TANDA HATI KITA MATI
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati
ialah :
1) Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya
2) Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda
3) Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
4) Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas
pemberian-Nya
5) Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya
6) Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk
mendapatkannya
7) Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
8) Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak
bersedia untuknya
9) Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban
diri sendiri
10) Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi
tidak mengambil pengajaran daripadanya:
Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak
mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani
sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak
minum, begitulah juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan
sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.
Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh
itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi
kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara
banyak mengingati Allah ( berzikir ).
Firman Allah SWT yang bermaksud :-
(Iaitu) orang-orang yang
beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah
dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad,
Ayat 28)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
...dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat nasuha kepada Zat yang Memiliki mu."
Hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain. Apabila
kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan
kasih sayang.
Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup. Jika ia
dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut
dengan penuh keimanan. Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati
dengan keimanan, Allah Taala menjelaskannya dalam Surah az-Zumar ayat 23 yang
bermaksud:
"Allah telah menurunkan
sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya
antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang
berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana
mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan
mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang
tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah
hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu
kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan
(ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah),
maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya."
Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang yang
dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun
pemberi petunjuk baginya.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok
nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah
bahawa itulah hati."
Kalaulah begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan. Sebagaimana
iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan kekufuran juga boleh
bertapak dalam hati. Hati yang lupa untuk berzikrullah akan menjadi keras,
kenapa? Ini kerana ia beriktikad bahawa tiada di sana kecuali kehidupan dunia
sahaja dan maddi(kebendaan).
Justeru, ia cuba mendapatkannya semampu mungkin dan dengan apa cara
sekalipun sehingga melangkaui hak-hak dengan melakukan kezaliman, kerosakan dan
mengambil hak mereka yang daif. Inilah puncanya.
No comments:
Post a Comment