawang besar, bawang  putih, ikan bilis dan  belacan hingga pecah minyak.
  2. Masukkan air asam, bawang besar hiris dan sedikit air agar sambal tidak terlalu pekat.
  3. Bila sudah mendidih sesuaikan rasa dam masukkan ikan bilis yang telah di goreng.
Bahan sampingan lain;

ikan bilis goreng
timun – dihiris
kacang tanah
telur rebus
Selamat mencuba!

persoalan yang sering dilupakan..

Add caption

Renungan pagi Jumaat ini...


TANDA HATI KITA MATI

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :


1) Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya

2) Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda

3) Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya

4) Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya

5) Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya

6) Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya

7) Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya

8) Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya

9) Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri

10) Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya:

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.

Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).


Firman Allah SWT yang bermaksud :-


(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,

...dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat nasuha  kepada Zat yang Memiliki mu."

Hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang.

Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup. Jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan. Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah Taala menjelaskannya dalam Surah az-Zumar ayat 23 yang bermaksud:


"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya."


Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

"Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itulah hati."

Kalaulah begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan. Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan kekufuran juga boleh bertapak dalam hati. Hati yang lupa untuk berzikrullah akan menjadi keras, kenapa? Ini kerana ia beriktikad bahawa tiada di sana kecuali kehidupan dunia sahaja dan maddi(kebendaan).

Justeru, ia cuba mendapatkannya semampu mungkin dan dengan apa cara sekalipun sehingga melangkaui hak-hak dengan melakukan kezaliman, kerosakan dan mengambil hak mereka yang daif. Inilah puncanya.